Terbelah Hati Dengan Entri Blog - Isam Ismail

Thursday, April 03, 2014

Terbelah Hati Dengan Entri Blog

Assalamualaikum wbt..

Masa itu ibarat emas, andai kata terlepas sesaat dimanakan pula kita nak cari ganti untuk kegunaan aktiviti yang seterusnya. Terlalu banyak perkara untuk dipelajari ketika ini dan terlalu sukar untuk menempuhi perjuangan semasa. Sampaikan satu ketika hati terbelah untuk menaip setiap kata-kata dalam entri ini.

Terbelahnya hati bukan kerana hirisan pisau sayur berukuran 12 cm, tetapi seperti yang dikhabarkan sebelum ini, terbelah hati dek kerana kekangan masa dan idea untuk memperjuangkan keyboard laptop yang dipenuhi huruf a sampai z ini..

Hati berkata nak taip itula,, idea da banyak ni, tangan pon menjawab oke,, rasa da lama tiak menaip, lantas otak mencelah, bukan ke ada kerja  yang perlu disiapkan untuk dihantar esok hari. Nah hati yang girang kembali kepada aktiviti menyiapkan esement dan kerja yang perlu diutamakan..

Hari beransur dan silih berganti, tetap dengan perkara yang sama,, bermula dari hati, ringan ditangan lantas otak datang mencelah.. Lama-kelamaan hati semakin terbelah untuk bertapak dan memerahkan idea disini..

Semakin lama otak berkata ada perkara lebih utama untuk dilakukan semakin terbelah hati aku kearah entri blog.. semakin jauh jari dengan keyboard untuk menaip BLOGGER.

Wassalam...

No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012