November 2012 - Isam Ismail

Friday, November 30, 2012

Kami Buddyz: carian tertinggi belogisam
Sepanjang minggu ini iklan digi dengan manifestonya kami takkan terpisah adalah carian yang tertinggi untuk belog ini..

Iklan ini adalah iklan yang paling terbaik sepanjang digi melangsungkan iklannya ditv mahupun corot media massa lain..


Ayatnya memang gempak,, videonya memang ngam macam segi empat darahnya sejiwa bersaudara.

Ini adalah teks iklan digi buddyz: Video disini



Tak kan terpisah
 empat sekawan gila gila rambut tak sama tapi satu kepala tak sedarah tapi bersaudara sumpah untuk bersama-sama .
Tak kan terpisah
biar tsunami melanda pusing dunia berjanji setia susah senang kami menang.

Tak kan terpisah
ibarat KL dengan traffic jem macam burung biru dengan muka buku tetap rapat kami hebat .

Budak hijabsters dengan jeans ketat
takkan koyak   takkan goyah, takkan terpisah kami buddyz, bersama selamanya.
kami riuh kami gempak
ngam ngam macam segiempat tepat , suara berbeza , pilihan sama . fahami jiwa tanpa suara

kami sembang gaduh sms kutuk lepak
sebab kami muda sekali je bersama mencipta menggegar dunia . kami bebas merantau merata-rata merayau-rayau mencari jati diri bersama untuk selamanya . 
Kami BUDDYZ 
                                                               Kami tak kan terpisah
 




Aneh: Terowong 100km di Palekbang
Semenjak 28 nov dikhabarkan bahawa seorang kontraktor telah menjumpai satu lubang dipercayai terowong ketika memasang tiang di palekbang kelantan.
 

Pintu masuk terowong yang dijumpai oleh kontraktor tersebut.


Namun buat masa ini, pihak Bomba Malaysia menyedut keluar air didalam terowong tersebut kerana pihak arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian saja daripada laluan terowong ini ekoran ditenggelami air.

Terowong ini dikatakan bersambung sehingga ke Tak Bai, Thailand sehingga Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas. Jika dilihat, struktur konkrit yang digunakan di terowong in kemungkinan digunakan oleh tentera Jepun ketika menyerang Tanah Melayu suatu ketika dulu. Kemungkinan besar terowong ini adalah terowong purba, tentera Jepun hanya menggunakan terowong ini. Panjang terowong ini dikatakan hampir 100KM.
 
Sekiranya betul penemuan ini adalah terowong yang digunakan oleh tentera jepun, maka kelantan kini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri..

Thursday, November 29, 2012

Proton lancar model baru
Bangkok,,, Dua model kereta proton telah berjaya memasuki pasaran Thailand untuk kali ini. Ini telah membuktikan bahawa kereta buatan Malaysia juga mampu bersaing dengan kereta jenama lain hasil  buatan dari  negara lain .
preve

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Lukman Ibrahim,berkata kedua-dua model berkenaan menetapkan tahap standard baru kenderaan PROTON merangkumi pelbagai aspek utama termasuk keselamatan, prestasi, keselesaan, kualiti binaan, rekaan dan penampilan keseluruhan.

Tujuan pelancaran ini dibuat adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara 10 pengeluar kereta utama di negara itu.

Antara dua model yang dilancarkan di Thailand adalah proton Previe dan Exora prime

exora prime