Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir
& silap mata. Malah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku. Kajian
sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah
terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang
dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan
rekahan pada bulan.
NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk
kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat
kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua.
Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya
mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah
diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Saksikan video ini sebentar....
http://youtu.be/SZbSotJbfUg
Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah S.A.W adalah kisah benar yang
dirakam dalam Quranul Karim iaitu dalam satu surah yang Allah namakan
sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan).
Allah berfirman:
"Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"
Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman
Nabi S.A.W. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin
'mencabar' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta
membelah bulan.
Ini adalah beberapa di antaranya:
Hadis
daripada Abdullah bin Mas'ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua
pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah
oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)
Hadis daripada Anas ra.:
Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan
kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw.
memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua
kali. (Shahih Muslim No.5013)
Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)
Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah
Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau
benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang
boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?
Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Mereka menjawab, "Cuba
belah bulan ..." Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah
agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad s.a.w agar
mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya
ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta
orang-orang musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah
menyihir kami!"
Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir,
memang benar boleh saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan
tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu
mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.
Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekah menanti
orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan
yang pertama dari perjalanan menuju Mekah, orang-orang musyrik pun
bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka
menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan
terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian
bersatu kembali ... "
Maka sebahagian mereka pun beriman, dan
sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah
menurunkan ayat-Nya: "Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah
terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka
pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang
terus-menerus ", dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu
mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ... (sampai akhir
surah Al-Qamar).
Peristiwa bulan terbelah ini memang benar
berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana
bertentangan dengan ilmu sains namun muzjizat Rasulullah tidak dapat
dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh
menghidupkan orang yang mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan
manusia.
Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh
penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh penduduk di seluruh semenanjung
Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan pernah melihat
bulan terbelah kemudian bercantum semula.
Sekiranya ada yang
mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab
juga mempertikaikannya walau mereka melihat dengan mata sendiri
peristiwa bulan terbelah itu.
Pengunjung-pengunjung bulan yang
terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat & Rusia, pernah
merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di
atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil
telah tersiar pada beberapa akhbar dunia & disiarkan dalam sebuah
majalah tempatan kita yang bernama al-Hunafa isu 2009/2010 di bawah
tajuk 'Splitting of the Moon' yang bermaksud bulan terbelah. Oleh kerana
telah disedari bahawa jika dibesar-besarkan cerita tersebut &
diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan
terbukitilah satu lagi bukti yang paling nyata & kuat.
Sumber: Ustaz Dr. Harun Din Al-Hafiz. sumber : fb
Belanjawan 2024: Apa Yang Orang Muda Dapat?
1 year ago
Bukti jelas..Dunia akhir zaman...
ReplyDelete