Penjara batu - Isam Ismail

Tuesday, February 26, 2013

Penjara batu

Jam sembilan pagi menyatakan aku terpaksa meninggalkan kelembutan selimut yang aku guna sepanjang malam untuk memulakan aktiviti seharian. Dengan perlahan selimut itu aku lipatkan menjadikannya segi empat tepat dengan ketebalan hampir dua inci melalui perkiraan otak yang baru mula hendak bekerja sepenuhnya.

Dalam keasyikkan lamunan yang diiringi lipatan terlintas juga dibenak fikiran  akan mimpi semalam yang seakan mahu  memberi makna yang mendalam dalam kehidupan aku""penjara batu"". apakah kisah yang diimpikan ini menjadi titik tolak kehidupan aku dan apakah semua ini adalah halangan untuk aku meneruskan langkah seterusnya untuk perjuangan aku kali ini.

"Tidak sama sekali "aku katakan, kiranya halangan itu berbukit akan kudaki sesampai puncaknya.Tetapi dalam lamunan itu aku tersedar yang aku sememangnya berada didalam penjara, tapi bukanlah penjara batu yang aku mimpikan,, tetapi sebaliknya ""penjara hati"" yang aku lakukan sendiri dengan hati dan perasaan aku untuk melalui hari seterunsya, atau kata lain "penjara yang aku buat sendiri untuk menghalang diri sendiri dari melakukan pekara seterusnya mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang terlalu diikutkan"..

...........Dari keputusan yang terpaksa aku buat tempoh hari kini datang lagi satu permasalahan yang  membebani fikiran...

Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

1 comment:

  1. Say No to penjara Batu K...good luck my friend..Redah aje..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012