December 2013 - Isam Ismail

Friday, December 27, 2013

Kita Masih Lagi Mempunyai Harapan
Ingatlah wahai teman saat kau bersedih dan berduka kita masih lagi mempunyai harapan. Tiada perjalanan yang akan berakhir dengan kesengsaraan.Setiap yang berakal mesti mempunyai jalan untuk melalui.. Mohonlah dan berserahlah kepadaNYA, sesungguhnya DIA adalah tempat untuk kita mengadu, meminta dan merayu. Sesedih dan sepahit mana kehidupan semuanya telah ditetapkan, kita sebagai hamba wajarlah bermuhasabah dan menilai diri sendiri sejauh mana hubungan kita denganNya, ada sebab kenapa kita diuji dengan nikmat dan ada sebab kenapa kita diuji dengan derita. Yakinlah takdir itu milik Allah.. dan Beserahlah kepadanya semoga kamu dibuka pintu hati untuk  lebih mengenali siapa sebenarnya kamu di muka bumi ini...

Tidak semua yang pergi itu adalah buruk untuk untUk kamu dan tidak semua yang hadir itu juga baik untuk kamu.. Nilailah sendiri kehidupan ini dengan mata hati dan perasaan bukan berdasarkan nafsu yang ingin memberontak untuk kebebasan..Memang.. kenangan adalah memori  dan anugerah terindah untuk setiap manusia, yang betul memahami sahaja mengerti bagaimanakah memori ini akan terus tersemat dan kekal sebagai rencah kehidupan,, diantara yang manis dan pahit semuanya akan terus kekal diingatan, terus berlegar dan terus dirindui sehinggalah sampai satu masa kamu betul-betul redhai dan sanggup melepaskan kerinduan itu untuk kehidupan kamu yang sedia ada..

Untuk itu janganlah kamu tertekan dengan kerinduan akibat perpisahan kerana disitu terselit nilai dan perasaan kasih sayang sebenar kamu kepadanya, Keikhlasan kamu menyanyanginya dan keinginan kamu untuk menjadikan permaisuri hidup kamu sendiri... Biarkan ianya perlahan-lahan meninggalkan ruang fikiran kamu,, jangan didesak dan pohonlah keredhaan dan petunjuk dariNya agar hati yang terluka dapat diredakan.Kerinduan itu telanlah,hadaplah dan huraikanlah dengan hati kamu.. Sesungguhnya hidup ini terlalu manis dan terlalu susah untuk difaham dengan perasaan biasa...

Hasil nukilan dari isam ismail kepada jalan kehidupan pada masa kini,, semoga kenangan yang lalu menjadi memori yang terindah untuk kehidupan.. terima kasih kerana menyedarkan diri ini betapa perlunya aku menghargai seorang teman yang bernama wanita.Akan dicuba untuk kebahagiaan .. Cukuplah dengan bahagia, derita dan senyuman untuk masa ini,, akan kucuba menilai dan membaiki kelemahan ini untuk persiapan pada ketika yang akan datang... Ada memori di antara kita yang tersenyum menjadikan diri ini makin tabah untuk melalui semua ini, Makin bergetar jiwa ini tatkala semua kenangan tiga tahun menerjah benak fikiran dan januari akan datang adalah hari kamu.., Hampir berdekad lamanya diri ini tidak  bermadah dan mengeluarkan kata-kata manis dan akhirnya inilah hasil yang dituai.

Untuk pemilik hati diluar sana, berpadalah dengan perasaan, jagalah hati kamu sendiri,, jangan terlalu taksub dengan permainan ini,, mungkin bila terkena menderita tak berteman,. Kesimpulannya,Cinta pencipta, cinta Kekasih Allah, Cinta keluarga adalah nikmat terindah, Cinta kepada si dia pemilik hati yang akan berubah perlu berniatkan untuk menjadikannya penyeri dan yang terindah pengertian cinta kepada si dia adalah mungkin cinta selepas nikah..... 
Blogger Kering Idea
Berkali aku cuba mengeluarkan idea yang bagus untuk blog ini, namun usaha yang dicuba makin menjadi sia-sia bila semuanya hampeh dan tiada nilai disitu untuk aku ketengahkan dalam blog ini.. Makin kering idea untuk menulis dan bercerita mengenai kehidupan semenjak peristiwa silam yang meragut kebahagian aku selama ini berlaku. Dan aku dapat merasai kepedihan dan kesakitan yang pernah diceritakan orang lain kepada aku sebelum ini.. ouchhhhh, terlalu sakit sehinggakan aku hampir terdampar keseorangan di tepian pantai katanya istilah..

Tambahan lagi dengan kehadiran final exam yang makin hampir digaul pula dengan pencarian tajuk PSM untuk semester depan menjadikan otak aku kematu untuk terus berfikir memberikan yang terbaik kepada apa yang aku miliki..Hahaahha,,, hanya gelak yang mampu membahagaikan aku dan memaksa untuk aku terus berjuang memiliki apa yang aku impikan...

Sunday, December 08, 2013

Pengenalan Kepada Jam Tangan Tawaf
Pengenalan Jam Tangan Tawaf

Di sebalik penghasilan pelbagai jenis jam tangan dalam pasaran, kita mungkin tidak menyedari atau mengetahui tentang kewujudan salah satu jam yang menggunakan konsep pusingan kekanan atau dengan nama lain pusingan tawaf.

Sebelum ini kita hanya dibekalkan dan pernah diberi tunjuk ajar untuk melihat jam biasa yang berpusing kekiri iaitu berlawanan dengan arah pusingan tawaf.

Sebagai pengenalan kepada Jam Tangan Tawaf  izinkan saya disini membincangkan sedikit ciri-ciri fizikal yang dimiliki oleh jam ini berbanding jam lain dan izinkan saya menyentuh kepada kesan pemakaian jam ini kepada individu terutamanya. Mungkin dalam benak fikiran anda terfikirkan, apakah jam tangan tawaf?? Bagaimanakah rupa jam tangan tawaf?, Siapakah yang selalu memakainya,?Dimanakah untuk mendapatkannya.? dan paling teruk Bilakah jam tangan sebegini berada di pasaran.? "kenapa aku tidak mengetahuinya". Jangan risau!! dengan pengenalan ini dan seterusnya anda akan lebih mengetahui apakah Jam Tangan ini dan pasti anda akan tertanya bagaimana hendak mendapatkannya..

Ciri-ciri fizikal Jam Tangan Tawaf

Dikeluarkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan jam tangan ini mampu memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandangnya.Dengan kata lain "cinta pandang pertama" kepada jenis jam ini..

Dengan memikirkan semua jenis ciri fizikal yang dikehendaki oleh pembeli, syarikat pengeluar jam tangan ini bertindak mengeluarkan dua jam berlainan saiz, satu untuk golongan wanita dan satu lagi untuk lelaki.

Selain itu, jam tangan tawaf direka dengan tulisan rumi dan jawi untuk dijadikan pilihan kepada pembeli dan pemakai. Andai kata anda inginkan jam yang bertulisan jawi, anda harus menatap semua maklumat yang terdapat disini pada ketika ini.

Setiap rekaan jam  memilki kelebihan tersendiri. Sebagai contoh jam tangan tawaf dengan kod HML direka khas dengan pemasangan lampu untuk pengunaan jam pada waktu malam.

Ciri lain yang dapat dilihat dengan mata kasar terhadap jam tangan tawaf  adalah melalui rekaannya yang cantik dan bewarna warni terutama jam tangan silicon.

Kesan Pemakaian Jam Tangan Tawaf

Jam tangan pusing kanan asalnya digunakan untuk tujuan perubatan alternatif, Namun begitu ramai pengguna yang meminatinya disebabkan kelainan yang dimilki oleh jam ini sendiri iaitu dengan susunan nombor dan jarum jam mengikut pergerakan tawaf.

Secara umumnya, jam tangan tawaf  ini mempunyai khasiat dan kesan yang berikut(petikan dari laman web vibration therapy):


  1. Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat
  2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantara mesej tenaga secara tetap dan sekata
  3. Membantu mengawal rentak jantung
  4. Mengharmonikan sistem kelenjar
  5. Mmenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga
MENGUKUHKAN 7 KEADAAN:
  1. Keberanian mengatasi kesilapan
  2. Kelajuan mengatasi kelewatan
  3. Kemudahan mengatasi rintanagn
  4. Kestabilan mengatsi kucar-kacir
  5. Keuntungan mengatasi kerugian
  6. Kejayaan mengatasi kegagalan
Pergerakan ke kanan adalah pergerakan semulajadi alam. Dalam agama islam, semua perkara yang baik sunat dimulakan dengan sebelah kanan. Dalam quran, golongan yang akan dimasukkan ke dalam jannah juga dipanggil "As-habul Yamin" atau golongan kanan.

Pergerakan tawaf adalah pergerakan ke kanan. Elektron yang mengelilingi nuklues dalam atom juga bergerak ke kanan. Kanan melambangkan kebaikan sejagat.

Jam pusing kekanan yang menggunakan konsep ini dapat mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.

Secara jujurnya, jam ke kanan adalah jam sebenarnya yang harus dipakai disebabkan oleh manfaat yang bakal diperolehi darinya.

Sekian..

Model HML dengan Casing

Jam tangan tawaf memasuki akhbar

Model HM untuk lelaki

Model HML 

Jam silicon




Saturday, December 07, 2013

Broadband Celcom 1 Malaysia
Broadband Celcom 1 Malaysia memberikan kelebihan kepada penjimatan kos melayari internet dalam masa satu bulan.Dengan cas sebanyak RM25 sebulan pengguna broadband satu Malaysia seperti aku dapat melayari internet pada bila-bila masa tanpa ganguan terputusnya wifi dan faktor lain yang menyumbang kepada sakit hati apabila ketiadaan line internet apabila  memerlukan.

Setakat penggunaan aku selama dua hari bersama Broadband celcom 1 Malaysia ni, masih tiada lagi masalah yang aku hadapi, Entah mungkin tiba penghujung bulan jadinya masalah tidaklah aku mengetahui akan masa depan.

Sekiranya betul apa yang diperkatakan oleh iklan semasa pembelian betullah apa yang akan aku dapat kemudian.

Nak loading youtube,, stalker facebook gegurl takde la mengambil masa yang lama untuk di buffering-nya.Cuma anda memerlukan saat untuk menunggu kemudian tekan play,, konfem berpuas hati..

Kepada yang nak mendapatkan no celcom 1 malaysia ini,, anda boleh dapatkannya dengan agen atau dealer yang boleh dipercayai sehingga penghujung disember tahun ini sahaja.. Tahun depan tidak pasti sama ada pendaftaran untuk plan ini masih dibuka atau terus ditutup kemas-kemas.




Kelebihan Celcom 1 Malaysia

RM 1 per 1 jam (100MB)
RM 25 per 1 bulan (1GB)

ADD FRIEND
RM1.00
Berbual 1000 minit
sms 1000 sms

per/hari
PANGGILAN :
Celcom 28 sen 10 minit
others 28 sen 5 minit

SMS :
Celcom 1 sen per sms
others 5 sen per sms

Sekian..

Baca Juga Ini :

Rahsia Jana Pendapatan Dengan Menulis

Thursday, December 05, 2013

Broken Link: Macam mana Nak Bersihkan??
Assalamualaikum wbt..

Setelah sekian lama aku mencari apakah yang dimaksudkan dengan BROKEN LINK dan apakah kesannya keatas blog, kini tiba masanya aku sendiri mengambil inisiatif untuk memeriksa berapa banyakkah BROKEN LINK dan kesan yang akan dihadapi oleh blog ini..

Ternyata, hasilnya amat memeranjatkan hati dan setengah jatuh jiwa aku apabila melihat betapa banyaknya BROKEN LINK yang dimiliki oleh blog sendiri... Jumlah keseluruhan BROKEN LINK yang dimilki mencecah angka 10k. haha,tak berapa nak senyum aku nak selesaikan semua ini. Sudahlah masih lagi baru belajar dalam dunia ini terkena pula semua ini, ibarat "Sudah jatuh ditimpa tangga" betul ke??

slow-slow dia keluarkan semua

hasil setelah 15 minit kemudian
BROKEN LINK ini banyak membawa kesan buruk kepada blog kita terutama kepada pengunjung blog sendiri, mungkin mereka rasa frustated dengan seringnya berlaku berlaku pages error 404. Blog kita juga tidak betapa nak mesra SEO sekiranya terlalu banyak BROKEN LINK dan yang terutama google amatlah tidak menyukai kepada website yang mempunyai masalah dengan BROKEN LINK..So becareful, ada cara untuk menyelesaikan semua masalah ini.

Kebanyakan masalah ini hadirnya dari masalah kita memadamkan entry dari blog kita sendiri, mungkin bagi pandangan kita dengan terpadamnya entry dari post akan hilanglah segalanya, tetapi tidak sebenarnya, post anda sahaja yang terpadam, tetapi url masih lagi wujud dalam carian google sehinggalah kita memadam url itu secara manual..

Untuk memastikan blog anda bebas dari masalah BROKEN LINK, anda boleh lawati  brokenlinkcheck untuk blogspot, dan untuk Worpress rasanya ada cara tersendiri untuk memeriksa dan memadamnya.

Tetapi macam mana nak buangkan semua yang rosak ni??? masih mencari jalan..

Sekian


KEMAMAM  : Bukan Tempat Biasa Dinaiki Air Banjir
Assalamualaikum wbt..

 Diharapkan mangsa-mangsa banjir negeri Pahang, Terengganu dan johor menerima dugaan ini sebagai salah satu pengajaran untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dan mencari di mana kurangnya kita disisi Allah. Allah menurunkan ujian kepada hambanya mengikut kemampuan..

Jadi, kita sebagai saudara yang melihat musibah ini perlulah melembutkan hati dan meringankan tangan untuk menghulurkan sesuatu bagi meringankan  beban yang dihadapi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian pada hari ini. 5 disember 2013 banjir yang berlaku di Daerah Kemamam, Terengganu turut berlaku di sebuah kampung yang sebelum ini jarang dinaiki air, tetapi lain pula pada kali ini, sinar melaporkan ini adalah kejadian banjir kali pertama yang berlaku di Felda Cerul. Berikut adalah sedutan dari laporan yang dikeluarkan:

Felda Cerul kali pertama kali bah

Sementara itu, ibu Norzilawati, Aishah Mohamad, 53, dari Felda Cerul yang datang membantu anaknya berpindah berkata, tidak pernah dalam sejarah Felda Cerul banjir tetapi semalam tanah rancangan Felda itu turut banjir.

“Makcik datang bantu anak berpindah tapi pada masa sama makcik diberitahu rumah di Felda Cerul juga turut dinaiki air. Semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan kerana tak jangka air akan naik di situ,” katanya.



Disini adalah statistik keseluruhan mangsa banjir di limma negeri yang diperolehi dari sesawang portal bencana pada ketika ini...
Statistik dikemaskini pada 5.dec 2013 06.19 pm