Assalamualaikum wbt,,
Walaupun keadaan sekarang semakin gentir untuk menuju ke
peperiksaan akhir,, digagahkan juga hati ini untuk menulis sedikit kisah hidup
yang aku jalani sekarang..Bukan untuk dihebahkan tetapi sekadar berkongsi untuk
tatapan semua dan yang paling penting kepuasan itu sentiasa ada didalam penulisan
cerita yang ingin disampaikan..
Ibarat nasi tanpa lauk,, itulah pepatah baru yang boleh
dikeluarkan apabila satu hari (setengah hari je pon) kehidupan aku tanpa
bekalan elektrik dan internet dan wayang.. Dimaklumkan bahawa bekalan elektrik
dikawasan kediaman aku akan mengalami gangguan disebabkan oleh kerja-kerja
penukaran kabel lama kepada kabel baru di kawasan tertentu (notis satu hari
awal dikeluarkan oleh TNB).
Terasa sayu dan syahdu plak bila kediaman tanpa bekalan
elektrik ini,, tambah pulak masanya kena dengan cuaca yang mendung dan hujan
rintik-rintik pada petangnya. Dunia ini seolah mengerti akan kepanasan yang
dirasai apabila mentari muncul menyinari alam dan kesan diganti dengan mendung
yang redup..ha3
Memang terasa kehidupan ini kurang lengkap kata orang,, dek
kerana suapan kemewahan yang diberikan,kita seolah hidup dengan bebas dan akan merasa
tidak lengkap apabila kemewahan itu melayan seketika,,”ibarat nasi tanpa lauk”
mesti korang semua takder selera nak makannya kan???bila ada lauk baru tergopoh
nak suapkan dalam mulut.
Tapi syukur jam 7 petang keadaan bekalan elektrik kembali
pulih seperti sediakala,, mungkin kerana sifat ehsan pekerja TNB yang mengerti
akan istilah ibarat nasi tanpa lauk ini..ha3
Wassalam.
Bila tengok tajuk, ingatkan entry sedih sgt..la rupanya tak da elektrik aje..tapi dah okkan...so get well prepared for the exam ya...
ReplyDeletexder yg sedih sgt kak raudzah,, cuma letrik yg hilang
ReplyDelete