Bila Aku… - Isam Ismail

Sunday, August 14, 2016

Bila Aku…

||Bila Aku…||

Bila aku umur 4 tahun
Dipandang langit luas terbentang
Mahu hidup seribu tahun mendatang

Bila aku umur 6 tahun
Tadika menjadi rutin harian
Belajar berkawan dengan perempuan

Bila aku umur 8 tahun
Pagi petang mencari teman
Tanah dan air adalah permainan

Bila aku umur 10 tahun
Dalam pelajaran akulah yang kebelakang
Nakal penuh dengan kejutan

Bila aku umur 12 tahun
Malas dan takut dua perasaan
Orang belajar kita di taman permainan

Bila aku umur 14 tahun
Cinta mula bertunas
Belum lagi mekar sudah dicantas

Bila aku umur 16 tahun
Tiada lagi cita-cita untuk masa hadapan
Angan-angan tetap keutamaan

Bila aku umur 18 tahun
Kemana hala tuju dalam perjuangan
Pilihan menghantui kehidupan

Bila aku umur 20 tahun
Matrikulasi bukan pilihan
Diploma, tingkatan enam menjadi pertaruhan
Universiti  di dalam tangan
Duit pula menjadi halangan

Bila aku umur 22 tahun
Cinta datang dan cinta pergi
Manusia datang berlalu pergi
Pengalaman baru mula diterokai
Putus asa hampir memusnah diri

Bila aku umur 23 tahun
Ijazah ke penghujungnya
Hadiah untuk orang tua dan keluarga
Permulaan sebuah kerjaya
Tapi apakan daya aku belum bersedia
Bila aku umur 24 tahun
Sorang-sorang dalam perjuangan
Mencari rentak untuk kejayaan
Kau Tak payah la isam!!!!!!!
Kau akan rebah dalam perjuangan

Bila aku umur 24 tahun
Perlu aku ingatkan
Usaha dan pengorbanan
Bukan satu beban
Tapi satu jalan kemenangan

Bila aku umur 24 tahun
Aku mula faham
Hidup tanpa gagal
Ibarat air tanpa gula
Ibarat hidup tanpa cinta
Tiada apa yang hendak aku cerita

Bila aku umur 24 tahun
Aku kena faham
Aku Bukan dari kalangan ada-ada
Aku Bukan pandai berkata-kata
Aku Bukan pandai berniaga
Aku Bukan minat duduk bersahaja
Tapi
Aku Ada Pengalaman
Aku Ada Keinginan
Aku Ada Cinta
Dan
Aku Ada Sahabat
Aku Ada Keluarga dan bakal keluarga
Yang perlu aku fahami
Aku diperlukan untuk melengkapkan
Ruang kosong diantara kekosongan.

Sekian

Coretan
Mb isam ismail
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-24 tahun
12 Ogos 1992


No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012