Pengalaman Gua Tempurung-Goping - Isam Ismail

Wednesday, May 01, 2013

Pengalaman Gua Tempurung-Goping



Assalamualaikum wbt,, 

Di pengakhiran bulan april ini, banyak aktiviti dan pengalaman baru diperolehi, termasuklah menjelajah gua tempurung di goping negeri perak nun di utara disana..

Pengembaraan aku di gua tempurung bermula apabila aku meringankan kaki dengan  menceburkan diri dalam bidang outdoor bersama salah satu kelab kembara yang dikatakan agak Berjaya di tempat pengajian aku sewaktu ini..

Memang terbaik dan boleh dikatakan agak puas walaupun terpaksa melalui halangan tertentu untuk menjejakkan kaki ke gua tempurung. Disana (gua tempurung) kami memulakan aktiviti pemanasan badan dengan melakukan night walk selama 3 jam merentas paya sungai dan kebun yang berdekatan untuk  membuat persedian bagi memasuki dan menerokai gua tempurung pada keesokan harinya..

Fulamak,, keesokan harinya jam 9 pagi kami meneruskan misi dengan memulakan perjalanan memasuki pintu gua dan terus menyelongkar keindahan ciptaan didalamnya selama 5 jam dengan meredah air,, mengelungsur , dan mendaki..Yang tak dapat dilupakan bila terpaksa meniarap untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..

Cabaran yang terdapat di gua tempurung agak extreme untuk disimpulkan dan segalanya aku dapat lalui dengan hati yang puas,kerana hajat untuk menerokai  keindahan alam ini tercapai..
Sekian..

4 comments:

  1. Lebih menarik jika ada gambar...boleh lah menghayati apa yg diceritakan, Jenuh imagine...hihi

    ReplyDelete
  2. saya xdpt nak email awk utk cara buat bloglist..saya pnya pun tgk tutorial n then adjust colour.. awk blh ikut tutorial di http://ibuberbicara.blogspot.com/2013/02/tutorial-cara-buat-tabber-widget.html

    ReplyDelete
  3. @Bin Muhammad okey, next time,, yg nie terasa berat nak edit gmbr

    ReplyDelete
  4. @Noor Najwa oke, noetd, thank for the sharing

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012