Sunday, 26 May 2013

Ibarat nasi tanpa lauk


Assalamualaikum wbt,,

Walaupun keadaan sekarang semakin gentir untuk menuju ke peperiksaan akhir,, digagahkan juga hati ini untuk menulis sedikit kisah hidup yang aku jalani sekarang..Bukan untuk dihebahkan tetapi sekadar berkongsi untuk tatapan semua dan yang paling penting kepuasan itu sentiasa ada didalam penulisan cerita  yang ingin disampaikan..

Ibarat nasi tanpa lauk,, itulah pepatah baru yang boleh dikeluarkan apabila satu hari (setengah hari je pon) kehidupan aku tanpa bekalan elektrik dan internet dan wayang.. Dimaklumkan bahawa bekalan elektrik dikawasan kediaman aku akan mengalami gangguan disebabkan oleh kerja-kerja penukaran kabel lama kepada kabel baru di kawasan tertentu (notis satu hari awal dikeluarkan oleh TNB).

Terasa sayu dan syahdu plak bila kediaman tanpa bekalan elektrik ini,, tambah pulak masanya kena dengan cuaca yang mendung dan hujan rintik-rintik pada petangnya. Dunia ini seolah mengerti akan kepanasan yang dirasai apabila mentari muncul menyinari alam dan kesan diganti dengan mendung yang redup..ha3

Memang terasa kehidupan ini kurang lengkap kata orang,, dek kerana suapan kemewahan yang diberikan,kita seolah hidup dengan bebas dan akan merasa tidak lengkap apabila kemewahan itu melayan seketika,,”ibarat nasi tanpa lauk” mesti korang semua takder selera nak makannya kan???bila ada lauk baru tergopoh nak suapkan dalam mulut.

Tapi syukur jam 7 petang keadaan bekalan elektrik kembali pulih seperti sediakala,, mungkin kerana sifat ehsan pekerja TNB yang mengerti akan istilah ibarat nasi tanpa lauk ini..ha3
Wassalam.

2 comments:

  1. Bila tengok tajuk, ingatkan entry sedih sgt..la rupanya tak da elektrik aje..tapi dah okkan...so get well prepared for the exam ya...

    ReplyDelete
  2. xder yg sedih sgt kak raudzah,, cuma letrik yg hilang

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname