SEMAK PENYATA PINJAMAN PTPTN ONLINE - Isam Ismail

Sunday, July 16, 2017

SEMAK PENYATA PINJAMAN PTPTN ONLINE

||SEMAK PENYATA PINJAMAN PTPTN ONLINE||Cara mudah untuk membuat semakan penyata pinjaman PTPTN anda adalah secara online, tidak perlu bersusah payah ke kaunter PTPTN untuk semakan. Kerana dunia sekarang, anda bijak teknologi sahaja semuanya boleh dipermudahkan dengan sentuhan jari.

Seperti Mat, kekangan masa menyebabkan semua ini perlu dilakukan secara online, dari semakan pembayaran sehingga transaksi bayaran bulanan. Caranya mudah sahaja dan anda boleh merujuk langkah dibawah. Selepas ini mat merancang untuk membuat arahan tetap dan bayaran terus dengan penolakan gaji untuk mendapat rebat 10% dari bajet 2017.

Buat carian dengan enjin google PTPTN dan anda akan dibawa masuk ke site dibawah

Anjung PTPTN

Kemudian scroll bahagian bawah untuk bahagian perkhidmatan atas talian dan klik pada SEMAKAN PENYATA PINJAMAN

Clik Semakan Kotak Merah

Anda akan dibawa masuk ke bahagian semakan dan perlu memasukkan 12 digit no kad pengenalan kemudian  klik semak


Selepas itu klik pada PENYATA KIRA-KIRA


Lagi sekali masukkan 12 digit no kad pengenalan dengan kata kunci. Kalau dah lupa boleh klik pada bahagian Terlupa kata lalaun.


Anda akan dibawa ke Dashboard pinjaman PTPTN anda,dan klik pada PENYATA BAKI untuk semakan pinjaman.


Haa, dekat sini boleh lihat kesemua tunggakan yang belum dijelaskan dan berapa jumlah bayaran yang perlu dibayar setiap bulan oleh anda.


Tunggakan RMxx,xxx.xx, bulanan RMxxx.xx

Boleh juga klik pada bahagian Lihat Terperinci untuk melihat laporan yang lengkap duit keluar masuk terhadap akaun pinjaman ataupun terus klik bayar untuk bayaran pinjaman.


Ini paparan pada laporan terperinci anda.


Haa macam mana? senang kan? semua pakai smartphone dan jadilah smartperson selalu. Anda juga boleh membuat pembayaran kepada PTPTN melalui internet banking tanpa caj juga. Kalau anda perasan setiap transaksi bayaran kepada PTPTN caj RM1.00 ++ akan dikenakan. Mahal tu RM1x12 bulan RM12.00, cukup untuk makan tengah hari anda.


No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012