Kuala Lumpur: “Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana
terselamat dari insiden yang hampir meragut nyawa saya,” ujar Lim Kian Huat,
57, seorang daripada ribuan peserta Maraton Boston, Amerika Syarikat yang
terselamat dalam kejadian letupan bom, Isnin lalu.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Lim berkata beliau hanya
berada kira-kira satu kilometer dari tempat insiden letupan yang mengorbankan
tiga nyawa pada pertandingan larian Maraton Boston di Massachusetts.
“Ketika kejadian saya melihat suasana tiba-tiba menjadi
kelam kabut, orang ramai berlari menyelamatkan diri masing-masing.
“Saya bernasib baik kerana berjaya menamatkan larian lebih
awal sebelum kejadian berlaku dan ketika letupan saya berada di dalam tren
untuk kembali ke hotel yang terletak lima kilometer dari tempat kejadian,”
katanya ketika ditemui BH di Saujana Resort, Subang, semalam.
sumber BH
nasib baik die selamatkan :)
ReplyDelete