Wednesday, 16 January 2013

Tujuh hari berlalu

Assalamualaikum,, syukur yang berpanjangan selama tujuh  hari aku berjaya merentasi rintangan untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Dalam makna tujuh hari yang aku lalui berbagai rintangan yang  aku tempuhi termasuklah menjadi sang kelawar sementara menunggu hari esok dengan debarnya..

Penat dan mengantuk sentiasa mengiringi perjalanan waktu peperiksaan aku,, tetapi bersyukur dengan jayanya kerana semuanya aku dapat habiskan dengan tenang, walaupun ada satu kertas yang memaksa untuk aku berfikir panjang,, tetapi tahap untuk aku berfikir sudah mencapai limitnya,, jadi apa yang aku buat adalah teruskan dengan pemikiran yang biasa dan perkara seperti ini membuatkan aku sedikit kecundang diakhirnya..

Walaupun nasibku kecundang,, tetapi tetap ada satu pengalaman yang baru dan berharga yang membolehkan aku mempelajarinya dan menjadikannya sempadan untuk masa akan datang, jadi ,pengalaman ada guru terbaik untuk mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik, bukan setakat guru atau pensyarah sahaja yang layak mengajar kita,, tetapi diri sendiri juga berhak untuk mematangkan kita..

Tujuh hari,tujuh kertas,tujuh malam dan tujuh kali terpaksa melupakan dunia belog buat sementara waktu dan terpaksa bertemankan buku, waalaupun kekadang ada masa yang diicuri untuk melawat blog yang terpilih dan seronok dilawat..

Seronok bila mendapat tahu hari ini adalah last payyyyperrrrrr untuk aku bagi semester kali ini,, dan perjuangan aku belum berakhir lagi disini.. lepas ni apa nak buat lak masa cuti yerk???ada idea??


Buat duit dengan SAYS Buat duit dengan Gush ads Buat duit dengan Heart Beat Buat duit dengan Burung

6 comments:

  1. Semoga berjaya..Eyz tag
    http://miseyz.blogspot.com/2013/01/first-give-away-2013-by-mummy.html

    ReplyDelete
  2. Good Luck Belogisam..lepas ni boleh cuti-cuti malaysia k!!!

    ReplyDelete
  3. nanti dah boring barulah tau boring tak ketahuan hala yep...

    ReplyDelete
  4. nanti dah boring barulah tau boring tak ketahuan hala yep...

    ReplyDelete
  5. wah.. bestnye dah hbs final.... leh tido puas2 kn pasni..=)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname