Thursday, 2 May 2013

Loghat khas Negeri Terengganu- v1

MARI BELAJOR BASER TEGANU




Ular di Utara pendek saja = Ulaq
Ular di Kelantan panjang-panjang = Ulaaa
Ular di Teganu besar-besar = Ulorrr

Piyer-piyer (sape - sape) hok doh bertaong kat Tranu ni, kalu dok reti baser Tranu, memang teruk do'oh ahhh..........mari ah blajo baser Tranu.....ajor ke saing-saing.

1. Guaner Gamok terrrr= Apa khabar
2. ape ke jadah = apa hal
3. ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya
4. atu = hantu
5. atur kecing = sssshhh ssshh!!! supaya bayi kencing
6. apah nyor. = hampas kelapa
7. anguh letong = sangat hangus
8. agah/beragah = org kecik jenis berani
9. air geh tujuh yu-pi = air 7UP(kole beghang)
10. air tuak = air nira
11. amok reng = malas nak tolong
12. air chor = air basuhan bertakung dari dapur
13. bata golek = boaster/bantal peluk
14. bronok = sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
15. bepang = sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
16. boloq woq = serabut
17. bak = ayah
18. bobok = gelembung udara dlm air
19. boyak = beritahu
20. bollo’k = penuh sesak
21. bahang = pukul kan
22. bapok gong = sangat besar
23. botok licing = botak licin (rambut)
24. beso jereguk = besar
25. beghak nanang = sangat berat
26. bluahh = comot
27. beratah = banyak
28. beliung = pepatung
29. bising bangor = sangat bising
30. beso jalor = sudah besar

Guano gamok,, ni la baser teganu yg dapat dikeluarkan.. Setiap negeri ada kelebihan loghat masing2, dan kami ore teganu banggo dgn semua ni,,


 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname