Sunday, 9 February 2014

Lara dan agak melalaikan

Assalamualaikum wbt..

Syukur nikmat masih dibangunkan untuk hari indah,,Namun sifat lara dan melakukan perkara yang melalaikan seakan melekat dalam diri dan berterusan berhari-hari.

Bukan nak dikatakan tiada perkara yang lebih penting untuk dilakukan,ada. tetapi sifat ke'melara'an yang melanda melebihi segalanya..Entah mengapa, nak dikatakan selesa tidak la,, selalu je ada perkara yang tak kena..

Mungkin satu sebab kenapa masalah ini selalu timbul adalah kerana dengan sifat yang suka, orang engerish kata "procastination" la, entah betul tidak tak tau la,, tapi sifat suka menangguh untuk melakukan perkara yang lebih penting akan membawa kepada sifat lara dan melalaikan..its only my point, bukan menurut kajian engerish la.

Ahaaa,, ditambah pula dengan isu pacebook yang mampu meningkatkan lagi isu ke"melara"an itu sendiri.Kekadang kalau tidak dikawal dan tiada apa yang nak difikirkan, inilah perkara yang akan terjadi.Seakan tak dapat nak lari da  dari masalah "lara" ini..

Cuba jugak untuk atasi masalah lara dengan aktiviti lain, tetapi semuanya akan berulang,,..lara dan terus melarakan

sekian...





Mencari Kelainan dengan Syarikat Pengiklanan H12-Media.Com

Assalamualaikum wbt..

Mencari Kelainan dengan Syarikat Pengiklanan H12-Media.Com| Apakah kelainan yang aku cari sebenarnya bersama syarikat pengiklanan  H-12-media.com ini.? dan aku juga masih mencari jawapannya kerana buat masa ini aku dalam tempoh percubaan 24 jam menggunakan khidmat pengiklanan dari H12-Media.Com ini..

Agak banyak syarikat pengiklanan yang berbayar untuk para blogger yang mencari kelainan dalam menghabiskan masa terluang. Maksudnya alang-alang kita ada blog kenapa tidak tukarkannya kepada sesuatu yang bermanfaat walaupun sekadar personal blog..

Agak sukar untuk diterangkan bagaimana H12-Media.Com berfungsi kerana masih mempelajarinya dan ianya amat mudah untuk dipraktikalkan.

Informasi mengenai kewujudan H12-Media.Com ni pown ada orang bagitau..


Jangka Masa menunggu tidak terlalu lama 

H12-Media.Com ini bertindak balas terlalu pantas, tak silap hanya setengah hari sahaja blog aku ini telah diterima oleh pihak syarikat untuk mengiklankan apa yang patut. Blog ini bukanlah top blog tetapi  cumalah sekadar personal blog untuk diri sendiri mengabadikan kenangan yang dilakukan sepanjang kehidupan.


Dear Account Owner of ,

Sat, Feb 8, 2014 at 10:28 PM (Masa confirm menjadi publisher h12)


You website http://belogisam.blogspot.com has just approved by our team. You can start running banner codes and earning!

Best Regards,
H12 Media Team


So,bila da dapat emel ni cepat-cepat aku study macam mana nak menggunakan portal yang dia bagi dan hasilnya sangkutlah satu iklan yang dikeluarkan oleh pihak H12-Media.Com dalam blog aku ni..
  
Welcome to H12 Media Platform
Sat, Feb 8, 2014 at 12:34 PM  (Masa apply nak jadi publisher h12)

Dear .................

Thank you for signing up of your company "" to H12 Media Platform. 

Your first step is confirmation of your email address. 


Haaaaa,, tu dia kan,, nampak tak penerangan dia tak berapa nak panjang sangat, tapi itulah serba sedikit yang boleh aku nyatakan.. Kalau nak lebih detail nanti aku update lain dan cerita lain. ahaha...

Orang kata kalau  peluang da ada tapi tak guna sia-sia juga, ni aku nak bagi peluang kat sesiapa yang nak mencari pengiklan baru dekat blog, maklumlah pengiklanan sebelum ni susah nak bersaing sebabnya blog tak de la gempak macam orang lain punya..nice je ayat..

Berkongsi Kegembiraan Dengan H12-Media.com

Daftar H12-media.com....<<SINI>>



Saturday, 8 February 2014

Ramaikan Follower,Raikan Ukhwah

Assalamualaikum wbt..

Dikesempatan yang tak berapa nak sibuk dan keseorangan,ditambah pula mood nak berblog masih fully charged aku nak join satu segmen yang dikelolakan oleh ABAK namanya.

Ramaikan Follower, Raikan Ukhwah..

Pakat ramai-ramai kenal ABAK dengan menjayakan segmen ini yer..

Update: Segmen yang dikelolakan oleh abak ni akan disambung sehingga 28 feb,, so, saper yang nak follow lagi bolehla ringankan tangan.. masih lagi berkesempatan..Abaikan tarikh dalam banner tu..


Bocey Di Tempat Ketiga

Pentas Maharaja Lawak Mega 2013 berakhir di stadium Melawati Shah Alam semalam dimana Bocey muka baru dalam gelanggang maharaja berjaya menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150k dan sebuah trofi sumbangan astro.

Manakala Nabil yang beraksi solo dalam pentas Maharaja Lawak kali ini berjaya menduduki tempat kelima, jambu dengan jolokan buah-buahan tempatan hanya mampu berpuas hati di tempat keempat.

Shiro pula berjaya meraih kedudukan di tangga kedua dan siapa tidak kenal dengan Sepah tu yang dianggotai Shuib, Rahim dan Jepp berjaya meraih tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500K dan trofi sumbangan dari astro..

Man Of The Match pada malam final Maharaja Lawak Mega 2013 dimiliki oleh ketiga-tiga ahli dalam kumpulan Bocey (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, Mohd Nasir Hamzah dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) ..

Melihat kepada persembahan semalam,, Kumpulan Bocey berjaya membuktikan kekebalan di pentas akhir dengan memberikan lawak yang boleh dikatakan mampu mengusik para penonton yang menyaksikannya..

Juri Belogisam

Bagi aku semua peserta finalis semalam adalah pemenang untuk Maharaja Lawak Mega 2013 dan kalau diberi peluang untuk memilih siapakah pemenang sebenar aku akan pilih Bocey. krep22.. hahah, hanya pendapat..

sekian..


Nasib Badan Berkurung Keseorangan

Assalamualaikum wbt..

Cuti semester bakal berakhir membuatkan semua pelajar resah gelisah untuk pulang ke Universiti masing dengan alasan tak puas lagi nak bercuti dikampung , begitu juga dengan aku sendiri tak pernah merasa puas dikampung halaman.

Hargh,, abaikan semua itu dan permulaan kisahnya aku sekarang telah berada di persekitaran universiti sendiri seminggu lebih awal dari jangkaan pembukaan semester dan nasib  aku agak kurang baik terpaksa berkurung seorang diri dalam bilik menunggu yang lain datang.

Bukan keinginan nak datang awal ke sini, tetapi akhir semester dulu aku berkeras dengan diri sendiri nak menyertai pasukan minggu haluan siswa (mhs) untuk kemasukan bulan februari.Haaa, kan da kena dop sorang.

Kemasukan pelajar baru akan bermula selesa dan hari ini baru sabtu, dalam erti kata lain aku ada dua hari  
 lagi tinggal keseorangan..dan berkemungkinan dalam dua hari ini gerak kerja akan bermula untuk persiapan menyambut orang baru..

Dan dengan dua hari yang  mendatang aku  bukan lagi berkurung keseorangan, mungkin beramai-ramai dengan sukarelawan mhs menyiapkan apa yang patut untuk kesenangan dan kemudahan orang baru di universiti.


Comments System

Disqus Shortname