Sekadar perkongsian,, setiap tahun pada 28 mei jam 5:16 kita akan dapat melihat matahari diatas kaabah bersamaan dengan waktu tegah hari di majidil haram. Matahari ini akan menunjukkan kita arah kiblat yang betul bagi umat islam...
Kalau ada sesiapa yang nak memastikan arah kiblat bolehla pacakkan kayu pada petang ini,, dan arah yang bertentangan dengan bayang adalah kiblat sebenar kita..
Kalau ada sesiapa yang nak memastikan arah kiblat bolehla pacakkan kayu pada petang ini,, dan arah yang bertentangan dengan bayang adalah kiblat sebenar kita..
"Matahari istiwa adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi Matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.
Matahari akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika deklinasi Matahari sama dengan latitud Kaabah. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.
Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.
Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada masa tersebut. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang objek yang tegak lurus seperti tiang bendera, tiang lampu, sisi tingkap, sisi pintu atau sisi rumah. " sumber
No comments:
Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012