Wednesday, 31 October 2012

De best 20" follower jom BW


Assalamualaikum de first 20 follower belogisam,, petang nie belogisam nak buat satu entry sikit yang simple2,ha3,, nak bagi award kepada follower belogisam nie.Tujuannya nak suruh korang semua blogwalking bagi meriah-meriahkan belog diorang ni,,

Diorang nie peramah orangnya dan sebab tulah mencuit hati belogisam untuk bagi award untuk mereka semua ni..

Berikut adalah senarai penerima:  jom blogwalking sekarang:

  1. Hatoru Bisco
  2. a_me
  3. Nur hati 
  4. Mohd Noor Shawal
  5. Poruman
  6. Jaja Sutera II
  7. Dyanqaseh 
  8. cerita pakjoe
  9. Isabella bag house
  10. Shera unly  
  11. Nadratul Syazwana
  12. fathin
  13. Misz fara
  14. Cikira
  15. sharmaine MJ
  16. gnesop 
  17. Engku Muzahadin
  18. ohbulan
  19. lolipop_candy93
 Award untuk 20 de best follower, masing2 amik yer:


                                                         

Kalau ada yg belogisam tak dapat nak link kan  korang dalam list tinggalkan komen yer,, ....... ten

Tuesday, 30 October 2012

Elak muflis@bankrup di usia muda

Apa yang dimaksudkan dengan muflis???muflis yang dimaksudkan adalah seseorang yang gagal menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan isu dibawah dengan jumlah hutang melebihi RM 30k

  • menjelaskan pinjaman orang perseorangan
  • sewa beli kenderaan
  • pinjaman peribadi atau perumahan
  • menjadi penjamin sosial
  • kakitangan kerajaan kumpulan A yang menjadi penjamin tetapi si peminjam gagal membayar hutang
  • pinjaman pelajaran
  • hutang kad kredit
  • hutang cukai pendapatan

Berita Harian pada 24 Julai lalu melaporkan 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 65 bulan hingga Mei lalu.
Daripada jumlah itu didapati purata 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.

Ramainya yang sudah muflis dalam negara kita ni,, golongan mana belum pasti sangat,, sebab kenapa mereka muflis???berhutang la jawabya..sebab salah satu faktor yang membolehkan seseorang itu muflis adalah hutang.

Takutnya muflis ni bimbang ia terjadi pada golongan muda, golongan yang baru memasuki dunia pekerjaan ataupun pelajar yang jatuh muflis oleh sebab hutang yang banyak dan terbengkalai tanpa usul bayaran.
Golongan pekerja mugkin mangsa hutang yang disebabkan perbelanjaan yang melebihi kemampuan.

Pakai kredit kad sini sana, last-last banyaknye bil hutang hujung bulan,, kira-kira nak bayar hutang balik tak cukup starang dengan gaji yang ada, so,, nak berhutang pun kena gak ukur baju dibadan sendiri pepatah yang mengatakan.

Caranya nak mengatasi masalah muflis dan hutang ni adalah dengan berbelanja secara hemah, pakai apa yang mampu dan beli apa yang perlu, tak semua barang kita perlukan untuk hidup dengan selesa.. orang dulu tak mewah pun selesa, bahagia pulak tu.

Satu lagi mungkin dengan amalam menabung,, amalan ni dari awalnya mungkin takde la kesan sangat, tapi satu masa ia akan berguna gak.. mengikut pengalaman la,, dulu belogisam tak suka menabung.so bila ada kecemasan nak pakai duit,kelam kabut hidup ni, mana na korek tak tau..

Dan,selepas peristiwa yang sangat sukar itu,, belogisam mengamalkan langkah menabung,hasilnya bila ada kecemasan ke apa ke yang tak diduga belogisam boleh jer guna saving tu sementara nak dapatkan bantuan lain.

Jangan biarkan masalah bankrup dan muflis menjadi isu kehidupan kita,, mulakan dengan penjimatan sekarang..

::::Nak pergi melancong dengan tersayang?? klik sini
::::Nak tahu cara mudah untuk berblogger?? kilik sini

Monday, 29 October 2012

Kerjaya chef mendapat pengiktirafan dunia

Dulu tukang masak hanya dipelopori kaum hawa dan dianggap kurang komersial. Kini, persepsi berbeza kerana kerjaya chef mendapat perhatian masyarakat dan pengiktirafan dunia.

Di Universiti, banyak peluang di bidang seni kulinari yang merupakan gerbang pintu kerjaya sebagai Chef.

Menyedari kepentingan bidang itu, Silverspoon International College
(SSiC) turut menawarkan kursus Seni Kulinari, Seni Pastri, dan Penyajian Makanan dan Minuman (F&B).

Seni Kulinari paling mendapat tempat di hati pelajar apatah lagi SSiC berkolaborasi dengan Skills Malaysia, City & Guilds (UK) , Johnson & Wales University (USA), dan University of West London (UK) dan disokong penuh oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Sijil dari SSiC mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

SSiC yang di buka pada 21 Julai 2010, diilhamkan sendiri Chef Zam.

Tempoh pengajian yang ditawarkan melalui program Sijil Kemahiran Malaysia tahap satu dan dua selama enam bulan di kolej dan selepas enam bulan, pelajar
di hantar ke industri perhotelan selama enam bulan, manakala program Diploma
mengambil masa setahun iaitu enam bulan di kolej dan enam bulan di industri perhotelan.

SSiC menyediakan kemudahan prasarana lengkap agar termasuk kemudahan asrama termasuk ruang dapur yang modenmemenuhi kehendak pembelajaran.

Kemahiran adalah faktor penting yang menentukan anda boleh berjaya dalam dunia
kerjaya.

SSiC menyediakan kemudahan pinjaman untuk yuran kepada semua pemohon yang layak.

Setiap pelajar yang memohon pinjaman tabungan PTPK akan diberi elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan manakala asrama disediakan pihak kolej bagi kemudahan mahasiswa.

Home alone

Isnin,, terasa baru je cuti semalam
Selasa,, lambatnya hari rabu
Rabu,, bila khamis ni, terasa bosan pergi kelas
Khamis,, sekejap betul seminggu,, da nak cuti plak
Jumaat,, esok cuti
Sabtu,, apa ak nak buat cuti-cuti ni?
Ahad,, Semalam tak sempat nak rehat.



Setiap hari kita ada alasan tersendiri kenapa kita tak suka hari itu..

Kenapa alasan macam ni harus ada atau wujud dalam diri kita?? tak puaskah kita dengan kurnian tujuh hari seminggu atau apa??

Memang banyak lah alasan yang kita keluarkan untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan... mungkin hari yang kita lalui agak sukar dalam perjalanan kita dan kita mengharapkan hari yang lain bagi memulakan sesuatu yang baru dan mengelak ap yang bakal berlaku..

Bukan kuasa kita sebenarnya untuk menentukan apa yang berlaku pada ketika itu, mungkin ada satu pengajaran yang tersirat..

Tak payahla kita nak lari dari semua ini, sebabnya apa yang berlaku ada hikmah.

So,macam ni  belogisam merasai hari-hari, bila terasa hidup ini teramat bosan-bosan dan bosan,, terasa gak nak cari hari lain yang boleh menceriakan.

Tetapi, pencarian hari lain untuk menceriakan tak semestinya kita dapat, mungkin lebih teruk dari yang semalam adalah..

Tujuh hari seminggu adalah kurniaan yang terbaik untuk kita melengkapkan kitaran hidup kita,,,, seronok atau tak hari itu kita mesti lalui dengan kekuatan, sebabnya disana mungkin ada pengajaran untuk kita gunakan di masa yang mendatang..

Wassalam,, home alone lagi cuti2 ni

*Mengapa perlu bersendirian
 

Malaysia : education UK exhibition 2012,,

  • Hosted /Organised by:
  • British Council
  • Date:
  • From: 03 Nov 2012To: 04 Nov 2012
  • Time:
  • 1pm - 6pm
  • Place:
  • The Kuala Lumpur Convention Centre
Event description:
If you want to join the thousands of Malaysians in the UK (15,000 in 2010) or the hundreds of thousands of international students who are looking to enhance themselves through a UK qualification and the multitude of experiences in the UK, why don’t you start doing some homework on what you can or should do?

With so many course options and study methods available, the choices can be mind-boggling. By narrowing down the search to what your intended career path is, and what rocks your boat, you can actually get a pretty good idea of what is most suited for you.

We have also arranged a strong line-up of speakers with useful seminar topics over both exhibition days. The complete seminar schedule can be found here but just to name a few, we have

  • How to choose the right A level / IB subject combination
  • Tips on perfecting your personal statement
  • Breaking into top UK universities
  • Succeed in IELTS with the British Council

Details of our exhibition here:


Date: 3 & 4 November, 2012
Time: 1pm - 6pm
Venue: Grand Ballroom, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre

We have an assortment of lucky draw prizes to be given away on both days. To stand a chance to win one of the prizes, you must pre-register your attendance and actually visit the exhibition. You may pre-register here

Please click here to view the final list of UK schools, colleges and universities.

Sunday, 28 October 2012

Sepetang bersama kuih CekMek molek

ubi ungu



Hah, berjaya gak aku membuat kuih yang sedap dimata dan dimulut,yum2, tambah  dua tiga bila biji kuih yang selalu manis sedap ni,, cekmek molek nie memang kuih yang sedap rupanya caranya nak membuatnya pun tak susah ane pun.

Apa yang kita perlukan untuk membuat semua ni adalah ubi stelo kata orang.Tapi belogisam guna ubi ungu.Ubi ni senang dicari dan senang dimakan,caranya rebus dan makan.ha3

Cara membuat cekmek nie plak, lepas ubi direbus kena tumbuk plak pas2 kemudian adun dengan tepung gandum,siap2 bentukkan cekmek dan masukkan gula ketengahnya,panaskan minyak dan goreng,seterusnya nikmatilah cekmek molek kegemaran anda.

Ni lah hasil nukilan cekmek molek yang tak seberapa nampak tak cantik tapi sedap rasanya, nak cuba ke??? bagi alamat kemudian belogisam poskan untuk korang,ha3.

sedap nampak kan?






Gurau je,, law nak makan sangat masuk dapur sekarang dan rebuskan ubi, law tak der ubi lagi boleh dapatkan dekat pasar basah, tanya pak penjual, nak ubi ungu satu guni, baru cukup kan.

Kalau nak rujukan resipi yang betul2 boleh rujuk belog resipi yang lain yer, belogisam tak sediakan cara membuat dengan tepat,, bab ni cuma tulisan dari tuan punya yang tahu makan je,, masak tak xpert sangat.

Rujuk sini yer



Telur Ayam Sebesar GUli, betul ke?

Percaya atau tidak ini kejadian yang elah berlaku kepada salah seorang makcik yang tinggalnya di negeri johor. Katanya ayam peliharaan dia akan mengeluarkan telur sebesar biji guli, lain dari telur yang saiznya biasa.

Katanya lagi telur ini boleh ijadikan ubat, untuk sakit apa belogisam tak tau lagi. sebabnya telur ini tidak seperti telur biasa mudah rosak dan berbau. tetapi kelebihan telur ni dia makin lama makin ringan beratnya. betul ker?? hanya dia yang tau

berikut saringan dari petikan akhbar::



seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili di sini, menggemparkan penduduk apabila memiliki ayam kampung yang mengeluarkan telur bersaiz sebesar guli.

Zaiton Mat Amin, 62, berkata, dia yang berasal dari Terengganu gemar membela haiwan ternakan sejak muda lagi, malah aktiviti tersebut telah dijadikan hobinya untuk mengisi masa lapang.

Menurutnya, kira-kira tiga tahun lalu, perkara aneh telah berlaku apabila ayam yang dibelanya mengeluarkan telur lebih kecil berbanding saiz telur ayam biasa.

“Kebanyakan telur tersebut bersaiz telur puyuh dan yang paling kecil adalah sebesar guli. Ada orang cakap,  ayam jantan sahaja yang akan mengeluarkan telur kecil, namun berbeza pula dengan ayam saya kerana yang bertelur itu ayam betina, ibu ayam.

“Malah, kesemua orang yang datang melihat telur ini berasa pelik kerana saiznya yang begitu berbeza. Tetapi, bagi saya dan keluarga ia sudah menjadi kebiasaan kerana boleh dikatakan setiap bulan pasti ayam saya akan mengeluarkan telur dalam saiz tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia juga memiliki lebih daripada seekor ayam yang boleh mengeluarkan telur bersaiz kecil itu dan kesemuanya disimpan di dalam reban bersebelahan kediamannya.

Menurutnya, tidak seperti telur ayam biasa, telur tersebut mempunyai perbezaannya di mana ia lebih hanyir manakala isinya bewarna putih dan tidak mempunyai kuning telur.

Zaiton berkata, bagi dirinya, telur tersebut dimakan begitu sahaja kerana yakin ia boleh menyembuhkan penyakit.

“Untuk sebiji telur ini saya menjualnya dengan harga RM3. Malah, kebanyakan mereka yang mencari telur ini adalah untuk tujuan berubat.

“Tambahan pula, ia tidak membusuk, sebaliknya jika disimpan dalam tempoh yang lebih lama, isinya akan mengering dan ia menjadi ringan. Tidak seperti telur lain apabila disimpan lama ia akan rosak,” katanya.
Telur ayam sebesar guli

Saturday, 27 October 2012

PORSCHE hilang dibilik pameran

Gara-gara mencuri sebuah kereta mewah, Porsche Panamera 4, bernilai RM870,000, dari sebuah bilik pameran kereta, dua minggu lalu, seorang ejen penghantaran yang bertugas di Pelabuhan Klang, Selangor, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Azri Mohd Kassim, 31, yang memakai kemeja putih dan seluar hitam, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Mengikut kertas tuduhan, Mohd Azri didakwa mencuri kereta terbabit milik Pusat Porsche Centre, No 207, Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi di sini, yang mana nombor pendaftarannya masih belum didaftar di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bagi perbuatan yang dilakukan pada jam 9.29 pagi, 11 Oktober lalu itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Sarihan Abdul Shatar menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Namun, peguam yang mewakili tertuduh, S Rathakrishnan memohon jumlah itu dikurangkan, memandangkan anak guamnya hanya berpendapatan RM1,500 sebulan, manakala isteri tertuduh yang menjadi penjamin hanya bekerja sebagai guru taska dengan gaji RM800 sebulan.
Sementara itu, difahamkan, tertuduh yang direman selama enam hari sejak ditahan sehari selepas kejadian itu, mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes samun, dadah dan mencuri beberapa kereta mewah lain.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 sebelum mahkamah menetapkan 3 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Lelong DARA dan TERUNA

WOWW, mahal giler dara dilelong bebanding lelongan teruna,,

SYDNEY: Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000).
Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu - malam kelmarin.

Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS).
Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney.

Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan “dihantar” kepada pembelinya menggunakan kapal terbang.

Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya.
Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne.

Katanya, dia terkejut melihat reaksi orang ramai.
“Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja.

“Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku,” katanya


*Gambar awek cun disini

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Penat.... fuh agak terasa bahang mentari atas kepala kali ni,, tak tahan asenya dengan cuaca Kuala Lumpur hari ini,, dengan panasnya,dahaganya dan satu perasaan lagi sesat di terminal Bersepadu selatan. Wow, bukan main besar lagi terminal ni, macam lapangan terbang pun ada tapi itu Cuma macam la(umpama). 

aku da sampai
 Kali pertama aku sesat dekat tempat besar macam tu, da la sorang2 baru kenal plak tu, terasa memang betul keasingan, tak terkata sepatah kata, Cuma membisu  menikmati besarnya terminal.

Sesampai je ak dekat tempat ketibaan ak da jadi blur “macam mana ni?””apa patut aku buat?”
Last2 ini gak aku buat “ikut jela mane semua orang pergi,ikut rentak dulu, pas2 pandaila”
Seb bek kata hati ak betul, ak ikut jela semua org kemana dia menuju.

Didalamnya plak, tak tergambar dengan perasaaan ak, orang ramai giler memenuhi ruangan menunggu, ada yang siap bersila ag, seb bek ak tak jumpa orang yang tidur? Law tak len plak andaian ak tentang terminal ni.

“,Mana la ak nak pergi ni?”macam mana aku nak sampai ke rumah secepat da sepantas?” da penat suda. Dengan tak fikir panjangnya ak pusing2 la benda yang besar ni, baca sign board sini sana, cari halatuju.

Teringat balik pesan akak ak “,lepas sampai KL amik tren atau bas ke Kota Damansara,” Tren??? Bas?? Berjalan la ak dengan kepenatan mencari kaunter tiket tren?.. hah da jumpa”kenapa ramai sangat ni? Law macam ni susah la ak nak beli, da la orang baru”  bisik dalam hati konon.

“malas ak tunggu” memberontak sendiri. Carilah ak tempat hentian bas Bandar plak, cari2 jumpa, “ adoi tanga plak da” berjalan la turun..ase nak pengsan.

TET,, “ macam mana nak amik tren atau bas ke kelana jaya?” Tanya ak pada driver bas 2..kenapa kelana jaya? Babnya kelana jaya tu stesen LRT paling last, so kak aku bagi pilihan kat ak, nak nek bas ker LRT..kalau LRT turun di Kelana Jaya law bas turun dekat Kota Damansara.

besar kot
“pergi ke kota raya dulu pas2 amik LRT dekat pasar seni” bebel akak driver.”ooo, ingatkan dapat terus ke kelana” desus ak sambil bayar tiker, RM2.00 untuk perjalanan sehala.

“sejuk” wah terasa da nak demam nie,macam mana law tak sampai hala tuju” agak risau da ak pikir sal perjalanan yang tak berkesudahan ni.. bimbang demam dalam bas, susah gak ak nak mintak tolong, da la rumah belum ak jumpa lagi.

Peluk diri sendiri nampaknya ak lam bas, hilang sejuk sorang2, “TING” wah ader gak orang nak turun sama tempat dengan ak, tak payah2 ak tekan loceng, ha3,. Turun la ak berjalan melintas jalan yang agak sibuk. Akhirnya dengan kesyukuran ak sampai di kawasan berdekatan dengan rumah akak ak. Tak der orang nak risau lagi, terutama bakal orang rumah, membebel dia tahu2 ak tak sampai lagi, risau katakan,

“kenapa tak sampai lagi?? Buat ap lagi??? Bila nak sampai??” separuh bebelan, dengar jela ak, dia tak tahu yang ak ni penat tambah lapar tak palk Tanya mende 2,, sabar jela hati, nk marah sikit takut jadi len dengan penat2...

“zinger burger satu kak,makan.”ha2, di KFC bersebelahan PETRONAS berdekatan seksyen 4kota damansara. sempat lagi ak makan zinger nie,, nak rasa jer macam mana rasanya. Boleh tahanla sedap,, biasa je bagi ak..

Pengalaman ak di tempat baru dan besar,, law baru kecil takper nie baru besar,, mati katak la ak ketakutan fobia tempat besar2.

wassalam





Friday, 26 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. Assalamualikum dan moga sihat kepada semua keluarga, belogger dan reader.

Apa citer dengan semua?? ada cerita di kampung haaman tak?? balik menjengah kampung tak?? sempena aidiladha nie,, lembu mesti banyak ditumbangkan untuk dijadikan korban,, kambing pun tak terlepas untuk turut serta, meriah sini sana,, ngembik222,, mbohh222


Tahun ini ak tak dapat nak sambut raya kat kampung halaman,, babnya aku sambut ngan akak di umahnya, menjadi teman aidiladhanya dengan santapan pagi raya dengan colek perut lembu,ha3

Orang lain baru nak sembelih lembu nak lapah kulit lagi , tapi aku da makan peut da pun,, ekspess giler. ha3 sebenarnya perut  tu da beli semalam tapi trasa nak makan keluarkan dia dari peti terus rebus, yumm, makan plak dengan sos masam manis, mengancam giler.

Apa2 pun untuk yang menjalani ibadat korban selamat berkorban,,  x lepas gak mest ada yang membuat akikah untuk anak2, selamat ga', dan kepada yang diluar sana selamat hari raya,,,


Wednesday, 24 October 2012

Dok mano - Man Khan & Rosalinda

Dok mano by man khan dan rosalinda

Dok mano?? demo janji kato nok jumpo
Doh lamo puas ku dok tunggu demo
Ku ado ku tok gi ke mano-mano
Mu keno tanyo dulu sebelum kato

Demo berona nanananana
Baru kukenal nanananana
Kucar peranga nanananana
Baik tok kenal nanananana

Ku tok berona nanananana
Kecep tok benar nanananana
Bukenyo kona nanananana
Mato demo ja hok dop pina

Dok mano?? demo berjanji kato nok jumpo
Doh lamo puas sehari  ku dok tunggu demo
Ku ado ku tok gi ke mano-mano
Mung keno tanyo dulu sebelum demo nok kato

Demo berona nanananana
Baru kukenal nanananana
Kucar peranga nanananana
Baik tok kenal nanananana

Ku tok berona nanananana
Kecep tok benar nanananana
Bukenyo kona nanananana
Mato demo ja hok dop pina

Ku tahu demo sajo kato gitu
Buat aku dok tunggu mung
Demo jange uat nyanyo ku
Jangela...abe dok tuduh begitu
Ku buke peranga lagu tu
Demo  kea sediri pun tahu

Nothing happen right now....
Stay want you right now....
Come to me rightnow....
Stay with me right now....

Ya habibi Ya maulana
telir butir klubi tubik butir kanaa
tok soh dop pujuk kawe tok say denga
Kalu staro demo ni blana kona

Ku tahu... demo sajo kato gitu
Buat aku dok tunggu mu
Jange uat nyanyo ko aku
 ummmm
Jangela abe man dok tuduh gitu
Ku buke perangai lagu tu
Abe kea sediri pon tahu

Nothing happen right now....
Stay want you right now....
Come to me rightnow....
Stay with me right now....

Ya habibi Ya maulana
telir butir klubi tubik butir kanaa
tok soh dop pujuk kawe tok say denga
Kalu staro demo ni blana kona


clIck h3r3


Apa? apa? apa? apa nie??

Assalamualaikum,,hari ini belogisam ada sesuatu yang penting nak dihebahkan kepada blogger dan reader semua,,

Sekarang teknologi di negara kita semakin berkembang pesat, so jangan terlalu taksub dengan peggunaan teknologi ni, kekadang dia boleh membantu dan kekadang boleh menjatuhkan kita,

Nie cerita penggunaan teknologi yang boleh membantu kita, anda percaya tak dalam satu anda boleh lakukan dua perkara dalam masa yang sama tanpa membuang banyak masa..

Nak tahu tak lebih lanjut apa yang akan berlaku dan sedang berlaku?? anda teroka anda tahu apa yang tersirat..clik me belogisamhttp://bit.ly/RfdDI4

Tuesday, 23 October 2012

Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com


Tak tahu apa yang nak dibuat, so ni mAkAnnya, join contest yang tak tau dapat menang ke tak...

Pengalaman bersama dunia beloger amat menyedihkan,, terpaksa  terjah sana sini nak belajar sesuatu yang baru, guru tutor lupa nak dapatkan awal2,, yang manis lak dunia belogger is funny,hahha, mcm2 ak jumpa.

kenkawan yg ditag::::::::: semua follower belogisam,, siap sedianya anda pasti pemenang 


USM lahir siswazah perubatan nuklear

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) dalam agendanya memacu transformasi pengajian tinggi negara mencipta sejarah dengan kejayaan melahirkan lima siswazah sulung Sarjana Perubatan Nuklear di Asia.

Naib Canselornya, Prof Datuk Omar Osman berkata, idea dan objektif awal mewujudkan kursus itu di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM adalah untuk memenuhi keperluan tenaga pakar dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, USM secara tidak langsung berbangga menjadi universiti pertama di Asia yang melahirkan siswazah sulung dalam bidang Sarjana Perubatan Nuklear, satu bidang agak kritikal dan penting untuk masa depan negara.

“Kita adalah yang pertama di rantau ini mengeluarkan siswazah dalam sarjana ini dan ia merupakan sebahagian daripada usaha USM untuk melahirkan siswazah dalam bidang keperluan sekarang dan masa hadapan,” katanya pada sidang akhbar selepas Konvokesyen USM kali ke-46, barubaru ini.

Menurutnya, selain Sarjana Perubatan Nuklear, hari pertama acara konvokesyen yang disempurnakan Tuanku Canselor, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut memperlihatkan kejayaan beberapa program sulung USM, termasuk Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Inggeris untuk Profesional).

Tidak semua sepertinya

Mengapa remaja ini berbeza dari yang lain??

Tidakkah anda merasa mereka mempersembahkan sesuatu yang terbaik untuk  kebaikan  insan tertentu.

Kini anda tidak lagi bersendirian disana, kami disini salah satu wakil membantu menjayakan inspirasi anda.

Menagapa sukar untuk anda semua sukar untuk meneliti sesaat apa sebenarnya yang dimaksudkan?

Jangan kembali jika anda pemenangnya

Siapakah tahu diantara ribuan fans di Malaysia anda yang bertuah untuk menjayakan majlisnya,

Kini anda adalah salah seorang diintai kami bagi memenangi sejumlah RM***  ke majlis terbesar ini,

Sertai kami dengan memahami syarat berikut. How to win??

Halim Yazik- Anok Tupai

Anok Tupai

Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,
kudung ekor perok lapar, jale cari make,

Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
kalu pasal jakit kot dahe, diolah yang paling panda,
jatuh jare-jare kerano dio tok soba,

pandai-pandai tupai melopat jatuh tanoh jugok,
nok wi gambar ko ore jahat, jange telajok manggok,
jange telajok manggok,

ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
nyor, durie, duku, kalu de nyo kerik tupa,
pendek tahun tu nyor, durie tok leh nok jual

Ore sekapong tupa seko, berambak hari-hari,
nyo pakat likong, nyo pakat pekong, tupa tok leh lari

Sekak bedil ado, tupa habih mati,
hok ni la sayo raso kito sangat rugi,
kito manusia tinggi mano pun kita ngaji,
nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi

Lo ni kapong atau bandar, jare boleh tengok,
bapok tupa, ibu tupa jale bawok anok
jale bawok anok

raso kesian sunggoh tengok seko anok tupa,
kerano telajok kuruh sampai tok leh nok niti pagar,
bulu-bulu pun habih luruh, air mata bera-bera,
mari dale baroh, bekali kena racun tebaka

click here:




source: youtube

Monday, 22 October 2012

MAD-HOP sukan outdoor baru di M'sia

Assalamualikum, Mad-hop atau dikenali dengan nama lainnya sebagai Skyrunner, FlyJumper, Poweriser, Kangaroo Shoes, Powerskip dan Jumping Stilts telah mendapat jolokan peminat tersendiri di negara ini.

Apa tidaknya,sukan ini tidak memerlukan peminatnya untuk mengambil masa yang lama bagi mempelajari kaedah permainan yang betul tetapi memerlukan masa yang singkat antara 15-20 minit untuk mempelajari asas permainan ini.

Alat yang dinamakan Mad-hop atau skyrunner  ini telah mula memasuki M'sia seawal tahun 2011 lagi.

Sukan ini telah lama dimainkan diluar negara terutama Thailand tetapi kemasukan ke negara ini agak lambat sedikit.

Alexander Bock dari Jerman menjadi antara individu terawal mempatenkan permainan itu iaitu pada tahun 2003.

Faktor-faktor keselamatan agak dititik beratkan kepada  seseorang yang baru mengenali sukan ini kerana aksinya yang agak mencabar mental dan boleh menyebabkan sebarang kecederaanyang sememangnya menjadi penghalang untuk semua aktivitii yang lasak.

Diharapkan sukan mad-hop ini akan menjadi salah satu sukan yang digemari oleh masyarakat kini.

click here


                         

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

 

Assalamualaikum.Apelagi korang semua tengok, meh2la tengok2 kempen nie, tak kena bayaran pown,hahha,, singgah je nak update isu,, 

tak payah susah2 nak buat ap2 cuma, follow step yang ader, boleh la sembang kit malam2 nie, hilangkan penat lelah menghirup udara sepanjang hari hari.. f

nak sertai ikut step yer:

  1. Buat entry baru bertajuk JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS
  2. Letakkan banner diatas dan linkkan terus ke kempen
  3. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen

wassalam

Farid Kamil sertai polis

Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari, menyertai Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, beliau menolak dakwaan pembabitannya untuk mencari publisiti sekali gus mempopularkan dirinya.
Katanya, kesedaran berkhidmat sebagai PVR timbul selepas beliau terbaca mengenai nisbah tidak seimbang 111,000 polis mengawal keselamatan 28 juta penduduk di negara ini.

Farid Kamil berkata, pembabitannya dalam PVR akan menjadi contoh kepada golongan belia untuk bekerjasama dengan pihak keselamatan, tidak lagi meletakkan tanggungjawab mencegah jenayah di bahu polis semata-mata.

Adakah berdasarkan kepada jumlah polis seramai itu, keamanan negara dapat terjamin? Jadi, saya rasa dengan menyertai PVR ini, kita dapat bersama-sama membantu polis menangani masalah jenayah dan menjaga keamanan negara, " katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi temu duga di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini.

Farid Kamil berkata, beliau akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan.

Katanya, sebelum ini beliau mengetahui mengenai PVR ketika bekerjasama dengan polis bagi menjayakan filem terbaru arahannya, PER3. Dalam filem itu, watak Farid disebut sebagai Bapak Segala Gangster.
Sejak itu, saya mula mempunyai ramai kenalan dari kalangan anggota polis yang turut mencadangkan saya untuk menyertai PVR. Selepas itu, minat itu timbul sedikit demi sedikit.

Selain itu, kata-kata seorang anggota polis bahawa saya harus menjadi contoh kepada belia yang lain membuatkan saya lebih bersemangat.

Saya berharap tidak dikecualikan untuk menjalani sesi latihan selama seminggu kerana saya sendiri akan cuba menyusun jadual harian sebaik mungkin bagi memastikan saya dapat menghadiri sesi latihan, " katanya.

Sehubungan itu, katanya, belia tidak seharusnya menjadikan alasan bayaran elaun RM6 sejam untuk menjauhi pasukan sukarela itu.

Zulfahmi tawan Sepang

Sepang: Walaupun hujan membasahi Litar Antarabangsa Sepang semalam, tetapi Zulfahmi Khairuddin ‘membakar’ litar itu apabila melakar sejarah menjadi pelumba pertama negara berjaya menaiki podium Grand Prix (GP) Dunia dengan menduduki tempat kedua kategori Moto3 (250cc), semalam.

Kemenangan itu adalah pencapaian terbaik pelumba yang menyambut hari jadi ke-21 kelmarin sejak beraksi dalam perlumbaan berprestij itu tiga tahun lalu sekali gus mengatasi pencapaian terbaik tempat keempat yang diraihnya di GP Portugal, Mei lalu.
Bermula di petak utama selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan kelmarin, semangat anak muda dari Banting, Selangor yang mewakili AirAsia-SIC-Ajo Team itu jelas membara untuk meraih podium sulungnya.

Walaupun pelumba Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger berjaya memotong di awal permulaan, namun ia dilihat satu strategi untuknya menamatkan perlumbaan di kelompok tiga teratas.

Berbaki tujuh pusingan untuk perlumbaan ditamatkan, Zulfahmi kembali berada di depan sehingga ke pusingan terakhir namun sedikit kesilapan di selekoh terakhir meleburkan impiannya berada di tempat pertama apabila dipintas oleh Sandro Cortese yang menamatkan saingan 0.028s lebih pantas daripadanya dengan 40 minit 54.123 saat.

Namun tunggangan cemerlang yang dipamerkannya itu cukup bermakna untuk meraih podium pertama sepanjang kariernya pada hari ulang tahun kelahiran yang ke-21, kelmarin.

"Saya belajar daripada pengalaman sebelum ini untuk bermula lebih baik. Terima kasih kepada pasukan kerana sepanjang minggu ini, jentera saya berada dalam keadaan cukup baik.
"Ketika mendahului, saya ada melakukan sedikit kesilapan hingga dipotong oleh Sandro Cortese. Namun kedudukan kedua di tempat sendiri adalah lebih baik daripada terbabit dalam kemalangan," katanya yang bersaing hebat dengan Cortese pada selekoh terakhir.

Tamat perlumbaan itu, Cortese yang mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo turut mengesahkan kejuaraan dunia Moto 3 menjadi miliknya dengan mengumpul 280 mata tatkala tinggal baki dua lagi perlumbaan musim ini, manakala Zulfahmi di tempat ketujuh, 112 mata.

Sunday, 21 October 2012

Kelantan lengkapkan kejuaraan treble

Kelantan berjaya melakar kemenangan dengan mengalahkan  Angkatan Tentera Malaysia (atm) semalam  di shah alam dengan jaringan gol 3-2.

Indra Putra Mahayuddin muncul wira pasukan 'The Red Warriors' apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit.
Kemenangan bersejarah itu sekali gus melengkapkan kejuaraan treble buat pasukan Kelantan selepas muncul juara Piala FA dan Liga Super musim ini, iaitu sesuatu yang kali terakhir dilakukan Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.
ke-11 utama


Barisan pemain ATM, yang digelar skuad 'The Gladiators' ternyata gagal menyekat kemaraan pasukan Kelantan sekali gus melepaskan peluang menebus kehampaan mereka di pentas final sulung 46 tahun lepas apabila tumpas 0-1 kepada Selangor.

Sebaik permainan bermula, Kelantan terlebih dahulu menguji 'kereta kebal' ATM yang diterajui pemain pertahanan kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Razak.

Penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha hampir meletakkan pasukan 'The Red Warriors' di hadapan pada minit ke-15 namun tindakan pantas penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun berjaya menyelamatkan keadaan dengan menepis keluar bola.

Kelincahan Norshahrul sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan 'The Gladiators' dan seminit sebelum separuh masa pertama tamat, beliau menyumbat gol pertama pasukan Kelantan menerusi sepakan leret dari dalam kotak penalti.

Tiga minit selepas permainan bersambung babak kedua, sepakan kencang pemain tengah ATM Rezal Zambery Yahya dari luar kotak penalti berjaya menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan ATM tidak kekal lama apabila Norshahrul menjaringkan gol kedua 'The Red Warriors' pada minit ke-50.

Walaupun ketinggalan, barisan pemain ATM tidak berputus asa dan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi tandukan pemain import Marlon Alex James hasil sepakan percuma daripada rakan sepasukan.

Kedudukan terikat 2-2 itu berlanjutan sehingga tamat perlawanan sebenar 90 minit.

Indra Putra muncul wira apabila rembatan cantiknya hasil hantaran Mohd Nurul Azwan Roya berjaya memperdaya Mohd Farizal pada minit ke-96 untuk memastikan kemenangan mutlak skuad The Red Warriors.

Norshahrul dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-86 itu.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan trofi Piala Malaysia kepada ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi. 

Jom-jom Tingkatkan Follower Sampai Puas-puas

 
Assalamuakaikum,jalan2 terjah sana sini k... belogisam adalah blog baru so tercari iea macam mana nk tingkatkan follower ni..ha3

follower terkini dalam masa 3 bulan:
sikit gler :

click me

ha3,, sempoi giler belog ni, korang2 law nk join silala

ribuan kredit to a step to remember coz dpt join dis site,
ha3....... nice to meet all bloger

25 Top sites in Malaysia

Sumber dipetik daripada alexa 
Bertarikh 21 oct 2012


1.Facebook

2.Google.com.my

3.Google.com

4.Youtube

5.Blogspot.com

6.Yahoo

7.Wikipidea
 
8.Twitter

9.Maybank2u.com

10.Blogger.com

11.Mudah.my

12.Windows Live

13.Wordpress.com

14.Lowyat.NET

15.Malaysiakini.com

16.Babylon

17.Cari Malaysia

18.Amazon.com

19.Googleuserconttent.com

20.The Star Online

21.Adf.ly

22.Lelong.com.my

23.Cimbclicks.com.my

24.Linkedln

25.cariGold.com

1422. ads4bucks

3218. Uthm

19,107,029. Belogisam  dalam alexa data
 

Saturday, 20 October 2012

Bahaya langsing ekpress

Walaupun ramai yang tidak sabar untuk tampil langsing, tetapi hakikatnya tiada jalan pintas untuk seseorang itu mengurangkan berat badan secara cepat dan selamat,” kata Perunding Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Siti Farhath Sehu Allavuddin.

Beliau berkata, pengurangan berat badan mendadak hanya membawa kesan negatif kepada sistem badan, malah penggunaan pelbagai ubat bagi mengurangkan berat badan yang mendakwa mampu menguruskan badan dengan cepat hanya membawa kesan sementara.

“Pengurangan berat badan secara ekspres tidak tahan lama dan berat yang sudah hilang sebelum ini kembali semula. Pengurangan berat badan adalah satu proses dan ia perlu dilakukan secara berperingkat.
“Cara paling selamat dan terbaik ialah menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang dapat membakar lemak secara konsisten,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pengurangan berat badan yang mendadak dengan pengambilan ubat terlarang atau herba selalunya membabitkan kehilangan air yang banyak dan tidak membabitkan pembakaran lemak.

“Badan perlu membakar lemak yang disimpan jika mahu kurus dan ia hanya boleh dilakukan dengan senaman dan bukan menyebabkan tubuh kehilangan air dalam usaha mendapat berat unggul.
“Kehilangan air yang banyak ini berbahaya pada sistem badan dan boleh membawa maut. Oleh itu, tiada jalan pintas untuk kurus dengan sihat dan kekal lama selain cara hidup yang sihat dan sering bersenam,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai tiga salun kecantikan yang digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual ‘herba ajaib’ yang dipercayai mampu menurunkan berat badan 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup ke Malaysia melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan daripada sejenis herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu dicampur racun Sibutramine yang boleh membawa maut dan penyebab sakit gila.


Kanak-kanak di China Dirantai

Dua kanak-kanak dirantai pada sebuah bangunan di bandar raya ini ketika ibu bapa mereka bekerja.



Budak lelaki dan kakaknya, berusia tiga dan empat tahun diikat dengan rantai besar supaya mereka tidak boleh melarikan diri atau diambil oleh orang tidak dikenali.

Kanak-kanak berkenaan, yang ibu bapanya pekerja pendatang yang miskin, pernah dilihat menangis mengenangkan keadaan mereka yang terpaksa di rantai itu.

Penduduk berhampiran berkata, ibu bapa kanak-kanak itu berasal dari Hunan, wilayah selatan China dan melakukan pelbagai jenis kerja di kawasan itu.

Terlalu bahaya untuk membawa mereka ke kawasan pembinaan ketika mereka bekerja.

Kerana itu, pasangan berkenaan merantai anak mereka untuk memastikan mereka selamat.

Si bapa berkata, dia dan isteri sedar mereka tidak sepatutnya merantai anak mereka sedemikian.

“Isteri saya sudah beberapa kali menangis kerana terpaksa merantai mereka.
Tetapi, kami tidak punyai pilihan,” katanya.

Perbuatan itu menggambarkan kemiskinan melampau yang dihadapi ramai keluarga di China.

Sebahagian ibu bapa tidak mampu membayar penjagaan anak atau anggota keluarga yang kurang upaya ketika mereka keluar bekerja.

Bulan lalu, gambar mendedahkan nasib seorang gadis berusia 13 tahun, Jiang Manqi, yang diikat pada basikal berenjin di Fuzhou, wilayah Fujian.

Dia diikat sedemikian untuk membolehkan datuknya mengutip sampah untuk dikitar semula.

Keluarganya tidak mampu untuk mengubati penyakit sawannya. Kerana itu dia diikat pada basikal supaya anggota keluarganya boleh mengawasinya.

Sementara itu, di Nanjing, timur China, seorang wanita merantai anaknya dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu.

Hong Chunlin, 37, menghabiskan sebahagian besar masanya dengan tangan dirantai pada katil.

Dia dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang yang beryusia 71 tahun.

Wanita itu berkata, dia bertindak demikian selepas kelakuan anaknya menjadi ganas.

Friday, 19 October 2012

Mencari bakat penari seperti anda??? r u dancer?/

ASSALAMUALLAIKUM

Pertandingan Tarian terbesar di Asia, Gatsby Dance Competiton, memberikan anda peluang menunjukkan bakat tersembunyi daripada kumpulan anda.

 Inilah masanya untuk semuanya golongan pelajar menunjukkan kemahiran dan membawa apa yang dimiliki ke peringkat seterusnya. 

The winner akan menjadi wakil Malaysia untuk pertandingan ke- 5 tarian GATSBY. 
Apa tunggu lagi, kepada anda yang berbakat lawati link ini untuk sebarang informasi. You are no 1 student dancer in Asia. 

Record annd share it.....
wassalam 


Kerana seekor burung twitter


Assalamualaikum,, pedih mata aku kerana seekor burung twitter dalam belog ni,, puas ak mencari penjual2 yg berkebolehan untuk memberi ak seekor burung yg tiada hidup matinya dalam dunia maya ni,, cool gler.

Burung nie x payah susah2 nak dijaga,makan pun x perlu dijaga rapi, asalkan keturunan dia dijaga sudah, itu cukup memadai. Untuk menternak burung ini beloger mestila mempunyai  akaun twitter sebagai syarat utama untuk mendapatnya dari penjual.kalau xder twitter jgn sebarangan bela, t terbela saja2, hasilnya x dapat.

bawah jagaan belogisam

Korang nampk tak burung yg sedang terbang dalam belogisam ini?. Haa tu la burungnya yg penjual tu sendiri bagi kat aku, warnanya biru, tampan ag tu, kelebihan dia boleh terbang sana-sini ikot korang scroll tetikus kat mana.. kebawah keatas semua kelebihan dia, p tengok la gak kan sape penjualnya he5, nie dye supplier yg bagi ak burung nie, klik disini

Lepas nie, sakan la burung ak besar dan membiak. Aku nie suka je bela-bela kartun maya yg hidup ni, maklumla  tak kena bagi makan kan...he2 law dapat burung twit ni betul2 depan mata  memang mati kelaparan agaknya, yela ak mana sempat nk tengok makan minum burung tu, hari2 pegi kelas balik2 je malam sudah,

So, sebagai alasan, sedap je ak cakap nk bela burung macam nie kan, law ada ikan yang boleh begerak dalam belog, tetap ak pelihara gak, bagi warna cantik2 pas2 gemukkan dye entah  dengan bagi makan ap pun aku tak tau.he2, beloger yg nak burung macam ni dapatkan la cepat yer, stock bnyk gak la, tapi mgkin ader xpired kot.ha.
masih sihat badannya

Nak peliharanya x payah, ikot je step yg si penjual bagi, it simple

wassalam



Comments System

Disqus Shortname