Nasi ayam Kari menjilat jari Parit Raja - Isam Ismail

Thursday, November 06, 2014

Nasi ayam Kari menjilat jari Parit Raja

Assalamualaikum wbt..

Lunch time,,, nasi ayam milo ais, itu menu biasa yang diambil oleh semua golongan untuk dijadikan hidangan makan tengah hari..betul ker?? itu fakta memandai je. uhuuhu. untuk entri kali ini ak nak promosikan satu hidangan yang istimewa yang terdapat di Parit Raja, Batu Pahat ini, menunya adalah nasi ayam kari selepas makan mesti menjilat jari.

Nasi ayam kari ni terletak di medan selera Parit Raja berdekatan dengan lampu isyarat, kalau kakak dan abang yang pergi sana pada hari khamis mesti akan berpeluang untuk berbelanja di pasar pagi. Setiap minggu dihadapan kedai nasi ayam kari ini mesti ada penjual dan penggerai yang berniaga, harganya juga berpatutan dari mana-mana mall yang ak pergi,, boleh tawar menawar lagi.. uhuhu

Harga nasi ayam kari ni terlalu ekonomi, nasi dengan ayam goreng, ada sayur banyak ditambah sambal dan kuah kari atau asam pedas harganya baru RM3.50 tidak termasuk air,,air disini mengikut kadar harga biasa pasaran, tapi jangan terkejut disini ada menyediakan ABC yang terbaik, sekali makan nak lagi bukan menjilat jari. Jumlah yang ak belanjakan untuk duit makan disini kurang dari lima ringgit dan tersangatlah ekonomi bagi ak yang masih bergelar pelajar yang tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan,..tapi kalau da tambah ABC lebih sedikit la RM 5 yer.. Ikut kepada selera dan poket nak makan apa..

Yang berminat untuk singgah kesana, bolehla set gps sekarang, uhuhu waktu jualannya dari jam sepuluh pagi sehinggalah nasi habis terjual,, kebiasaannya petang da habis.. gerainya bernombor 23 kalau pandangan mata aku tidak salah dan memori aku masih panjang...

sekian..


LETAK MAKLUMAT IKLAN

LETAK MAKLUMAT IKLAN





1 comment:

  1. antara kedai yg selalu pergi mkn jugak time duk UTHM dulu..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012