Beliau berkata, pengurangan berat badan mendadak hanya membawa kesan negatif kepada sistem badan, malah penggunaan pelbagai ubat bagi mengurangkan berat badan yang mendakwa mampu menguruskan badan dengan cepat hanya membawa kesan sementara.
“Pengurangan berat badan secara ekspres tidak tahan lama dan berat yang sudah hilang sebelum ini kembali semula. Pengurangan berat badan adalah satu proses dan ia perlu dilakukan secara berperingkat.
“Cara paling selamat dan terbaik ialah menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang dapat membakar lemak secara konsisten,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, pengurangan berat badan yang mendadak dengan pengambilan ubat terlarang atau herba selalunya membabitkan kehilangan air yang banyak dan tidak membabitkan pembakaran lemak.
“Badan perlu membakar lemak yang disimpan jika mahu kurus dan ia hanya boleh dilakukan dengan senaman dan bukan menyebabkan tubuh kehilangan air dalam usaha mendapat berat unggul.
Harian Metro semalam melaporkan mengenai tiga salun kecantikan yang digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual ‘herba ajaib’ yang dipercayai mampu menurunkan berat badan 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan.
Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup ke Malaysia melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
No comments:
Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012