Tuesday, 30 July 2013

JAHIT- Iklan Raya Petronas 2013

Setiap tahun Petronas menyediakan berbagai iklan mengikut perayaan yang bakal dilalui, kali ini iklan petronas untuk raya berjudul jahit.. Dimana kudrat membawa berkat.Kita wajar mengambil isu positif diatas iklan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu semata untuk menunjukkan penghargaan kepada yang tertentu..

Berpasir sekejap mata aku melihat iklan yang macam ni,, tak percaya leh tengok dengan mata kasar sendiri.. pasti berbaloiii..





Sunday, 21 July 2013

Kalau Aku Kaya-Altimet

Angan kalau aku kaya dengan lirik





Lirik :

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

Saturday, 20 July 2013

Sakit Bertambah Parah Bila??

Assalamualaikum wbt..
Pernah tak korang merasa sakit bertambah sakit apabila sesuatu keadaan yang kita dalam kesusahan ditambah lagi dengan kesusahan lain..hehe,, ini bukan nak merungut Malaysia tetapi sekadar nak kongsikan cerita aku yang sememangnya sakit.. Paling tidak aku dapat lepaskan bebanan yang ada dalam kepala otak yang tengah serabut ni..

Bak kata pepatah dengan situasi ini  sudah jatuh ditimpa tangga.. Ni la pepatah yang sinonim dengan keadaan sakit bertambah sakit lagi.. Contohnya da la lewat pergi kerja sebab masalah kereta tak hidup,, kena plak marah dekat bos tempat korang kerja tu kan.. he

Bila keadaan macam ni berlaku sabar jela yang dapat aku  lakukan,, kalau tak memang angin la semua tempat,, tak kira da orang sekeliling,, nak jadi jadi la kan.. janji hati senang tak serabut.. da la kita dalam kesusahan, orang lain suka-suka dia je nak tambah, tak fikir plak perasaan orang lain..

Kisah aku plak,, da la aku dalam kesempitan wang dalam masa yang sama aku terpaksa bayarkan cash atas kesilapan yang aku buat waktu aku kerja dalam masa tu juga dan tak boleh tangguh. nak kata banyak tak la banyak , tapi bila da kesempitan tu RM1 pun jadi masalah..Aku kena bayar cash RM10,, tapi disebabkan waktu tu aku memang kesempitan dan dalam dompet ada RM3 je, memang jadi satu masalah bagi aku,, aku rasakan dunia ni bagai nak runtuh dan memang sakit giler sebab aku tak tahu macam  mana nak dapatkan sejumlah itu..

Untuk memuaskan kehendak hati,, terpaksa aku hutang dulu dari member dan bila semuanya tenang aku cari jalan macam mana nak selesaikan semua ini, dan syukur aku dapat keluarkan duit dari akaun aku untuk RM10 itu..huhu.. Kekaang sakit dapat dihilangkan juga apabila kita senantiasa bersedia untuk kes kecemasan

P/S : menabunglah untuk keselamatan diri di masa hadapan..



Friday, 19 July 2013

Modal Niaga Duit Curi

Niatnya yang baik tidak memberi impak besar kepada orang yang menilainya tetapi cara permulaannya sedikit salah. Dengan bermodalkan wang curi dari tabung masjid seorang remaja memulakan perniagaan air soya dengan berbekalkan wang itu, tetapi usahanya tidak kekal lama apabila remaja tebabit dapat ditangkap atas kesalahan mencuri dan menggunakan imej yang baik sebelum memulakan tindakan mencuri tabung katanya akhbar sinar harian online..


Tuesday, 16 July 2013

Giveaway Topup Ramadhan fyapelangi.com



KLIK BANNER DAN SIAP. 
HANYA UNTUK 7 HARI !

JOM JOIN BERAMAI - RAMAI !



Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya :

" Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan ".


Salam Ramadhan Kareem :)


GA Ramadhan Raya by Emas Putih



Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)



Koleksi Jam Tangan Tawaf

Sebut saje jam tangan tawaf pasti ramai yang tertanya bagaimana rupa bentuknya dan bagaimana pula dia berfungsi disebalik nama jam tangan tawaf itu sendiri..Di sini penulis akan merungkaikan apakah yang dimaksudkan dengan jam tangan tawaf dan bagaimanakah rupa bentuknya untuk tontonan kepada yang masih tertanya diluar sana.

Jam tangan tawaf merupakan salah satu jam yang menggunakan konsep pusingan lawan arah jam atau nama saintifiknya anticlockwise. kebanyakan jam yang berada diluar sana akan berpusing kekiri dan terus kekiri namun jam tawaf  akan menggunakan konsep pusingan tawaf dengan berpusingan kekanan.Pusingan ini sama dengan konsep para jemaah mengerjakan haji dengan melakukan tawaf kekanan.

Disini terdapat beberapa koleksi jam tangan tawaf yang boleh menggamit atau memukau mata para pengguna diluar sana dengan keunikannya berbanding dengan jam biasa yang berputar mengikut pusingan biasa..Tambahan lagi mengikut kajian pusingan kekanan ini memberi banyak manfaatnya kepada para pemakai dan sekiranya kita menghayati kejadian alam ini, kebanyakkannya pusingan adalah mengikut pusingan tawaf.

Jadi apa salahnya kita mempunyai satu koleksi jam yang rata-rata pusingannya mengikut pusingan alam dan banyak memberi kelebihan kepada si pemakai berkaitan dengan tenaga positif hasil dari pusingan kekanan itu tadi.Antara koleksi yang boleh didapati adalah berupa seperti yang berikut :

pelbagai pilihan warna strap yang menarik 


koleksi jam lelaki


didatangi dalam bentuk rumi jam jawi


juga terdapat jam untuk wanita


jam pocket, sesuai sebagai hadiah


pilihan muka jawi


lihat akan kedudukan nombornya


simple tapi menarik dipadankan dengan strap yang gelap


gelap dan jawi
Lawati Jual Beli Jam Tawaf (JBJTA)  untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sekian


Sunday, 14 July 2013

Page Not Found-- ape kehel??

Hari-hari aku makan hati dengan search engine aku,, taip je url blog  keluar lah page not found, apa kehel semua ni?? aku punya blog kena simpan ketat-ketat oleh pihak searh engine tau mereka ni da penat nak pergi ke url aku disebabkan bulan puasa sebegini.. adoiii.. Kalau mende ni berterusan macam mana aku nak berblogwalking,, da la lama suda aku menjauhkan diri dengan dunia maya ni.. kalau search engine ada terasa dengan aku cakap le awal-awal senang aku settlekan..huhuh

""The requested URL "blogmimpisemalam.blogspot.com" cannot be found or is not available. Please check the spelling or try again later.""
sakit hati melihatnya

Bukan setakat url blog aku je kekadang jadi poblem macam ni,, tetapi tetap berlaku pada url blog yg aku nak masuk, kekadang dapat, dan kekadang hampeh,, makan hatila aku sorang-sorang depan laptop..nak maki hamun laptop pun tak guna,, sebab x der perasaan, silap-silap aku yang terkena balik nanti.. haha.

Buat masa sekarang ni aku tak tahu kenapa selalu jadi macam ni, teringin gak nak settlekan semua ni dengan secepat yang mungkin, tetapi masalahnya aku terpaksa bergelut dengan masa aku di bulan ramadhan ini,, dek kerana aku ada buat part time dengan sebuah hardware untuk bekalkan duit kocek aku senantiasa ada dikala aidlfitri yang akan datang nanti. huhu..

Pada sesiapa yang ngerti apa masalah aku sekarang ni, bolehla hulurkan pertolongan sedikit, senang aku nanti,, tak payah nak pikir panjang sangat,, just do it apa yang korang suggestkan untuk aku,, apa yang baik tetap akan ku  terima seadanya..Apa yang berlaku sekarang adalah bila aku guna line p1 umah akak aku,, tak tau la kalau dekat laen x jadi masalah semua ini.. <@-.>sakit kepala memikirkan..

Tak payah nak bercerita panjang sangat kan, cukup saja dengan semua itu,,, dan wasslam..







Wednesday, 3 July 2013

Perbezaan Surau Lelaki dan Perempuan

Dikebanyakan tempat-tempat awan surau menjadi salah satu elemen yang penting dicari oleh segenap manusia untuk menunaikan kewajipan lima waktu apabila tiba waktunya,, tidak kiralah pagi mahupun malam,, apabila mendapat seruan kita wajib menunaikan tanggungjawab kita walaupun dalam surau untuk menggantikan rumah  ataupun masjid.


Tetapi tahukah anda surau  mempunyai perbezaanya tersendiri walaupun dimana  kita berada ianya tetap dengan panggilan nama surau. Warna, rupa bentuk, saiz dan jantina yang menggunakannya menjadi ukuran utama kepada perbezaan surau.

Tetapi  lain plak dengan cerita aku "" Kenapa aku masuk surau ada perempuan didalam dan menegur aku dengan dialog"

Unknow: Betulke surau lelaki ni dik??
Aku : Betul agaknya.. sebab x tengok tanda dekat luar pintu,, terus je masuk..
Unknow: Ni surau perempuan la dik,, lelaki sebelah tu..
Aku : Oh yeke kak,, silap la ni 
Unknow : #$%^*#$@
Aku : (amik kasut dan terus blah ke sebelah) "dalam hati senyum lebar + malu"...

Kejadian ini direkodkan pada jam 2 petang di pasaraya Aeon Kota Damansara..

Jadi pengajarannya ????

Monday, 1 July 2013

Rezeki dari Nuffnang- Alhamdulillah

Pejam celik, pejam celik cepat je masa berlalu dan pergi..Sampai satu masa aku nak kejar balik masa yang tertinggal dibelakang pon susah..Itulah kehidupan dan inilah blogmimpisemalam yang mengetengahkan kisah hidup dan pengalaman semalam..

Alhamdulillah,, kalau Allah nak berikan rezeki kepada hambanya sekejap je kan..?? dan sekarang aku rasa bertuah dengan blog aku sendiri kerana mempunyai earning dari nuffnang, walaupun masih pada nilai yang kecil,, tetapi bermakna bagi aku yang masih mentah lagi dalam dunia maya dan blog ini.. cukuplah dengan apa yang aku dapat sekarang..

Yang paling terkejut lagi bukannya earning itu datamg dari cpuv tetapi dari cpc,, baik hati anda-anda semua diluar sana yang sanggup memberikan blog ini pendapatan sendiri walaupun sedikit nilainya,, thanks a lot..

Teringin juga aku nak dapat cpuv dari pengiklanan ini,, tetapi blog ini masih dalam peringkat pembangunan dan nak dibandingkan, ramai lagi blogger yang berada diluar sana yang mampu dan kekalahan aku mungkin dari segi traffik la agaknya sekarang..

Apa yang terjadi,, aku senang meluahkan pengalaman aku disini.. salam sejahtera..

Comments System

Disqus Shortname