Sunday, 29 September 2013

"Big Screen" Di Karangkraft utk Penyokong TRW

Dulu ak pernah lepak sini (karangkraf sek 15 shah alam) dengan abg ipar ak sebelum final piala malaysia musim lepas.. Nak diceritakan memang ramaila penyokong TRW berkumpul disini,, diorang x kira pangkat dan umur, kerana bola,, mereka semua sanggup bersatu bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan TRW.. Satu2 nya tempat di shah alam yang memasang "big screen" untuk live bola sepak kepada mana2 yang tidak dapat memasuki stadium.. Pengunjungnya bukan calang2,, hampir penuh kawasan karangkraf disserbunya...


Semalam perlawanan diantara Kelantan dan JDT karangkraft turut memasang "big screen" utk tontonan ramai, dan yang aku x jangkanya hampir 7k penyokong kelantan di shah alam,, ini x kira lagi yang tengok dekat kedai mamak..

" LEBIH 7,000 penyokong setia The Red Warriors (TRW) hadir menyaksikan pertembungan suku akhir pertama Piala Malaysia  2013 antara Johor Darul Takzim Kelantan di Larkin yang disiarkan secara langsung menerusi skrin layar gergasi di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Seksyen 15, Shah Alam, malam tadi.

Program anjuran Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) dengan kerjasama Karangkraf dan Gempita Kelantan ini dihadiri penyokong TRW sekitar Shah Alam dan Lembah Klang." sambungan

Saturday, 28 September 2013

Info Kenapa Biskut Berlubang

Assalamualaikum wbt..

   Selama berkurun aku makan biskut yang ada banyak lubang ditengahnya,, baru hari ini aku tahu apakah fungsi disebalik pengunaan lubang itu sendiri.. Sebelum ini aku fikir kalau biskut ni ada lubang banyak senang sikit nak patahkan ikut dimensi,, lagi senang aku cicah dengan air kopi atau tea panas.. Dimakan waktu pagi,, umm begitu mengasyikkan je.

Tetapi tahukah anda lubang2 diatas biskut bukanlah direka untuk menarik perhatian para pemakannya tetapi direka bertujuan untuk memastikan biskut yang dimasak dalam ketuhar ini masak dengan rata. Kerana pembakaran biskut akan megeluarkan haba dalam bentu wap/air, sekiranya tiada lubang yang dibentuk sekitar biskut, biskut akan kelihatan mengelembung dan kelihatan tidak rata sama sekali.. Mungkin anda tidak berselera untuk memakan biskut yang seperti ini kan?? beli yang lain la..Keranggupan juga menjadi salah satu keutamaan diatas penciptaan lubang diatas biskut ini..

    Selain itu.. diantara lubang ke lubang biskut ada jaraknya yang tertentu untuk memastikan biskut yang dikeluarkan adalah ranggup,, sekiranya lubang terlalu dekat biskut ini akan menjadi sangat keras dan kering kerana pengeluaran air/wap yang berlebihan dan sekiranya jaraknya terlau jauh gelembung udara akan membentuk menyebabkan rupa bentuk biskut kelihatan hodoh.

Biskut yang ranggup sedap dimakan adalah biskut yang xde gelembung dan x kering..

sumber :artikel

Jangan Takut Kehilangan



Sejauh mana kita menyanyangi dan memiliki sesuatu yang bukan menjadi milik kita, usah dirisau suatu hari ianya akan hilang dan pergi kembali mencari siapakah pemiliknya yang sebenar. Tak perlu khuatir akan pemergiannya kerana takdir yang ditetapkan tidak pernah salah dan menyebabkan manusia itu sendiri lemah.. tetapi ada hikmah disebaliknya, untuk kita berfikir dan muhasabah diri sendiri, cukupkah apa yang kita lakukan dan layakkah kita dengan memiliknya??. Sebanyak manakah kita pernah bersyukur dengan memilikinya??,, sejauh manakah kita menyakitinya selama ini??,, semua itu menjadi penanda aras untuk kita sedar ketakutan dalam kehilangan sesuatu yang bukan milik kita itu pasti..

Tetapi usah dirisau andai sesuatu yang hilang itu rezeki kita, akan bersua lagi di saat dan ketika, cuma masa dan waktu yang menjarakkan bilakah dan dimanakah ianya akan berlaku terhadap hidup ini..Semestinya bila tiba saat itu hadirlah engkau dengan perubahan, selamilah apa yang hendak diperkatakan olehnya,, jangan teruskan kesalahan dan kesilapan dulu yang membangkitkan isu..

Semasa kehilangan jangan takut dan jangan lemah,, carilah tempat untuk mengadu kerana diri sendiri tahu siapa yang terbaik dan kenapa ianya hilang dalam kehidupan kita..Seharusnya sewaktu dahulu aku bersyukur memilikinya,, kerana dengan dirinya aku dapat merasakan kehidupan ini terlalu bermakna,, senyum,, gelak,, marah,, nakal,, semua telah sebati dalam jiwa,, cuma menanti masa untuk bersatu.. Taatkala menunggu saat inilah bergunung cabaran dan halangan mendatang,, tetapi aku tidak menunaikan tugas untuk memahami dan memberi kefahaman kepadanya..

Akhirnya, satu persimpangan hadir dalam jiwa sendiri,, mengharapkan keputusan yang diberi itu adalah yang terbaik untuk semuanya,, Namun diantara dua simpang, aku mencari simpang hasutan dan nafsu, dimana nafsu dan tindakan dibawah akal digunakan kononya, untuk mempertahankan sesuatu yang dimilki, tetapi dalam tak sedar telah menyakitkan hati sendiri. dan hari demi hari perasaan semakin celaru sehinggalah bertemu dengan pemanis ini,, Jangan takut akan kehilangan andai sesuatu itu bukan milik kita lagi.. Insyallah,, dia yang terbaik,,...

Friday, 27 September 2013

Antivirus Murah 2013/14

Assalamualaikum wbt.



Ramai diantara kita yang menggunakan kemudahan komputer untuk tujuan melayari internet,, menyiapkan assignment dan tengok wayang.. Dalam kesibukan kita melakukan semua perkara seperti ini ada anasir2 buruk yang cuba menjatuhkan kecekapan komputer kita dengan menyebarkan virus yang boleh merosakkan file kegemaran kita.. Contohnya bila kita taksub dengan runningman,, setiap minggu mesti ulang 3 kali episod yang sama,, tetiba bila kita baru tengok sekali dan nak ulangnya untuk kali ke dua, file runningman telah dimakan virus.. Meracau plak kita hendak mencari file sana sini,, chat member tanya "ko ada runningman episode blabla" kawan plak jawab "xde la,, sori, x layan running man,, aku layan lagenda budak hostel je".. menangis bawah selimut asenya..

Jadi untuk mengelakkan perkara ini, belogisam menyarankan pakailah antivirus untuk mencegah.. tapi kalau nak pakai antivirus tu jangan pakai yang crack ke ap,,nanti boleh merosakkan,, sebab susah nak update Pastikan antivirus yang diguna itu original dan bila ada masalah berlaku boleh rujuk untuk pertanyaan. Ingat!!pastikan yang original...

"Susah la nak cari yang original!!! mahal plak tu.." pasti korang cakap seperti ini kan?? Jangan risau adik2, tuan2 dan puan2 kami boleh membantu anda mendapatkan antivirus dengan harga yang mampu dipakai..jimat untuk pelajar lagi..

Hubungi 0199435068 untuk pertanyaan dan pembelian antivirus,, anda semua boleh menghubunginya untuk mendapatkan antivirus berjenama KASPERSKY INTERNET SECURITY 2014 (KIS). Kis ni berfungsi untuk melindungi sepenuhnya komputer anda dari anasir2 jahat semasa anda melayari internet ataupun tidak.. semuanya kis2014 akan cover..



Anda boleh membuat pilihan untuk membeli antivirus ini secara individu ataupun berkumpulan, untuk individu atau 1 user kis dijual dengan harga RM30 dan untukberkumpulan atau 3 user kis dijual dengan harga RM55 je,, selitkan je dalam hidup anda kerana ia akan memudahkan anda dan sedikit sebanyak memberi anda tenaga positif untuk bertindak.. kerana bila kita berfikiran positif  badan akan menunjukkan reaksi yang sama,, jadi bukanke ia akan dipermudahkan..

Segala update mengenai antivirus disini.. 

Noted:
* 365 days
* Original kaspersky
* Hadir dalam bentuk key sahaja




Tuesday, 24 September 2013

Pegawai Keselamatan Tampil Dengan Keterangan" Isu Isteri Mat Yo "

Kejadian yang berlaku semalam dengan pantas merebak melalui media massa terutamanya facebook mengenai kejadian isteri pemain bola sepak negara memaki hamun seorang pegawai keselamatan mengenai masalah parking..

Hari ini pengawal keselamatan yang terbabit tampil memberi kenyataan kepada mynewhub untuk membongkar segala permasalahan yang berlaku semalam..

Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.
Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.
Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.
Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.
” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.
” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.
” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya  di sini hari ini.
Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.
” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.
” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).
” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.
Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.
“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.
Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.

Isteri Mat Yo Marahkan Pak Guard.. Betul ke????

Apa nak JADI dari BElogisam :: Buka hati,, Buka minda.. kenali diri

Isteri kepada salah seorang pemain bola sepak tanah air kita menunjukkan sikap yang kurang sopan di khalayak ramai.. Yang dimaksudkan adalah isteri kepada Norshahrul Idlan Talaha yang bersikap kurang sopan kepada pegawai keselamatan yang menegurnya di atas kesilapan mengenai parking.. Betul ke tak ni??? kita nilai sesama kita..





              Didapati dari sumber yang tertentu mengenai kejadian yang panas dalam youtube hari ini..

Monday, 23 September 2013

Walk 4 Malaysia tiba di Batu Buruk

          Dari Belogisam : Difahamkan seramai 40 orang peserta dari Majlis Sukan Terengganu  menyertai aktiviti berjalan kaki selama 13 hari dengan jarak 600 kilometer dengan 13 destinasi ke putrajaya. Perjalanan ini bermula dari Dataran Kuala Besut, Terengganu pada hari semalam 22 september yang digalas oleh oleh Mohd Noor bersama dengan 40 peserta lain itu tadi dari Majlis Sukan Terengganu.Perjalanan yang agak memakan masa ini akan berakhir pada 4 oktober  di Putrajaya.. Perdana menteri Malaysia merasa amat kagum dengan semangat serta azam yang ditunjukkan oleh beliau (Mohd Noor) untuk mempromosikan keamanan dan kedaimaian yang dimiliki Malaysia.

          Pada masa ini belogisam melaporkan mereka telah berada di Pantai Batu Buruk untuk hari kedua perjalanan mereka.Diharapkan semoga perjalanan mereka ini akan berjaya sampai ke destinasi terakhir iaitu Putarjaya..



               

Friday, 6 September 2013

Minggu Haluan Siswa UTHM 2013/14

Assalamualaikum wbt dan Salam kemerdekaan yang ke 56 dari mimpi semalam.bg

September merupakan bulan pelajar lepasan Matrikulasi. STPM dan Ex Diploma sibuk menyiapkan diri untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di merata-rata universiti yang menjadi pilihan masing-masing, sama ada universiti swasta ataupun kerajaan semuanya terletak pada pilihan sendiri.

Dicelah kesibukan mereka menyiapkan diri untuk meneruskan pengajian aku juga terpaksa menyibukkan diri sendiri menjadi salah seorang pembantu minggu haluan siswa untuk menyambut tetamu baru di universiti aku iaitu UTHM yang terletak di selatan tanah air. Menjadi salah seorang pembantu minggu haluan bukanlah tugas yang senang tetapi sukar kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan hampir 2500 tetamu baru yang baru mendaftar sebagai ahi keluarga uni ini.

Bernaung dibawah unit teknikal dengan bantuan ketua yang fleksibel dan mempunyai persefahaman yang tinggi kerja kami berjalan dengan lancar dan sekali sekala kami sedikit tercabar dengan karenah yang dimainkan oleh orang perseorangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak memahami tugas kami yang bersengkang mata tidak tidur malam untuk memberikan yang terbaik kepada mereka sebagai salah seorang tetamu yang yang dinantikan sepanjang tahun.

Walaupun begitu kami semua seronok dapat berkhidmat kepada mereka dengan memberi bantuan awal yang diperlukan bagi melancarkan proses pengajian di uni yang menjadi pilihan mereka. Sedikit gambar adalah sedutan dari perjalanan kami sebagai pembantu minggu haluan siswa pada kali ini..

Teknikal awesome.
sebalik tabir

susun atur kerja kami

team teknikal







Comments System

Disqus Shortname