July 2016 - Isam Ismail

Friday, July 08, 2016

Lemang Aidilfitri Mentua - Bahagian 1
||LEMANG AIDIFITRI MENTUA||Ini kisah lemang aku, kisah bagaimana lemang dihasilkan, kisah bagaimana susahnya untuk menghasilkan sebatang lemang, tapi hasilnya berbaloi dan digilai ramai  tanpa mengira jantina.

Lemang aidilfitri mentua adalah cubaan kali kedua untuk menghasilkan lemang buatan sendiri. Sebenarnya mentua dibelakang nama lemang aidilfitri itu sekadar nama untuk projek lemang, tiada kaitan dengan mentua sekalipun sebab aku ni masih mencari zaujah.ahaha

Cubaan kali pertama dalam menghasilkan lemang adalah pada Aidiladha tahun lepas 1436 H, Rancangannya nak buat lemang bakar, tapi cuaca tak mengizinkan, akhirnya jadi lemang rebus. Untuk lemang aidilfitri mentua, aku rancang nak bakar lemangnya. Menjadi atau tidak lemangnya?Nak tahu kena la follow bahagian ni.ee

Menyediakan Bahan Asas Lemang Aidilfitri Mentua.

Aku ingat nak sediakan bahan asas lemang seperti buluh, daun lerek, santan itu senang, rupanya senang cakap dari buat. Nak dapatkan buluh yang sesuai satu hal kena masuk hutan, nak dapatkan daun lerek ada ceritanya di tepi bukit, nak dapatkan santan pula bukan main susah kena panjat pokok , mesin kepala dan hasilkan santan. Perit semua ada, tambah pula masa penyediaan dia bulan puasa pula, hampir pengsan aku.

Buluh bukan sebarang buluh yang boleh pakai untuk lemang, ada jenis dan kelas dia, buluh yang lurus menegak, tidak tebal dan masih kelihatan miang yang berwarna putih adalah kategori sesuai untuk digunakan dalam penghasilan lemang. Buluh ni kebiasaannya tumbuh berhampiran kawasan sungai, kebun dan pinggir hutan.
Buluh lemang yang tumbuh berhampiran kebun
Daun lerek dan biasanya orang gantikanya dengan daun pisang. Daun lerek boleh diperolehi dari kawasan lembah atau berair di dalam kawasan bukit. Biasanya daun yang lebar akan diambil supaya senang untuk dimasukkan ke dalam buluh nanti. Nak dapatkan daun ni aku kena rentas sungai apa, penat gila masa ni, goyang kaki, ketar badan sebab puasa.

Santan pula diperolehi dari kelapa. Punya la tak nak keluarkan kos untuk santan, relakan diri panjat pokok kelapa sendiri ketika puasa. Bukannya rendah, taraf bangunan empat tingkat  plak tu. Masa ni la badan aku menggigil sekali lagi. Mana tidaknya, kuasa penuh diperlukan untuk menjatuhkan semua kelapa dari atas pokok.

Tapi penat untuk semua ini memberikan aku ilmu dan input yang berguna untuk projek lemang seterusnya. Beras pulut juga bahan yang penting untuk lemang. Nak dapatkan beras, tidaklah sesusah nak dapatkan buluh, daun lerek dan santan. Pergi pasar pagi dah dapat, cakap je berapa kilo nak. Yang ni aku ‘outsource’ je dekat orang pergi beli, sebab senang sangat. Ahah
Buluh dan Kelapa
Ok, selesai dalam penyedian bahan asas kepada projek lemang aidilfitri mentua, bagaimana pula cara keratan buluh, berapa panjang? Cara memasukkan daun lerek ke dalam buluh? Cara mendapatkan santan? Apa yang perlu dibuat selepasnya?. Jawapan kepada semua itu, kita jumpa untuk bahagian ke-2 dalam Lemang Aidilfitri Mentua. 

Sekian,

Selamat Hari Raya Aidilfitri||Maaf Zahir Dan Batin||

Tuesday, July 05, 2016

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016
||UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016||Seketika nanti,kita rakyat Malaysia akan dipertotonkan dengan ucapan selamat hari raya daripada pemimpin-pemimpin utama Negara. Begitu juga aku sebagai pemilik tapak blog ini mengambil kesempatan di akhir ramadhan untuk mempersembahkan ucapan selamat hari raya kepada pembaca sekalian.

Assalamualaikum wbt. Aku admin Mat selaku penulis bebas kepada blog ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin dan muslimat. Sambutlah raya dengan gembira dan berhemah.

Pesan aku, Bersederhanalah ketika meraikan aidilfitri dan berpada-pada ketika menjamu selera. Ingat, hari raya bukan sehari untuk diraikan, tetapi sebulan. Hari ini merupakan hari kemenangan bagi kita setelah sebulan lamanya menahan lapar dan dahaga.

Muliakan aidilfitri ini dengan banyak memberi. Sekurangnya dapat melatih sifat kita untuk lebih memberi pada bulan-bulan yang akan datang walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Usah berkira dengan nilai dan yakinlah matematik Allah bukan dengan matematik manusia.

Perlu diingatkan, lupakan sementara dunia maya, tutup data,tutup wechat dan biarkan hari anda dimeriahkan dengan suasana hiruk dan gelak tawa saudara mara,rakan taulan. Jangan berikan password wifi kepada tetamu, tetapi berikan sapaan dan soalan untuk mengeratkan hubungan.

Setelah sekian lama berbalas whatsapp, sekarang adalah masa terbaik untuk berbalas senyuman dan cerita. Kepada yang memandu  kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, berhati-hati di dalam pemanduan anda, periksa keadaan kenderaan agar berada di dalam keadaan sempurna.

Akhir kata, ciptalah kenangan dan kebahagian, sesungguhnya ia lebih baik dari meminta. Kebiasaan meminta kebahagian adalah ibarat seperti kucing bertanduk.

Sekian, nantikan entri mencipta kebahagian dengan Projek Lemang Aidilfitri Mentua.





Monday, July 04, 2016

PROJECTOR..Sudah Ku Tahu Raya (Lirik)


Raya dah pun tiba, Jangan berduka jangan terleka, Raya harus gembira ,Bersama-sama sanak saudara. Apa cerita raya anda? bahagia atau gembira? apa!!!? Lagu raya tak best? jom kita layan lagu raya yang dinyanyikan Projector band pula, dulu kata minat band Projector dengan lagu sudah ku tahu tu, lagu yang ni apa komen anda??

Kini tiba bulan Ramadan
Cukup sebulan kita berpuasa
Menunggu tiba Syawal menjelma
Kita raihkan bersama-sama

Pulanglah anak-anak yang tercinta
Ibu dan ayah amat merindukanmu
Air mata mereka sering berduka
Berharap kita semua di sampingnya

Rakan dan taulan semua
Mari menyambut raya bersama
Kuih muih yang disedia
Untuk dijamu bersama kita

Selamat menyambut hari yang mulia
Haaa... Haaa...

Raya dah pun tiba
Jangan berduka jangan terleka
Raya harus gembira
Bersama-sama sanak saudara

Jangan lupa ibu ayah yang tercinta
Selamanya...

Rakan dan taulan semua
Mari menyambut raya bersama
Kuih muih yang disedia
Untuk dijamu bersama kita

Selamat menyambut hari yang mulia
Haaa... Haaa...

Raya dah pun tiba
Jangan berduka jangan terleka
Raya harus gembira
Bersama-sama sanak saudara

Jangan lupa ibu ayah yang tercinta
Selamanya...

Lagu & Lirik: Razif


Artikel Berkaitan


Saturday, July 02, 2016

Kadar Zakat Fitrah Negeri Terengganu 2016 1437 H
|| KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI TERENGGANU 2016 1437 H|| Kadar zakat fitrah untuk negeri Terengganu pada tahun ini 2016/1437H adalah bersamaan dengan RM7.00 seorang.

“Inilah zakat fitrah yang wajib di atasku kerana Allah Taala”. Alhamdulillah, ditakdirkan tahun ini, aku sempat berzakat di masjid Al-Muktafi Billah Shah atau dikenali dengan nama lain Masjid Jami’atul Ummah- Masjid Universiti Kuala Terengganu.

Sebaik-baik rancangan adalah rancangan dari yang Maha Esa, tidak kurang dan tiada salah masanya. Mengikut kepada rancangan asal, Aku berniat untuk melaksanakan zakat fitrah ketika waktu-waktu afdhal berzakat iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri.

Sememangnya rancangan Yang Esa lebih baik. Ceritanya bermula bila aku teringat yang diri sendiri belum melaksanakan kewajipan solat zuhur. Pada ketika ini, syok (ralik) cari barang keperluan raya. Maklumlah raya semakin menghampiri, sales gempak-gempak aku tengok.

Destinasi terdekat untuk aku solat dengan waktu sipi-sipi menjengah asar, adalah masjid Al-Muktafi Billah Shah, lokasi masjid ni adalah bersebelahan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZA Batu Buruk Kuala Terengganu. Sebenarnya, tempat yang dekat selain masjid ada je. Apa lagi, dapatkan kunci, potong garisan berkembar, masuk simpang lupa bagi isyarat terus pecut 30 km/j.ehhe

Singgah masjid, campak kasut terus bertenang dengan wudhu.

Dapat Makan Bubur Lambuk

Yang ni paling menang, usai sahaja solat zohor aku rehat sekejap penat merempit 30km/j sambil menunggu bilal azan asar, masa ni aku dah selesai menatap mata amil yang bertugas untuk kutipan zakat.

Asar selesai sudah, sedia untuk menziarah bazar ramadhan mencari juadah berbuka sebelum merempit 30 km/j balik rumah. Baru nak sarung helmet supaya tak kena saman masa ‘roadblock’ nanti. Aku nampak papan tanda, pemberian bubur lambuk selepas asar. Wahh sedap.

Ingatkan balik, pernah mengidam bubur lambuk untuk berbuka. Makin lama makin ramai orang beratur. Mungkin ada rezeki, apa lagi tumpang beratur sekali dengan Jemaah-jemaah masjid untuk sebekas bubur lambuk.

Alhamdulillah, dapat merasa sebekas bubur lambuk yang sedap dan puas hati hajat tercapai.

Sekian.

Artikel Berkaitan :