Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise (JBJTA) - Isam Ismail

Wednesday, October 29, 2014

Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise (JBJTA)

Pengenalan kepada JBJTA

Assalamualaikum wbt.. sudah lama kita tidak bercanda dan berkongsi pendapat melalui media sosial blogger. Hari ini dengan keinginan untuk menziarah rakan-rakan media blog dan pembaca yang sudi singgah bertapak di teratak isam ismail terbukalah satu entri untuk menghebahkan dan memberi penjelasan kepada pengguna di luar sana mengenai kewujudan pusat jual beli jam tawaf secara online di JBJTA (Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise). 

Mengikut perkiraan secara kasarnya, terdapat berpuluh-puluh pages facebook mahupun online shop dalam Malaysia ini menawarkan khidmat jualan jam tawaf keserata tanah air. Dengan wujudnya berpuluh-puluh pages facebook ini telah melahirkan pesaing yang mempunyai fokus yang sama iaitu untuk memasarkan jam tawaf kepada end user dan secara kesimpulannya telah membuktikan bahawa jam tawaf ini semakin dicari dan diminati oleh ramai pengguna pada ketika ini.

Salah satu kedai online yang menawarkan khidmat jualan jam tawaf adalah JBJTA (Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise). JBJTA secara amnya telah memasuki pasaran facebook dan media sosial yang lain semenjak tahun 2012 dengan menggunakan nama hijratimepiece collection. Disebabkan penggunaan nama yang mendapat tentangan dan kekeliruan daripada pihak tertentu maka dengan rasminya tertubuhlah JBJTA dalam pasaran jual beli jam tawaf pada lewat tahun 2013.

JBJTA mempunyai visi dan misi untuk memacu jualan jam tawaf ke seluruh Malaysia dengan memasarkan produk yang dihasilkan oleh saudara bumiputera terutamanya.

Buat masa ini JBJTA telah memasarkan tiga jenama jam tawaf yang diminati oleh ramai pengguna diluar sana iaitu dari jenama HIJRATIMEPIECE, MEM WATCHES dan IFTINAN. Ketiga-tiga jenama yang dipasarkan oleh JBJTA mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pihak pembeli sehinggakan ada sesetengah pelanggan terpaksa menunggu kehadiran stok yang baharu disebabkan jam yang terjual melangkaui order yang dibuat pada bulan-bulan tertentu. 


Perkhidmatan yang ditawarkan JBJTA

Bercakap mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh JBJTA kepada pelanggannya. Kami disini senantiasa mencari alternatif untuk menarik minat para pengguna menggunakan jam tawaf terhadap diri sendiri dengan melakukan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia dan COD ( cash on delivery) di kawasan yang terpilih dalam Malaysia.

Selain itu kami akan membuka layar kepada pihak korporat diluar sana yang berhajat menjadikan jam tawaf sebagai goodies atau hadiah untuk menghubungi kami di JBJTA untuk sebut harga. 

Kegunaan jam tangan tawaf dipelbagaikan JBJTA

Satu nama dipelbagaikan cara pemberian, itulah konsep yang dibawa kami untuk terus merapatkan jam tawaf ini kepada pengguna diluar sana. Anda bukan sahaja boleh menjadikan jam tawaf ini sebagai jam utama anda dalam kehidupan tetapi jam ini sesuai juga untuk dijadikan sebagai 

  1. Hadiah hari jadi, korporat, graduasi, kecermelangan, ibu bapa
  2. Hantaran kahwin
  3. Cabutan bertuah
  4. Perhiasan dalaman rumah
Cara untuk berhubung dengan JBJTA

Bagi anda yang mempunyai cita-cita dan sedang mencari jam tawaf untuk digayakan pada tangan yang lembut dan cantik itu, bolehlah menghubungi kami JBJTA di 01110766227 (wassap dan talian bebas to) atau terus mengunjungi pages faceboo kami JBJTA(Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise) . Kesemua model dari tiga jenama HIJRATIMEPIECE, MEM WATCHES dan IFTINAN anda boleh merujuk sample di album photo JBJTA. Segala tempahan dan pertanyaan anda boleh mengemukakan melalui dua cara yang telah dipersembahkan kepada anda iaitu dengan 

  1. JBJJTA wassap 01110766227 (fast respond)
  2. JBJTA Facebook Pages JBJTA(Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise) 

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Ada suria panel menambah kebaikan dalam tenaga elektrik pada jam, insya Allah

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012