Wednesday, 16 January 2013

Tujuh hari berlalu

Assalamualaikum,, syukur yang berpanjangan selama tujuh  hari aku berjaya merentasi rintangan untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Dalam makna tujuh hari yang aku lalui berbagai rintangan yang  aku tempuhi termasuklah menjadi sang kelawar sementara menunggu hari esok dengan debarnya..

Penat dan mengantuk sentiasa mengiringi perjalanan waktu peperiksaan aku,, tetapi bersyukur dengan jayanya kerana semuanya aku dapat habiskan dengan tenang, walaupun ada satu kertas yang memaksa untuk aku berfikir panjang,, tetapi tahap untuk aku berfikir sudah mencapai limitnya,, jadi apa yang aku buat adalah teruskan dengan pemikiran yang biasa dan perkara seperti ini membuatkan aku sedikit kecundang diakhirnya..

Walaupun nasibku kecundang,, tetapi tetap ada satu pengalaman yang baru dan berharga yang membolehkan aku mempelajarinya dan menjadikannya sempadan untuk masa akan datang, jadi ,pengalaman ada guru terbaik untuk mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik, bukan setakat guru atau pensyarah sahaja yang layak mengajar kita,, tetapi diri sendiri juga berhak untuk mematangkan kita..

Tujuh hari,tujuh kertas,tujuh malam dan tujuh kali terpaksa melupakan dunia belog buat sementara waktu dan terpaksa bertemankan buku, waalaupun kekadang ada masa yang diicuri untuk melawat blog yang terpilih dan seronok dilawat..

Seronok bila mendapat tahu hari ini adalah last payyyyperrrrrr untuk aku bagi semester kali ini,, dan perjuangan aku belum berakhir lagi disini.. lepas ni apa nak buat lak masa cuti yerk???ada idea??


Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Sunday, 13 January 2013

Angel Falls, air terjun tertinggi didunia

Pernahkah anda terfikir dan tertanya dimanakah letaknya air terjun tertinggi didunia???.Jawabnya air terjun  tertinggi di dunia terletak di Venezuela dan dipanggil dengan nama Angel Falls.

Angel Falls merupakan air terjun yang mempunyai ketinggiannya mencapai 3.212 feet (sekitar 979 meter) dan dibandingkan dengan niagara falls yang cuma 170 feet (sekitar 52 meter). 
 
Angel Falls ditemui pada tahun 1937 oleh Jimmy Angel iaitu seorang pilot dari Amerika.Dan dari situlah nama air terjun ini diletakkan dengan nama Angel falls sebagai peringatan akan penemuannya terhadap anugerah alam ini.


 
 

 
Niagara fall yang sangat terkenal hanya mempunyai ketinggian 52 meter dan pesona air terjun dari ketinggian 52 meter sudah sangat dirasakan apalagi air terjun yang jatuh dari Angel Falls yang berketinggian 979 mete.


Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Friday, 11 January 2013

Header pertama blog

"Header yang bagus merupakan satu lambang kepada sesebuah blog",, jadi dengan ayat itu aku tergerak hati untuk menghasilkan satu header untuk blog aku sendiri dan menunjukkan sedikit kelainan dengan blog orang lain..Hasilnya tercetuslah rekaan header yang simple lagi berseri kan? jadi apa komen anda  tentang header yang aku hasilkan dalam masa 15 minit menggunakan photoscape.?

Mengenai rekaan header yang sudah aku hasilkan sebenarnya tertanam beribu pengorbanan disitu, macam pengorbanan orang nak buat tembok besar cina gak, tapi pengorbanan dia dalam bentuk lain, iaitu aku perlu korbankan masa 15 minit untuk siapkan semua ini dengan kemas dan rapi..berbaloi juga masa yang aku korbankan. Dapatlah juga blog aku merasai kelainan dari blog yang lain..


Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Comments System

Disqus Shortname