Sakit Bertambah Parah Bila?? - Isam Ismail

Saturday, July 20, 2013

Sakit Bertambah Parah Bila??

Assalamualaikum wbt..
Pernah tak korang merasa sakit bertambah sakit apabila sesuatu keadaan yang kita dalam kesusahan ditambah lagi dengan kesusahan lain..hehe,, ini bukan nak merungut Malaysia tetapi sekadar nak kongsikan cerita aku yang sememangnya sakit.. Paling tidak aku dapat lepaskan bebanan yang ada dalam kepala otak yang tengah serabut ni..

Bak kata pepatah dengan situasi ini  sudah jatuh ditimpa tangga.. Ni la pepatah yang sinonim dengan keadaan sakit bertambah sakit lagi.. Contohnya da la lewat pergi kerja sebab masalah kereta tak hidup,, kena plak marah dekat bos tempat korang kerja tu kan.. he

Bila keadaan macam ni berlaku sabar jela yang dapat aku  lakukan,, kalau tak memang angin la semua tempat,, tak kira da orang sekeliling,, nak jadi jadi la kan.. janji hati senang tak serabut.. da la kita dalam kesusahan, orang lain suka-suka dia je nak tambah, tak fikir plak perasaan orang lain..

Kisah aku plak,, da la aku dalam kesempitan wang dalam masa yang sama aku terpaksa bayarkan cash atas kesilapan yang aku buat waktu aku kerja dalam masa tu juga dan tak boleh tangguh. nak kata banyak tak la banyak , tapi bila da kesempitan tu RM1 pun jadi masalah..Aku kena bayar cash RM10,, tapi disebabkan waktu tu aku memang kesempitan dan dalam dompet ada RM3 je, memang jadi satu masalah bagi aku,, aku rasakan dunia ni bagai nak runtuh dan memang sakit giler sebab aku tak tahu macam  mana nak dapatkan sejumlah itu..

Untuk memuaskan kehendak hati,, terpaksa aku hutang dulu dari member dan bila semuanya tenang aku cari jalan macam mana nak selesaikan semua ini, dan syukur aku dapat keluarkan duit dari akaun aku untuk RM10 itu..huhu.. Kekaang sakit dapat dihilangkan juga apabila kita senantiasa bersedia untuk kes kecemasan

P/S : menabunglah untuk keselamatan diri di masa hadapan..



No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012