Monday, 15 August 2016

Bukit Keluang Besut, Antara Tiga Puncak

||Bukit Keluang Besut, Antara Tiga Puncak|| Enam ogos 2016 terlaksana jualah satu trip santai ke Bukit Keluang Besut Terengganu. Rancangan untuk menaiki puncak Bukit Keluang bermula seawal tiga minggu sebelumnya.

Perjalanan kami satu kumpulan seramai lima orang yang disertai oleh bekas pelajar Sekolah Menengah dan bekas pelajar Matrikulasi Kedah serta ahli tambahan bermula seawal jam 7 pagi dan hanya pada jam 8 pagi barulah kami bergerak dari tempat berkumpul ke Bukit Keluang melalui jalan pantai dari Chalok. 

Kira-kira satu jam perjalanan kami tiba ke destinasi dengan menggunakan papan tanda sebagai rujukan dan sedikit sebanyak panduan dari jurupandu ahli kumpulan yang pernah sampai kesini, tetapi belum pernah ke puncak. Kawasan Bukit Keluang ini senang dicari dengan menggunakan pandu arah Kg.Raja dan Tembila sahaja, tetapi perlu diingatkan terlalu banyak simpang dan bulatan yang perlu dilalui. 

Setibanya di lokasi kami sangkakan tidak ramai yang mengunjungi kawasan bukit ini, namun sangkaan meleset sama sekali, ramai pendaki-pendaki muda, pelajar sekolah mahupun keluarga memenuhi kawasan bawah bukit yang dipenuhi dengan deretan gerai maka. Kata hati “ramai gak orang dekat sini, comel lote lok”.

Pendaki mempunyai pilihan sama ada hendak meletakkan kenderaan berdekatan dengan laluan bertangga mahupun meletakkan kenderaan di kawasan laluan bukit landai yang mana dari simpang masuk kekiri adalah laluan bertangga dan kekanan adalah laluan bukit landai, perlu memandu lagi sejauh 500 meter kehadapan. 

Kami berlima membuat pilihan untuk meletakkan kenderaan di kawasan letak kenderaan berhampiran laluan bertangga dan berjalan kaki ke laluan bukit landai sejauh 500 meter sebelah kanan. Motifnya, bila turun dari bukit tak susah-susah nak berjalan lagi. Lagi satu, laluan bertangga sedikit mencabar untuk beginner dan laluan bukit landai amatlah sesuai dinaiki dan turun melalui tangga tapi “mak  ai tangga dia curam dan tinggi giler”.

Kawasan Parking yang luas untuk aktiviti warm up
Jam 9.15 minit pagi, kami berlima memulakan misi menaiki bukit keluang melalui laluan bukit landai, semangat , teruja , wah cantik giler hutan. Selang 10 minit kemudian kami sampai ke kawasan wakaf, separuh jarak untuk tiba ke puncak pertama. Masing-masing dah berpeluh, letih, dan cuba mendapatkan nafas yang dalam. Aku ni plak naik cuak tengokkan ahli yang termengah mendapatkan nafas. Mana tak cuak weh…..anak dara orang.

Antara Tiga Puncak

Tetapi masing-masing mempunyai tekad untuk menjejaki puncak, jadi aku hanya ‘follow’ dari belakang untuk memastikan keselamatan mereka. Ketika ini, ramai adik-adik dan keluarga turut serta mendaki, kami bersaing, tetapi adik-adik yang comel berjaya tiba di puncak pertama terlebih dahulu . Ahaha. Semasa kami berlima tiba di puncak pertama, keterujaan kami menyerlah  melihat beberapa kumpulan berkumpul memenuhi puncak. Seronok, rasa bersyukur dengan keindahan ciptaan tuhan, rasa kerdil hati ini menikmati keindahan alam. 

Pulau berbentuk “Ikan Paus” atau dikenali sebagai Pulau Rhu (mengikut maklumat kakak boat) adalah pemandangan pertama yang boleh dinikmati disini. Layan habis pemandangan Laut China Selatan, air membiru dan keadaan sedikit berkabus memberikan kami pandangan yang terhad.

Nampak tak kepala ikan paus yang besar tu?
Tidak lama kami disini, lebih kurang 15 minit, seperti semuanya cergas, kami kembali bergerak ke puncak kedua,semakin tinggi semakin cantik pemandangan. Kelihatan batu dan pasir pantai dipukul ombak memutih dibawah. Disini kami mengambil masa untuk bergambar kenangan secara solo dan berkumpulan. Terdapat satu bongkah batu kecil yang unik, sekiranya kena dengan gaya dan kreatif, pendaki boleh mengabadikan kenangan dengan gambar yang cantik.

Test camera handphone member di kawasan bukit kedua
Tiga puluh minit berlalu, pendaki dipuncak tertinggi Bukit Keluang berdekatan dengan wakaf besar sentiasa bertambah dan berkurangnya itu sedikit. Hiraukan dengan penambahan pendaki dan cuaca semakin panas kami berpindah ke puncak tertinggi untuk menikmati pemandangan yang baru sekaligus menamatkan puncak ketiga di Bukit Keluang dengan bergambar bersama papan arah Negara. Hajatnya ingin bersarapan di wakaf ini, tetapi kelihatan ramai pendaki memenuhi wakaf, kami batalkan sahaja niat itu, lagipun masing-masing dalam keadaan kenyang.

Yang ni, da ramai yang turun, kalau tidak beratur memanjang
Yang ni adik-adik SMA Setiu tu. yang baju purple.aha
Kebetulan, pada masa yang sama sempat berjumpa dengan adik-adik Sekolah Menengah Agama Setiu “Dahaga,dahaga, rugi tak bawa air” itu sembang antara mereka. Memanjat tanpa bekalan air. Aku plak bawak air 1.5 liter untuk berlima tapi masing-masing sudah mempunyai air sendiri. Jadi dengan lebihan yang ada, adik-adik dapat merasa air kosong berwarna putih tanpa kemanisan tapi penuh dengan kenikmatan..Hahhaa..

Kami berlima mengambil nafas yang dalam kerana laluan menuruni bukit agak mencabar. “Jom turun!!” Jerit siapa entah. Perjalanan menuruni bukit mengambil masa yang lama dari mendaki disebabkan langkah berhati-hati dengan akar kayu dan batu yang tajam sepanjang laluan. Jadi peralatan mendaki yang sesuai diperlukan dan bukannya berselipar macam aku.

Sambil berjalan menyusuri laluan, singgahlah menikmati pemandangan di beberapa hentian kerana setiap hentian menyajikan pemandangan dan sudut yang berbeza bagi menikmati keindahan Laut China Selatan. AWAS!!!!! Perlu dingatkan, tiada pagar dan tiada tanda amaran merbahaya diletakkan, jadi tahap keselamatan diri sendiri dan kumpulan perlu dijaga sebaiknya.

Cabaran untuk pendaki “beginner” teruji di laluan ini, tahniah kepada pendaki baru yang berjaya menamatkan trips choki-choki panjat dan turun Bukit Keluang, sememangnya laluan mendaki bertangga agak mencabar dan berbahaya sekiranya tidak berhati-hati pada yang baru mahupun lama. Laluan yang curam, dengan batu yang tajam dan berakar boleh menyebabkan pendaki cedera.

Track mendaki turun, kalau naik ikut anak tangga tempuh jalan berlubang ini dahulu
Antara curam dan tinggi anak tangga dia, hati-hati woiiii
Ajak selfie mesti ramai yang follow belakang
Donut Boat Tak Rancang Pun

Turun dari bukit kami diseliputi debu, musim kemarau ketika ini. Nak mandi tak bawak persalinan, Jadi kami singgah tepi pantai makan-makan dan jalan-jalan sampai lencung kemudian “craving” tengok orang naik banana boat. wuhuhuh. Alang-alang dah lencung, member kata, “jom naik yang tu?” “ Yang mana?” “Yang laju takdiee”.. Setuju ajelah kita.

Perasaan yang mahal, get read untuk masuk laut
Selepas merasa donut boat, senyum ada ikhlas ke tu?
Bayaran RM20 untuk satu kepala dikenakan. Untuk satu Donut Boat jumlah dia RM60, boleh dikatakan mahal, sebabnya kalau Banana Boat satu kepala RM10 dan boleh naik ramai lagi dari Donut Boat. Tetapi kami tekad mencuba Donut Boat, sebabnya antara berlima cuma tiga yang berkeinginan untuk naik, cukup la kan, laju dan mencabar satu hal lagi. Penghujung trip Donut Boat aku rebahkan diri ke dalam laut, seronok sangat tambah pening, tambah nak naik laju lagi. Ahhaa. (Bole visit ig untuk video dan gambar)

Okey letih menaip, itu sahaja kisah disebalik trips choki-choki panjat dan turun  bukit Keluang Besut Terengganu. Dibawah aku senaraikan kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan disini.
#Misisepuluhpuncak #mencariertidancintahati 

Aktiviti Bukit Keluang
1.       Panjat bukit
2.       Layan sunrise & sunset (kena set waktu untuk naik)
3.       Banana Boat
4.       Donut Boat
5.       Pusing Pulau Rhu (bentuk ikan paus atas puncak bukit)
6.       Mandi Pantai
7.       BBQ
8.       Belon Gergasi
9.       Minum santai
01.   Family Day
11.   Menunggang Kuda (kanak-kanak)

Kemudahan Bukit Keluang
1.       Parking  
2.       Chalet
3.       Gerai makan
4.       Toilet
5.       Bilik Mandi & Persalinan
6.       Bangku Rehat
7.       Pantai Bersih
8.       Jodoh cantik-cantik

Ketika mendaki naik, laluan yang biasa dan penat bro.

Laluan pertengahan, ketika mendaki turun, berakar dan curam.  selfie dan keselamatan diutamakan

Admin rasa best giler dengan view dekat sini, tak nak gerak turun woiiii

Satu lagi spot yang menarik, tapi hati-hati dengan cerung

Jom abadikan kenangan untuk bukit ini..apa ada kisah

Kalau ronda kawasan tepi pantai mesti jumpa peninggalan ini, berdekatan dengan gua.

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

||Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM||

http://www.elihjapahar.com/2016/08/giveaway-tunai-rm200-by-elihjapaharcom.html

Nak turut serta admin mat join giveaway ni, berani la klik banner yer.. ehe

Sunday, 14 August 2016

Bila Aku…

||Bila Aku…||

Bila aku umur 4 tahun
Dipandang langit luas terbentang
Mahu hidup seribu tahun mendatang

Bila aku umur 6 tahun
Tadika menjadi rutin harian
Belajar berkawan dengan perempuan

Bila aku umur 8 tahun
Pagi petang mencari teman
Tanah dan air adalah permainan

Bila aku umur 10 tahun
Dalam pelajaran akulah yang kebelakang
Nakal penuh dengan kejutan

Bila aku umur 12 tahun
Malas dan takut dua perasaan
Orang belajar kita di taman permainan

Bila aku umur 14 tahun
Cinta mula bertunas
Belum lagi mekar sudah dicantas

Bila aku umur 16 tahun
Tiada lagi cita-cita untuk masa hadapan
Angan-angan tetap keutamaan

Bila aku umur 18 tahun
Kemana hala tuju dalam perjuangan
Pilihan menghantui kehidupan

Bila aku umur 20 tahun
Matrikulasi bukan pilihan
Diploma, tingkatan enam menjadi pertaruhan
Universiti  di dalam tangan
Duit pula menjadi halangan

Bila aku umur 22 tahun
Cinta datang dan cinta pergi
Manusia datang berlalu pergi
Pengalaman baru mula diterokai
Putus asa hampir memusnah diri

Bila aku umur 23 tahun
Ijazah ke penghujungnya
Hadiah untuk orang tua dan keluarga
Permulaan sebuah kerjaya
Tapi apakan daya aku belum bersedia
Bila aku umur 24 tahun
Sorang-sorang dalam perjuangan
Mencari rentak untuk kejayaan
Kau Tak payah la isam!!!!!!!
Kau akan rebah dalam perjuangan

Bila aku umur 24 tahun
Perlu aku ingatkan
Usaha dan pengorbanan
Bukan satu beban
Tapi satu jalan kemenangan

Bila aku umur 24 tahun
Aku mula faham
Hidup tanpa gagal
Ibarat air tanpa gula
Ibarat hidup tanpa cinta
Tiada apa yang hendak aku cerita

Bila aku umur 24 tahun
Aku kena faham
Aku Bukan dari kalangan ada-ada
Aku Bukan pandai berkata-kata
Aku Bukan pandai berniaga
Aku Bukan minat duduk bersahaja
Tapi
Aku Ada Pengalaman
Aku Ada Keinginan
Aku Ada Cinta
Dan
Aku Ada Sahabat
Aku Ada Keluarga dan bakal keluarga
Yang perlu aku fahami
Aku diperlukan untuk melengkapkan
Ruang kosong diantara kekosongan.

Sekian

Coretan
Mb isam ismail
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-24 tahun
12 Ogos 1992


Comments System

Disqus Shortname