Yang Disemai Dulu Kini Tiada Part 1 - Isam Ismail

Thursday, November 14, 2013

Yang Disemai Dulu Kini Tiada Part 1

Assalamualaikum wbt... :) :'(

    “Kalau sudah ditakdirkan andai setia disemai cinta dicanai,,tiada persefahaman dan kuasa jodoh usah ditangisankan akan kehilangannya.” Tiga tahun bersama melalui halangan dan kebahagian akhirnya kini berakhir segalanya kisah yang penuh dengan perasaan,, banyaknya pengaliran kasih sayang dan akhirnya aku akui aku kalah dengan permainan ini yang memerlukan kefahaman yang mendalam..Bukan senang dan mudah untuk mengemudi halangan yang setiap saat dan detik memerlukan pengorbanan..Yang betul-betul kuat dan sanggup sahaja layak mengharungi semua ini dan sekiranya hati lemah dengan halangan dan dugaan jangan sesekali memberanikan diri memasuki dunia permainan perasaan yang penuh dengan misteri,, silapkan langkah anda yang menjadi pemainnya yang akan derita dengan kekalahan..

    Aku adalah seorang insane dan aku menyanyaginya dengan ikhlas dan harapan aku adalah ingin mengakhirinya dengan perhubungan yang halal  selepas dua tahun akan datang.. Berikat dengan janji adalah lumrah dalam perhubungan dan itulah yang aku lakukan untuk memberi  kepercayaan kepadanya dan setiap kali itulah aku cuba mencari jalan untuk memperbaiki diriku supaya aku dapat melangkah jauh dan berubah dari keadaan yang aku miliki sekarang...Kami saling menanam sifat kepercayaan itu dalam diri sendiri  dan berharap dengan usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil pada masa yang akan datang..

    Hari bersilih ganti,, masa terus berdetik meninggalkan aku keseorangan dengan hilangnya perasaan sayang darinya. Sehingga kini genaplah dua bulan dikasarkan pengiraannya aku kehilangan insane yang  betul-betul aku sayang.. Betul-betul aku harapkan jodoh dan rusukku,, betul-betul aku uar-uarkan kepada kedua ibu bapaku akan perasaan ini..Namun apakan daya apakan kuasaku yang mampu megembalikan semua yang dulu ke masa kini.. Aku pasrah dan aku betul-betul redha akan kepergiannya dari hidupku.. Walaupun ego lelaki ini yang menguasai diriku,, namun kesedihan itu tetap melanda tatkala mengingatkan kisah bersamanya dan tambah lagi kenapa aku ditinggalkan sebegini rupa, sehinggakan sanggup kasih sayang dan perasaan yang dimiliki dijual beli begitu sahaja setelah   kebahagian baru menjelma dalam sinar hidupnya untuk menggantikan perasaan yang seakan membawanya kepada derita..

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012