MAD-HOP sukan outdoor baru di M'sia - Isam Ismail

Monday, October 22, 2012

MAD-HOP sukan outdoor baru di M'sia

Assalamualikum, Mad-hop atau dikenali dengan nama lainnya sebagai Skyrunner, FlyJumper, Poweriser, Kangaroo Shoes, Powerskip dan Jumping Stilts telah mendapat jolokan peminat tersendiri di negara ini.

Apa tidaknya,sukan ini tidak memerlukan peminatnya untuk mengambil masa yang lama bagi mempelajari kaedah permainan yang betul tetapi memerlukan masa yang singkat antara 15-20 minit untuk mempelajari asas permainan ini.

Alat yang dinamakan Mad-hop atau skyrunner  ini telah mula memasuki M'sia seawal tahun 2011 lagi.

Sukan ini telah lama dimainkan diluar negara terutama Thailand tetapi kemasukan ke negara ini agak lambat sedikit.

Alexander Bock dari Jerman menjadi antara individu terawal mempatenkan permainan itu iaitu pada tahun 2003.

Faktor-faktor keselamatan agak dititik beratkan kepada  seseorang yang baru mengenali sukan ini kerana aksinya yang agak mencabar mental dan boleh menyebabkan sebarang kecederaanyang sememangnya menjadi penghalang untuk semua aktivitii yang lasak.

Diharapkan sukan mad-hop ini akan menjadi salah satu sukan yang digemari oleh masyarakat kini.

click here


                         

No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012