UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) dalam agendanya memacu transformasi
pengajian tinggi negara mencipta sejarah dengan kejayaan melahirkan lima
siswazah sulung Sarjana Perubatan Nuklear di Asia.
Naib Canselornya, Prof Datuk Omar Osman berkata, idea dan objektif awal
mewujudkan kursus itu di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
(IPPT) USM adalah untuk memenuhi keperluan tenaga pakar dalam bidang
berkenaan.
Menurutnya, USM secara tidak langsung berbangga menjadi universiti
pertama di Asia yang melahirkan siswazah sulung dalam bidang Sarjana
Perubatan Nuklear, satu bidang agak kritikal dan penting untuk masa
depan negara.
“Kita adalah yang pertama di rantau ini mengeluarkan siswazah dalam
sarjana ini dan ia merupakan sebahagian daripada usaha USM untuk
melahirkan siswazah dalam bidang keperluan sekarang dan masa hadapan,”
katanya pada sidang akhbar selepas Konvokesyen USM kali ke-46, barubaru
ini.
Menurutnya, selain Sarjana Perubatan Nuklear, hari pertama acara
konvokesyen yang disempurnakan Tuanku Canselor, Tuanku Syed Sirajuddin
Jamalullail turut memperlihatkan kejayaan beberapa program sulung USM,
termasuk Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Inggeris untuk
Profesional).
Belanjawan 2024: Apa Yang Orang Muda Dapat?
1 year ago
No comments:
Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012