Sunday, 3 May 2015

Setapak Untuk Menamatkan Zaman Pelajar..

Assalamualaikum wbt.....

Nama aku mat_eseaym/ mat ise / endek_cute / atau dgn nama penuh MBI, dilahirkan pada ogos 92 dalam negeri Terengganu kini telah berusia 23 tahun mejangkau 24 tahun pada tahun akan datang. Dilahirkan di daerah pedalaman dengan suasana kekampungan dan akan menjadi satu kemestian hobi aku adalah berkaitan dengan alam semulajadi.Air terjun, Pantai, Hutan Belantara, Sungai, Mahupun pokok bunga depan rumah menjadi sumber inspirasi untuk ketenangan jiwa aku. Mall, Hutan Batu, Street adalah tempat yang membuatkan jiwa aku kacau, resah dan gelisah.. i dont like it..uhuh

So,aku bukan nak mengarang mengenai biografi aku disini, tetapi sebelum meneruskan entri yang bertajuk setapak untuk menamatkan zaman sebagai seorang Mahasiswa (pelajar) sedikit sebanyak aku ceritakan siapakah aku dan menolak sedikit persepsi kurang dari mata kasar pandangan orang.

Alhamdulillah, lagi sebulan campur tolak perjalanan aku di alam pelajar akan berakhir dan suasana seorang pelajar tidak akan dirasai lagi melainkan aku menyambung pelajaran untuk satu tahap lagi. Tidak mungkin aku meneruskan lagi kecuali dengan izin-Nya, kerana impian aku untuk permulaan selepas pengakhiran ini adalah untuk keluarga, adik beradik dan memajukan diri sendiri kearah yang lebih baik, jadi doa dari kalian amat diperlukan.

Susah senang, pahit gentir dalam perjalanan aku selama hampir empat tahun di bumi selatan hanya tuan badan yang mengetahui dan tanpa sokongan dari rakan dan keluarga aku rasakan yang aku tidak mampu berdiri sebagaimana aku berdiri pada waktu sekarang ini. So, untuk entri yang seterusnya mungkin aku akan menaip mengenai pengalaman aku tatkala bergelar seorang mahasiswa yang inginkan perubahan kepada diri sendiri terutamanya. stay tuned dengan belogisam

Pada masa sekarang, apa yang aku lakukan adalah sedang menjalani latihan industri (Praktikal) sebagai syarat terakhir untuk membolehkan diri aku layak dianugerahkan di institusi selatan tanah air, tidak lain dan tidak bukan adalah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Satu universiti terhebat dalam negara yang pernah satu ketika dahulu menjadi cita-cita aku untuk menjejakkan kaki kesini dan akhirnya aku berjaya mendaftar sebagai seorang pelajar UTHM untuk sesi pengajian 2011 sehingga 2015.Alhamdulillah, semuanya akan berakhir berkata doa, usaha dan azam...continue

Wassalam...

Comments System

Disqus Shortname