Monday, 29 October 2012

Kerjaya chef mendapat pengiktirafan dunia

Dulu tukang masak hanya dipelopori kaum hawa dan dianggap kurang komersial. Kini, persepsi berbeza kerana kerjaya chef mendapat perhatian masyarakat dan pengiktirafan dunia.

Di Universiti, banyak peluang di bidang seni kulinari yang merupakan gerbang pintu kerjaya sebagai Chef.

Menyedari kepentingan bidang itu, Silverspoon International College
(SSiC) turut menawarkan kursus Seni Kulinari, Seni Pastri, dan Penyajian Makanan dan Minuman (F&B).

Seni Kulinari paling mendapat tempat di hati pelajar apatah lagi SSiC berkolaborasi dengan Skills Malaysia, City & Guilds (UK) , Johnson & Wales University (USA), dan University of West London (UK) dan disokong penuh oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Sijil dari SSiC mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

SSiC yang di buka pada 21 Julai 2010, diilhamkan sendiri Chef Zam.

Tempoh pengajian yang ditawarkan melalui program Sijil Kemahiran Malaysia tahap satu dan dua selama enam bulan di kolej dan selepas enam bulan, pelajar
di hantar ke industri perhotelan selama enam bulan, manakala program Diploma
mengambil masa setahun iaitu enam bulan di kolej dan enam bulan di industri perhotelan.

SSiC menyediakan kemudahan prasarana lengkap agar termasuk kemudahan asrama termasuk ruang dapur yang modenmemenuhi kehendak pembelajaran.

Kemahiran adalah faktor penting yang menentukan anda boleh berjaya dalam dunia
kerjaya.

SSiC menyediakan kemudahan pinjaman untuk yuran kepada semua pemohon yang layak.

Setiap pelajar yang memohon pinjaman tabungan PTPK akan diberi elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan manakala asrama disediakan pihak kolej bagi kemudahan mahasiswa.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname