Isam Ismail: KEHIDUPAN
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

JAHIT- Iklan Raya Petronas 2013
Setiap tahun Petronas menyediakan berbagai iklan mengikut perayaan yang bakal dilalui, kali ini iklan petronas untuk raya berjudul jahit.. Dimana kudrat membawa berkat.Kita wajar mengambil isu positif diatas iklan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu semata untuk menunjukkan penghargaan kepada yang tertentu..

Berpasir sekejap mata aku melihat iklan yang macam ni,, tak percaya leh tengok dengan mata kasar sendiri.. pasti berbaloiii..





Thursday, May 09, 2013

Kesalahan Mandatori : No Turning Back

Orang kata terlajak perahu boleh diundur,, terlebih kata boleh dimaaf,,kalau da terlajak perbuatan macam mana nak undurkannya??? Pusing jam atau sebagainya.. Hari ini pertama kalinya aku membuat ujian JPJ untuk lesen D atau nama lain lesen  kereta. Nak dijadikan cerita panjangnya aku tersilap satu benda yang boleh membuatkan aku dicop membuat kesalahan mandatory dalam ujian memandu ni,, semasa latihan biasa, takder la plak aku nak lupa semua ni,, dan semuanya berjalan macam biasa sehingga ujian dijalankan oleh pelatih (QTI). Tetiba hari ujian dengan JPJ terlupa pulak,, kantoi la sudah. No turning back untuk aku..sedih agk kot..



Kesalahan yang aku buat adalah kesalahan bernombor 19 iaitu memandu dengan tidak menggunakan isyarat yang betul..ha3,, ada ke patut apa yang aku buat ni,,sepatutnya isyarat bergantung kepada lalulintas  jalan dan papan tanda gak kan? Tetapi apa yang aku lakukan adalah terbalik dari lumrah yang asal.. ha3. Sengal pon ada.

Aku sebenarnya tersilap menyalakan signal untuk membelok kekanan,, sedar tak sedar encik tester da tegur, “ump tengok,, kamu ni  ny memandu bahaya betul, isyarat kamu mana?? Cuba tengok betul2 apa kamu buat?”” arghhh kenapa isyarat kiri ,, sedangkan aku nak masuk kanan dan aku rasa aku da bagi isyarat kanan,bila masa boleh tertukar atau aku yang tersilap dan tak sedar.. kantoi disini.. tester t upon tak boleh nak counting gak,, terpaksalah aku akur dengan ketegasannya.. malu pun ada.. Orang kata nasib baik kereta belakang tu jauh lagi kedudukannya..

Nampak gayanya aku ni memang tak boleh nak memandu lagila dekat jalan raya,, takutnya tejadi seperti yang aku alami,, kekadang kita terlupa dan tersilap,, tapi serius apa yang aku buat tu memang aku tak ingat, sampailah tester tegur.. gabra kot..

Alhamdulillah,, semua selamat seperti biasa dan aku sekarang dapat update entri aku dan sebelum terlupa bahagian parking dalam litar semuanya okey takder masalah mana,, Cuma clutch kereta kancil yang aku dapat kali ini terlalu pendek,, penat palk kaki nak kawalnya..dan akhirnya aku hari ni memang keliru dengan no giliran aku, aku ingatkan aku no 3, tapi hakikatnya aku ni emegang no giliran angka 2 untuk ttest JPJ. Uarghhhhhhh..lagi..

Monday, May 06, 2013

Kisah Duka Kucing Yang Menanti Tuannya Untuk Pulang

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang..

ni cerita kucing arwah pakcik..

kucing ni arwah pakcik panggil Tampong(Tompok)..actually Tompok ni tak cantik pon..bulu tak lebat..pakcik kutip dekat pasar..time tu Tompok ni kecik lagi..berkurap..hodoh giler..

pakcik buat balik rumah..bela sampai besar..sampai gemook gedebok..

punyalah sayang arwah pakcik kat Tompok..pakcik sayang melebihi pakcik sayang bini pakcik…

walaupon Tompok bukan kucing siam, parsi atau yang berbulu gebu2..pakcik sangat sayang dekat tompok..

Tompok tak pernah mencuri ikan walaupon ade kat depan mata.selagi pakcik tak bagi..dia xkan ambil..(peribahasa kucing kalau nampak ikan depan mata tak terpakai dalam konteks Tompok ini.Sekian terima kasih)

Tompok tak pernah berak dan kencing merata kat dalam rumah.

Tompok kenal bunyik motor pakcik..bunyi je motor pakcik dari jauh..terus berlari keluar rumah tunggu pakcik

Tompok hambat ayam2 daripada masuk ke dalam rumah pakcik..

Tompok sangat bertolak ansur dengan kucing parsi pakcik bernama Putih yang comel macam Lisa Surihani..Tompok tak pernah berebut makanan ngn Putih..kalau masing2 meluru kearah makanan..Tompok akan bagi peluang kepada Putih yang gebu dulu makan..kemudian bila Putih dah tak nak makan..baru Tompok pergi makan..

seminggu sebelum pakcik meninggal..Tompok duk bertenggek je atas motor pakcik (Tompok bukan mat rempit okay!)..time tu pakcik kat hospital..seminggu kat atas motor.Tompok bukan merempit..tapi Tompok tunggu pakcik…macam dia dah tahu2 pakcik nak pergi..

bila pakcik meninggal..
seminggu tompok langsung xjamah makanan..Tompok hampir mati..badannya jadik kurus kering..

bila sebulan dah pakcik pergi..baru Tompok boleh terima..Tompok mula makan dan jadik gemook balik..tapi setiap hari..tompok akan bertenggek kat atas gerai...termenung macam menunggu sesuatu..


100_2646
(dah 6 bulan pakcik pergi..tapi macamnilah setiap hari..bila malam baru Tompok masuk dlm rumah.)
Tompok mesti tunggu pakcik balik..
Tompak mesti tunggu pakcik manja2 kan dia
Tompok mesti rindu pakcik yang kutip die di jalanan..

sebab tu baru saya faham,,kenapa nabi sangat menyayangi kucing..kucing sebenarnya sangat suci hatinya..kadang2 air mata saya menitis tengok keadaan Tompok..bila balik kerja je..terus saya ke rumah pakcik main2 ngn Tompok..


100_2652
(Tompok..walaupun abah Tompok dah xde..kakak boleh je gantikan abah Tompok..kakak syg kat Tompok mcm abah Tompok sayang kat Tompok..)
saya seseorang yang sangat mencintai kucing seperti saya mencintai buah hati dan sahabat2 saya..…karena,bagi saya,,kucing itu dapat menghiburkan saya saat saya sedih..

lap ayaq mata jap sebelum nak sambung menulis..:(

ok.

saya pon ade kucing..kucing kite ni baby meow namanya..sebab dia masih kecik dan anak dara lagi.
100_2462
ni ha,.baby meow kite yang xsedar dek untung..perasan diva..kejenye asyik mengkedarah je..nak syampoo yang baunya sama ngn syampoo saya..nak pakai rantai yang ade kat leher saya..nak minum susu Duct lady sama ngn saya..giler demand..tp takpe..kakak syg baby mewo sangat2…..:)

credit kepada blog http://nurulbadiah.blogspot.com

Saturday, May 04, 2013

Antara Kelebihan mandi songsang
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN – (INSYAALLAH)!

1. Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
2. Mengembangkan salur darah otak – menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Melancarkan perjalanan darah.
6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
7. Meninggikan daya ingatan.
8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
9. Menjadikan `state mood’ yang tenang dan ceria.
10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11. Memiliki daya ketahanan mental.
12. Menambahkan semangat berani.
13. Menguatkan gigi dan gusi.
14. Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila diamalkan.

Friday, May 03, 2013

Loghat khas Negeri Terengganu-v2
Ular di Utara pendek saja = Ulaq
Ular di Kelantan panjang-panjang = Ulaaa
Ular di Teganu besar-besar = Ulorrr

Piyer-piyer (sape - sape) hok doh bertaong kat Tranu ni, kalu dok reti baser Tranu, memang teruk do'oh ahhh..........mari ah blajo baser Tranu.....ajor ke saing-saing.

1. beng ikang = van@lori yg bawa ikan
2. bholay = tidur
3. be’rong = lalat,nyamuk yg ramai berterbangan
4. buruk leppok = baru
5. busuk kohong = sangat busuk
6. busuk kohong = sangat busuk
7. ba bay = degil
8. bur*t = far*j
9. bewok = biawak
10. biru heran = biru lebam-lebam

11. buah semeta = manggis
12. bera = sedih nak menangis
13. baruh = sawah
14. baki = bekas utk meletak sesuatu benda
15. buah pe’lang = buah pauh (Kelantan), buah mempelam
16. buah setial = buah kecapi
17. buah tai = buah kelapa laut
18. berahi = suka
19. bekeng = garang/bengis
20. bojjeng = gunting rambut/menyikat rambut

21. bhiang = binatang mengawan
22. berambei = bergantungan
23. bicuk = benjol
24. culah = degil
25. cong = tipu/bohong
26. cekik = cubit
27. cetong = tin susu
28. cokeh = tuas
29. che = mak
30. ceroh nerang = sangat terang


Guano gamok,, ni la baser teganu yg dapat dikeluarkan.. Setiap negeri ada kelebihan loghat masing2, dan kami ore teganu banggo dgn semua ni,,

Thursday, May 02, 2013

Loghat khas Negeri Terengganu- v1
MARI BELAJOR BASER TEGANU




Ular di Utara pendek saja = Ulaq
Ular di Kelantan panjang-panjang = Ulaaa
Ular di Teganu besar-besar = Ulorrr

Piyer-piyer (sape - sape) hok doh bertaong kat Tranu ni, kalu dok reti baser Tranu, memang teruk do'oh ahhh..........mari ah blajo baser Tranu.....ajor ke saing-saing.

1. Guaner Gamok terrrr= Apa khabar
2. ape ke jadah = apa hal
3. ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya
4. atu = hantu
5. atur kecing = sssshhh ssshh!!! supaya bayi kencing
6. apah nyor. = hampas kelapa
7. anguh letong = sangat hangus
8. agah/beragah = org kecik jenis berani
9. air geh tujuh yu-pi = air 7UP(kole beghang)
10. air tuak = air nira
11. amok reng = malas nak tolong
12. air chor = air basuhan bertakung dari dapur
13. bata golek = boaster/bantal peluk
14. bronok = sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
15. bepang = sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
16. boloq woq = serabut
17. bak = ayah
18. bobok = gelembung udara dlm air
19. boyak = beritahu
20. bollo’k = penuh sesak
21. bahang = pukul kan
22. bapok gong = sangat besar
23. botok licing = botak licin (rambut)
24. beso jereguk = besar
25. beghak nanang = sangat berat
26. bluahh = comot
27. beratah = banyak
28. beliung = pepatung
29. bising bangor = sangat bising
30. beso jalor = sudah besar

Guano gamok,, ni la baser teganu yg dapat dikeluarkan.. Setiap negeri ada kelebihan loghat masing2, dan kami ore teganu banggo dgn semua ni,,


 

Wednesday, May 01, 2013

Pengalaman Gua Tempurung-Goping


Assalamualaikum wbt,, 

Di pengakhiran bulan april ini, banyak aktiviti dan pengalaman baru diperolehi, termasuklah menjelajah gua tempurung di goping negeri perak nun di utara disana..

Pengembaraan aku di gua tempurung bermula apabila aku meringankan kaki dengan  menceburkan diri dalam bidang outdoor bersama salah satu kelab kembara yang dikatakan agak Berjaya di tempat pengajian aku sewaktu ini..

Memang terbaik dan boleh dikatakan agak puas walaupun terpaksa melalui halangan tertentu untuk menjejakkan kaki ke gua tempurung. Disana (gua tempurung) kami memulakan aktiviti pemanasan badan dengan melakukan night walk selama 3 jam merentas paya sungai dan kebun yang berdekatan untuk  membuat persedian bagi memasuki dan menerokai gua tempurung pada keesokan harinya..

Fulamak,, keesokan harinya jam 9 pagi kami meneruskan misi dengan memulakan perjalanan memasuki pintu gua dan terus menyelongkar keindahan ciptaan didalamnya selama 5 jam dengan meredah air,, mengelungsur , dan mendaki..Yang tak dapat dilupakan bila terpaksa meniarap untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..

Cabaran yang terdapat di gua tempurung agak extreme untuk disimpulkan dan segalanya aku dapat lalui dengan hati yang puas,kerana hajat untuk menerokai  keindahan alam ini tercapai..
Sekian..

Monday, April 22, 2013

Nasi Bariani BP Patut Dimakan


Assalamualaikum wbt,,
Diantara waktu yang wajib kita menjamah makanan adalah ketika menjelang  tengahhari dan selepas zohor. Ketika ini perut memang akan berbunyi sekiranya waktu pagi tidak diisi dengan apa-apa makanan.Kalau bunyinya perut berbentuk nyanyian yang merdu bersiap sedialah  untuk makan dan pastikan makanan yang diambil tu diterima badan..

Panjang pulak aku intronya kali ini,, nak dipendekkan ceritanya kamiorang berlima plan busuk-busuk nak pergi makan nasi bariani paling sedap dekat Batu Pahat ini. Kebetulan waktu rancangnya hujan gerimis, Nampak sedih je langit, asyik menitiskan airnya yang mengandungi berbagai kandungan yg baik untuk bumi.. he

Tut,,tut,tut,, Restoran nasi beriani  aku jejaki untuk kali pertama,, dan woow,, reaksi yang positif bila aku melangkah masuk restorannya,, tak dijangka plak tempat makan semuanya dipenuhi, terpaksa aku menunggu dalam 5 mint gitu untuk mendapatkan satu meja yang selesa.. “naseb baik ada pelanggan yang da habis makan”. Kebetulan lagi masa aku sampai, keihatan ramai bikers yang singgah untuk merasai bariani BP ni,, walaupun kedudukan restoran yang agak terpencil disebabkan kawasan yang baru dibuka,, tidak ramailah yang memenuhi ruangan parking  sepanjang deretan kedai..

Bukan nak bercerita mengenai bikers tetapi bariani BP yg sedap ini,, Didalam restoran aku dapat merasai betapi menusuknya baru ayam bariani,, tak sabar da ketika ini nak marah,, tunggu  ada orang datang amik order je.........Seketika kemudian kamiorang dapat berita mngenai ayam bariani sudah habis dan yang available-nya  ayam merah dan kambing bariani. Disebabkan kedatangan nak merasai kami order-kan nasi bariani kambing untuk santapan tengah hari..






Nak simpulnya dan tak mahu bercerita panjang lebar,, Nasi bariani BP memang terbaik dan tak sia-sia dengan jumlah modal yang dikeluarkan.. yang diambil kira kepuasan..umphhhh,, sedap giler.. dan kos makan aku Nasi Bariani Kambing dan air limau suam berjumlah RM10++,, dan untuk satu meja seramai 5 orang berjumlah RM60++..

Saturday, January 05, 2013

Bahagia hanya pinjaman
Assalamualaikum,, hai blogger semua (kata sapa sambil angkat tangan),mood bahagia tak semua??alhamdulillah. semuanya baik kan..

Bahagia ini indah bila kita dapat mengekalkannya dalam jangka masa yang lama dan apatah lagi hari yang bahagi itu diisi dengan orang tersayang. tak kisah sama ada mak ayah atau kawan perempuan dan laki semuanya akan membawa seribu makna dan senyum yang tidak akan berkesudahan..

Tapi,alangkah pahit sekiranya bahagia yang tercipta itu diganti dengan derita, siksa rasanya hati,, pedih sampai tak terkata,, jiwa meronta mengharapkan semua ini akan berakhir secepatnya. itulah manusia dan aku juga manusia dan sedang merasai semua ini.



Tajuk/Lirik Lagu: Derita Merindu
Artis/Penyanyi: Ahli Fiqir
(Rap)
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa
(Rap)
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
(Ulang) (2x)
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
(Rap)
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
(Rap)
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Monday, December 31, 2012

4 blog pilihan 2012
Bagi penutup tahun 2012 yang bakal melabuhkan tirainya,, belogisam dengan berbangga hati nak review 6 blog pilihan di tahun 2012 yang serba mencabar ini. 6 blog  inilah yang menjadi titik tolak asal usul kenapa belogisam ingin menjadikan penulisan sebagai salah satu diary kehidupan belogisam. Banyak yang belogisam pelajari dan tak lepas juga dapatlah ilmu untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog dan usaha ini perlu diteruskan untuk menerokai lagi bidang yang begitu luas haha3, mari kita tengok siapakah blogger yang memainkan peranan penting dibelakang tabir belogisam.. jeng4

1. Cik Tom

Siapa tak kenal dengan blog Cik Tom ni?? cuba komen sikit,,Blog cik tom merupakan blog yang amat popular dengan program affiliatenya, setiap bulan pasti akan ada update mengenai side income yang dijana melalui blog. Cik Tom ni seorang yang peramah dan berbudi blogging, kalau tak percaya jengahla blog ciktom selalu.

Selain dari program affiliate yang diusahakan blog ini juga memberi kepuasan kepada pengunjungnya dengan tips-tips, tutorial blogspot dan wordpress dan juga resipi masakan.Pada siapa yang terasa nak belajar tutorial singgah sini dan nak belajar masak pun singgah sini,, tak rugi kata orang kalau belajar ni.

Blog Cik Tom antara permulaan dan dimana aku teringin nak memiliki sebuah blog yang bagus dan mempunyai pengunjung yang ramai..Blog Cik Tom

2. Ben Ashaari

Blog Ben Ashaari.Setiap blogger lama ataupun yang masih baru dalam dunia ni mesti kenal punya siapakah Ben Ashaari ni.. Tak kenal silap cakap la tu, betul tak??

Seorang ayah kepada anaknya Qhalif  yang comel gitu dan tentulah sudah mempunyai isteri,, beliau ni blogger yang paling terkenal dimana-mana,, semua orang pasti akan kenal la,, tak tahu aku nak cakap macam mana. korang sendiri pon tahu..Blognya juga simple dan mempunyai pelbagai jenis iklan berbayar yang semestinya aku tidak pernah merasai semua itu.

Dan yang paling penting entry yang dibawanya juga menarik dan tertarik,, setiap kali ben ashaari update pasti aku akan bacanya terutamanya kisah anaknya Qhalif.Blog Ben Ashaari

3. Lyysa Faizuren

Blog ni juga salah satu blog yang aku selalu terjah untuk mendapatkan tutorial dan tips-tips terkini..Sebelum aku mampu meletakkan widget dekat tepi side bar aku tu, dialah selalu yang aku rujuk,, tak pernah komen pun, hanya jadi silent reader, maklumla malu dengan tutor katakan.

Seorang blogger yang boleh dikatakan berjaya dan mempunyai jumlah follower yang tak dapat nak dibandingkan dengan aku ni. seorang yang peramah dan kalau aku perasanlah blog ini ada backlink dengan Ben Ashaari,,aku pun teringin nak ada backlink dengan blogger terkenal,, tapi apakan dayakan..

Di usia yang masih remaja beliau sudah menunjukkan bakatnya tersendiri di dalam dunia blog ini,dan apa yang dilakukannya senantiasa mendapat sokongan dari pelbagai pihak.. Blog Lyysa Faizuren

4. Blog Santai

Berbekalkan dengan isu semasa dan isu pelik blog ini sudah tentu menjadi perhentian belogisam untuk menghabiskan seciput masa untuk membaca bagi mendapatkan  maklumat tentang dunia pada masa kini..Pelbagai latar belakang isu dipaparkan bagi memberi maklumat secukupnya kepada pembaca yang rata-rata singgah dipelabuhannya.

Pemilik blog adalah seorang yang peramah yang bersopan dan senantiasa hadir dengan gaya baru didalam dunia blog..

Beliau sentiasa menjadi tongkat belakang bagi blog ini kerana tanpa blognya tidak mungkin belogisam memperolehi trafik yang boleh dikatakan baik bagi blogger baru seperti ini,, dan hampir separuh trafik adalah hasil sumbangan blog beliau..Blog Santai

Sejuta penghargaan kepada blogger diatas kerana memberi sedikit panduan dan titik tolak awal asal usul kewujuddan belogisam. Asalnya belog ini diwujudkan untuk mewujudkan satu diary bagi mengekalkan ingatan lama aku bersama pekerja sewaktu di Gua Musang lima bulan lepas..dan penghargaan juga kepada follower aku yang sudi bertapak dan singgah walaupun sekejap,,Insyaallah tahun hadapan akan ak buat review blog kepada blog yang bertuah.. teq



Buat duit mudah dengan kongsikan iklan _Says.com Kekurangan smart phone Play this game if you like karaoke Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Lawak sial yang jarang ditonton RM100k dengan cara yang mudah

Sunday, December 30, 2012

Bagaimana madu asli bertindak??
Tahukah anda madu mempunyai banyak khasiatnya untuk kesihatan  dan digalakkan minum sebelum memulakan aktiviti harian dan pernahkan anda  menguji madu yang selalu diguna adalah madu asli ??sedikit tip untuk mengenali madu asli.


Pertama: masukkan madu kedalam gelas dan masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan,sekiranya madu itu beku bermakna madu itu madu palsu.

Kedua: tuang madu ke dalam cangkir, dan diletakkan diatas meja, sekiranya banyak semut yang yang menyerubungi,maka madu itu madu palsu.

Ketiga: ajak madu anda ke rumah lalu ditunjukkan kepada isteri, sekiranya isteri marah besar, melemparkan piring, pecahkan pinggan mangkuk, memukul sana sini, bermakna madu tersebut adalah madu ASLI punya..

Sumber:adaptasi dari muka buku..

Buat duit mudah dengan kongsikan iklan _Says.com 60 % pelajar sukakan permainan Video Play this game if you like karaoke Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Perhatian kepada lepasan SPM dan STPM RM100k dengan cara yang mudah

Saturday, December 29, 2012

Perbezaan diantara telur ayam palsu dan asli
Telur ayam palsu? relevan ke??. Pada yang sukar nak mempercayainya percayalah,, memang ada dan aku pernah makannya, bukan sekali tapi dua kali.

Secara tak sengaja pembelian telur kali ini menemui sejumlah telur ayam palsu yang mengandungi banyak bahan kimia di pasaraya mini dekat tempat tinggal aku..arghhh, apa yang akan jadi ni, makan da,, siap berulang plak..??

Ketahuilah perbezaan telur ayam asli dan palsu:

1. Bau
Telur asli baunya lebih hanyir dan seakan bau daging tetapi telur tiruan baunya hanyalah bahan kimia dan tidak berbau hanyir.Bila digoreng yang asli baunya lebih wangi nak dibandingkan dengan tiruan..

2. Rasa
 Telur asli rasanya lebih sedap,wangi dan lemak, tetapi telur tiruan tiada rasa.

3. Bentuk dan saiz
Telur asli saiznya besar  dan mempunyai bentuk yang bujur,, tetapi yang tiruan bentuk bulat dan dapat dikesan melalui sentuhan dan penglihatan yang telti.

4. Warna
Telur asli mempunyai warna yang terang dan gelap, untuk telur putih warna lutsinar, tetapi telur tiruan warnanya seakan pudar dan apabila kita pecahkan putih telur dan kuning telur akan terus bercampur.


tiruan

asli
Kandungan telur tiruan:

>Kulit telur
Diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala

>kuning  dan putih telur
Menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Kesan:
Boleh menjejaskan kesihatan seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati.oh.no3..


Buat duit mudah dengan kongsikan iklan _Says.com
60 % pelajar sukakan permainan Video
Play this game if you like karaoke
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Perhatian kepada lepasan SPM dan STPM
RM100k dengan cara yang mudah