Saturday, 15 June 2013

Alhamdulillah: Impian Memiliki Lesen B2&D Tercapai

Setelah sekian lama aku memendam impian untuk memiliki lesen memandu yang tertera didalam dokumen itu nama aku, ic aku, alamat aku dan juga status lessen itu sendiri. Akhirnya hari ini tertunailah segala hajat aku dengan penyerahan lessen P dari agen aku ke tangan aku sendiri.. Syukur.

Dari awal semester tahun satu pengajian lagi aku memendam satu impian yang akan aku kecapi dalam masa tertentu, Dan ternyata dengan izinNya semester terakhir tahun dua aku berjaya memilikinya dan kisahnya dari awal lagi aku memang mengharapkan masa aku memperolehinya adalah akhir semester tahun dua.. (lega rasa hati dengan harapan yang aku tanam berjayai akhirnya)

Namun disebalik kejayaan ini terselit beribu keindahan dan kesakitan yang terpaksa aku hadapi semasa dan sebelum ujian JPJ berlangsung. Suatu ketika dahulu aku ada menyatakan yang aku gagal dengan ujian JPJ disebabkan oleh perkara yang tidak patut aku lakukan (sini).

Sebelum ujian JPJ aku terpaksa membuat ulangan bagi ujian computer disebabkan satu nilai dibelakang markah lulus iaitu 41/42.. hahha.. Bengan rasa hati ni.. satu je yg memisahkan..

Tetapi segalanya belum berakhir apabila aku membuat kesilapan semasa hari pertama aku memandu kerete(maklumlah,, first time jadi drebar). Kereta yang aku bawa mendaki divider jalan dalam litar, diikuti dengan enjin mati,,, kunci patah.. (dugaan). Bukan setakat itu,, dapat pulak hadiah gelak ketawa dan senyum pelik dari calon lain dekat sekolah memandu,masa ni ramai plak orang yang buat latihan..(simpan muka dalam kocek@saku).hah

Sekadar tu saja kot kenangan aku,, walaupun yang lain banyak lagi,, tapi kalau nak tahu cerita lanjut,pm la yer. Kenangan kadang-kadang membuat kita tersenyum apabila kita memikirkannya kembali.. Tanpa kenangan, kepahitan, cabaran, kasih sayang, tak rasa pun kita hidup di muka bumi ini,, dan kehidupan adalah kenangan (mimpi semalam juga kehiudupan)


5 comments:

  1. tahniah la... :) saya xde lagi...ahhaha xD

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. senang aa nak gi memana pas ni. hehehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. senang aa nak gi memana pas ni. hehehe

    ReplyDelete
  4. tahniahlah yer..nanti drive elok-elok k..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname