Monday, 17 December 2012

Dimanakah sisa lynas dilupuskan??





Dua tiga hari sebelum ini ada terbaca artikel mengenai pembinaan lynas di gebeng kuantan dan secara tak sengajanya ada mendengar yang sisa nadir bumi ini tidak akan diterima balik oleh negara Australia atas sebab itu adalah sisa yang dihasilkan oleh negara kita.. Jadi kemana sisa ini akan dibuang?? agak bimbang sekiranya siisa nadir ini boleh menyebabkan kesan kepada persekitaran negara kita.


Untuk megurangkan kebimbingan itu terjawablah satu persoalan di laman akhbar dan katanya gini:

KUALA LUMPUR: Kerajaan bertegas dengan pendiriannya tidak membenarkan sisa daripada kilang Lynas Advanced Materials Plant di Taman Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, ditinggalkan dalam negara ini.
"Itu adalah keputusan Kabinet. Keputusan Kabinet adalah semua sisa perlu dibawa keluar dari negara," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tiada perubahan dalam pendirian kerajaan meskipun terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa pengeksportan sisa toksik tidak diperuntukkan dalam lesen operasi sementara yang diberikan kepada syarikat perlombongan Australia itu.


Play this game if you like karaoke Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Lawak sial yang jarang ditonton RM100k dengan cara yang mudah

Laporan-laporan tersebut mendakwa Lynas tidak disyaratkan untuk menukar sisa buangan menjadi produk komersil dan ia adalah secara sukarela.

"Kami ingin menekankan bahawa apa juga syarat-syarat dalam lesen itu, sisa buangan memang tidak dibenarkan ditinggalkan dalam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen bagi perkongsian bioperubatan antara Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd dan pelbagai pihak.

Liow berkata sekiranya Lynas gagal mematuhi keputusan itu lesen yang diberikan kepada mereka akan ditarik balik.

Beliau juga berkata lesen operasi sementara bagi Lynas disiarkan di laman web Lembaga Perlesenan Tenaga Atom pada 8 Sept untuk dilihat oleh orang ramai. - Bernama
 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname