Monday, 18 March 2013

STPM sudah SPM bila lagi???

Assalamualaikum wbt..

Tahniah diucapkan kepada calon stpm 2013 kerana telah berjaya mendapat keputusan pada hari ini tanggal 18 mar 2013.Calon spm bila pulak yer?? dengar kata hari rabu ini keluarnya. Apapun yang calon dapat untuk keputusan kali ini moga masa depan dapat dirancang dengan sebaiknya dan tiada sedikit pun lubang kekurangan yang dibuat..

Khabarnya ramai jugalah calon stpm kita yang lulus untuk tahun ini dan yang gagalnya tidak  tahu berapa jumlahnya.. Apapun yang calon dapat adalah hasil atau ganjaran dari usaha dan penat lelah yang calon korbankan selama ini, dan yang tidak mencapai target tu janganlah bersedih,, tak semua yang dirancang  itu sempurna semuanya..

Walaubagaimanapun, aku  mempunyai sorang adik yang sedang menunggu keputusan spm untuk hari rabu ini,, puas aku nasihat untuk masa depan dia tapi orangnya buat tak tahu jer ,aku dah suruh buat itu ini tapi nak buat macam mana kepala pun sudah pandai berfikir,, tak hairanlah kalau dia nak buat keputusan sendiri, janji tugas aku mensihati sudah aku lakukannya untuk kebaikan dia juga.

Untuk calon peneman hati ku dikala aku kerinduan, orangnya telah mengambil keputusan stpm pada sebelah pagi tadi dan keputusan yang diperolehinya amat membanggakan,,dan aku harap apa yang orangnya fikir akan dipenuhilah untuk satu masa nanti.. katanya nak jadi ustazah.hheee

Kejayaan tidak terletak pada sekeping kertas atau slip mahupun sijil,, tapi kejayaan sebenar bakal dinikmati bila kita memahami apa itu erti kehidupan.WASSALAM

Blogger.my

Assalamualaikum wbt..

Giler"" mood masih lagi dicari untuk meneruskan kegiatan dalam bidang blogger ni,, masih lagi terumbang ambing,, pikir sana, kurang sini,, memacam yang terpaksa aku lalui sekarang,, tambah lagi dengan line yang semakin ciput ni,, lagila mengurangkan keinginan aku untuk lepak disini.. Btw aku ada dua berita baik untuk dikongsikan dengan semua..

Berita yang pertama, aku mendapat permintaan dari kawan aku sendiri untuk menumpangkan iklannya disini..wah2,,tak hebat ke namanya tu,, dengan jenama blog yang picisan ini pon masih ada yang berminat untuk bernaung di bawah aku,, apapun aku rasa bersyukur sebab diorang nampak aku punya blog walaupun ranking aku sekarang da semakin meninggi,, lebih tinggi dari permulaan dulu.hahaha

Yang kedua, aku nak hasilkan satu baju untuk para blogger dengan kos dibawah RM30.Dengan jenama blogger.my untuk malaysia aku harap ianya dapat membantu aku untuk terus bersemangat melepak di dalam dunia blog ini.

Dengan kerjasama oleh pihak tertentu aku harap baju yang akan  dikeluarkan mendapat tempahan la yer..Kalau da ada yang berminat bolehla usar belogisam sekarang,, designnya akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat..Wassalam

Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Thursday, 14 March 2013

(TOLONG SHARE POST INI!) RAYUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG PERIHATIN!

Yang mampu aku lakukan untuk meringankan beban...

1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.

9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

(TOLONG SHARE POST INI!)

p/s: dibenarkan copy dan paste untuk tujuan share. kami melakukan ni atas dasar prihatin.jika anda boleh share mengenai kehilangan anak duta besar switzerland sampai disebar keseluruh talian komunikasi,apa salahnya anda berbuat demikian untuk pakcik ni juga...





Wednesday, 6 March 2013

Perangai Dengki

Assalamualaikum wbt,, Semalam aku ada memulakan sesuatu yang baru dan tak pernah aku buat sebelum ni,, nak tahu apa?? aku menjadi agen topup untuk satu syarikat kecil yang bertapak dekat negeri aku tu,, sob2 bila da dapat jalankan bisnes ni,, ada pulak customer buat onar dengan aku,, mak ang, pandai je amik kesempatan orang ni,, nak tak nak janji makan janji semua..

Aku kurang suka atau kata lain benci bila orang berjanji tetapi buat main dengan janji,, Nak yang sedap je,, tapi pahitnya tak nak amik.. Sakit gak buat permulaan untuk aku ni,, tapi apa nak buat da jadi.. Yang sedap tu untuk sekarang je,, tapi tak kan kekal orang katakan.. wasssalam.. ini disebabkan kekurangan idea atau peluang untuk aku melihat blog dan terjadilah entri ini,,, wassalam

Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Monday, 4 March 2013

Agen Topup diperlukan

Assalamualaikum wbt,, salam blogger,

Mencari agen yang ingin berbisnes bersama aku dengan menjual topup kad dan easyreload kepada semua pelanggan yang inginkan perkhidmatan topup.Anda tidak perlu risau dengan yuran keahlian sebagai agen topup kerana perkhidmatan yang diceburi bukannya hanya berdasarkan untung semata-mata tetapi keberkatan rezeki yang diperolehi. Dengan hanya berbekalkan yuran pendaftaran sebanyak RM9.90 anda mampu menjana pendapatan untuk diri sendiri dengan syarat rajin berusaha (usaha tangga kejayaan). Selain menjana pendapatan anda juga boleh menggunakan untuk diri sendiri..

Bersama syarikat MBI communication aku menjadi agen topup untuk sesiapa yang berdekatan dengan aku buat masa ini..Untuk yang inginkan perkhidmatan topup bolehlah mencari  aku dan kepada sesiapa yang ingin menjadi agen topup hubungi aku atau layari MBI communication untuk info selanjutnya... keuntungan dan kepuasan milik anda semua..

Untuk maklumat layari M2i services atau hubungi aku melalui 0167012712

Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Bunyi yang menakutkan

Assalamualaikum wbt buat semua blogger..Percaya atau tidak sekarang aku tengah dilanda mimpi dengan bunyi yang amat menakutkanlah bagi aku untuk melakukan aktiviti harian terutama masa tidur aku akan tergangu dengan bunyi yang agak menakutkan..

Ini bukanlah kisah seram yang akan aku ceritakan tetapi bunyi yang aku maksudkan adalah bunyi dari kipas syiling rumah yang sememangnya amat menakutkan,,tambah lagi bila masa nak tidur, yang lain tidaklah dirisau sangat tetapi andai kata kipas itu tercabut katakan,, tak ke berkeliaran aku lari malam-malam buta.

Aku tak tahu kenapa kipas syiling ni makin lama makin kuat bunyinya?? habuk da hilang, colour hitam da betukar putih, tetapi bunyi seakan lori balak itu masih lagi kedengaran sampai sekarang..sakit telinga aku, nak dengar lagu blog aku sendiri pun susah,, gitu kita promote sikit katakan...

Ada cara yang sesuai tak yang membolehkan aku senyapkan bunyi kipas yang agak bising dan menyeramkan ini??


Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Saturday, 2 March 2013

Lahad Datu

Semalam 1/3/2013 digemparkan dengan pencerobohan oleh pengganas yang digelar "kesultanan sulu" di lokasi Lahad Datu yang mengakibatkan dua daripada anggota komandor negara kita terkorban dan tiga lagi cedera.Menurut BH untuk hari ini 2/3/2013 pasukan pengganas dikatakan mengibarkan bendera putih dan dalam masa yang sama pengganas ini memerhatikan pergerakan anggota komandor negara  sebelum berlakunyabalas tembakan yang mengakibatkan dua anggota komandor terkorban..

Dua anggota komandor yang terkorban adalah INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT dan KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Takziah diucapkan kepada wira negara dan semoga rohnya dicucuri rahmat dengan keazamannya untuk mengekalkan keselamatan negara dari anasir luar..Untuk balu peninggalan arwah semoga tabah dalam menjalani kehidupan dengan dugaan ini..

 

tangisan sahabat seperjuangan

Add caption


Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Friday, 1 March 2013

Part time dengan internet

Belogisam percaya mesti ramai yang mencari kerja part time melalui intenet di sebabkan beberapa faktor yang munasabah bagi diorang. Ada yang berfikiran bagi mengisi masa lapang dan ada juga yang berfikiran untuk saja-saja menambahkkan pendapatan sampingan dengan hanya menggunakan internet...

Bagi belogisam terdapat berbagai kerja yang boleh dijadikan kerjaya ataupun sebagai part time dengan internet ini, dan salah satu medium untuk membuat part time adalah menjadi seorang blogger..Apa??? blogger?? "banyak pula idea aku hendak berfikir untuk menulis".. Kalau begini keadaannya ada cara lain untuk anda mendapatkan kerja parrt time dari internet ini.Dan satunya menggunakan laman sosial.

Apa salahnya kalau anda menggunakan laman sosial sebagai punca pendapatan sampingan dengan menyiarkan iklan-iklan yang disediakan oleh laman web tertentu untuk tontonan umum,, Seperti menggunakan laman sosial facebook, twitter,marshable, kampus.my dan blabla dengan menyiarkan iklan dari says, churp-churp, blind dan ha22..

Selain itu, anda juga boleh menjadikan internet ini sebagai kedai anda dengan menjual pelbagai barangan online yang mendapat permintaan ramai dari pelanggan seperti menjual produk kecantikan, pakaian dan sebagainya,, dan sebelum anda memulakan perniagaan online tugas anda yang pertama adalah mencari supplier yang dapat membekalkan barangan yang dikehendaki ataupun menjadi agen dropshiping bagi mengurangkan modal awal perniagaan..selamat ber-part time




Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

Comments System

Disqus Shortname