Isam Ismail: ARTIKEL
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Bagaimana madu asli bertindak??
Tahukah anda madu mempunyai banyak khasiatnya untuk kesihatan  dan digalakkan minum sebelum memulakan aktiviti harian dan pernahkan anda  menguji madu yang selalu diguna adalah madu asli ??sedikit tip untuk mengenali madu asli.


Pertama: masukkan madu kedalam gelas dan masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan,sekiranya madu itu beku bermakna madu itu madu palsu.

Kedua: tuang madu ke dalam cangkir, dan diletakkan diatas meja, sekiranya banyak semut yang yang menyerubungi,maka madu itu madu palsu.

Ketiga: ajak madu anda ke rumah lalu ditunjukkan kepada isteri, sekiranya isteri marah besar, melemparkan piring, pecahkan pinggan mangkuk, memukul sana sini, bermakna madu tersebut adalah madu ASLI punya..

Sumber:adaptasi dari muka buku..

Buat duit mudah dengan kongsikan iklan _Says.com 60 % pelajar sukakan permainan Video Play this game if you like karaoke Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Perhatian kepada lepasan SPM dan STPM RM100k dengan cara yang mudah

Saturday, December 29, 2012

Perbezaan diantara telur ayam palsu dan asli
Telur ayam palsu? relevan ke??. Pada yang sukar nak mempercayainya percayalah,, memang ada dan aku pernah makannya, bukan sekali tapi dua kali.

Secara tak sengaja pembelian telur kali ini menemui sejumlah telur ayam palsu yang mengandungi banyak bahan kimia di pasaraya mini dekat tempat tinggal aku..arghhh, apa yang akan jadi ni, makan da,, siap berulang plak..??

Ketahuilah perbezaan telur ayam asli dan palsu:

1. Bau
Telur asli baunya lebih hanyir dan seakan bau daging tetapi telur tiruan baunya hanyalah bahan kimia dan tidak berbau hanyir.Bila digoreng yang asli baunya lebih wangi nak dibandingkan dengan tiruan..

2. Rasa
 Telur asli rasanya lebih sedap,wangi dan lemak, tetapi telur tiruan tiada rasa.

3. Bentuk dan saiz
Telur asli saiznya besar  dan mempunyai bentuk yang bujur,, tetapi yang tiruan bentuk bulat dan dapat dikesan melalui sentuhan dan penglihatan yang telti.

4. Warna
Telur asli mempunyai warna yang terang dan gelap, untuk telur putih warna lutsinar, tetapi telur tiruan warnanya seakan pudar dan apabila kita pecahkan putih telur dan kuning telur akan terus bercampur.


tiruan

asli
Kandungan telur tiruan:

>Kulit telur
Diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala

>kuning  dan putih telur
Menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Kesan:
Boleh menjejaskan kesihatan seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati.oh.no3..


Buat duit mudah dengan kongsikan iklan _Says.com
60 % pelajar sukakan permainan Video
Play this game if you like karaoke
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Perhatian kepada lepasan SPM dan STPM
RM100k dengan cara yang mudah



Monday, December 24, 2012

Konvoi bantahan kata maaf
Sumber video dari Malaysia kini


Seramai 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi diMalaysia mengadakan bantahan  mengenai isu majalah tiga menyiarkan satu rancangan bartajuk pelesit jalanan. Difahamkan Pelesit jalanan yang disiarkan majalah tiga adalah lakonan  dan bukannya seperti apa yang dilaporkan ..

Hari ini pada 23 disember diadakan satu konvoi dari Datarn Merdeka ke Seri Pentas bagi mendapatkan kata maaf dari majalah tiga.

Konvoi ini bertujuan untuk membersihkan kembali nama penunggang motosikal berkuasa tinggi yang telah dilabelkan sebagai pelesit jalanan dalam rancangan majalah tiga baru-naru ini.

Saturday, December 22, 2012

Datuk Bandar Wanita Pertama di Malaysia

Datin Paduka Alinah Ahmad dilantik Datuk Bandar Petaling Jaya yang baru berkuatkuasa 1 Januari depan.

Pelantikan Alinah, yang merupakan bekas ketua pengarah eksekutif Lembaga Perumahan Selangor, diumum oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menggantikan Datuk Roslan Sakiman.


 
Kawasaki Ninja 250R milik PDRM
Kawasaki Ninja 250R 2013 PDRM1 Kawasaki Ninja 250R 2013 milik PDRM lengkap dengan perkakasan untuk menjalankan tugas

Gambar dari motomalaya

Terbaru jentera Kawasaki Ninja  milik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilengkapi perkakasan lengkap untuk menjalankan tugas.

Biarkan apa yang orang kata,, semoga PDRM mampu membanteras gejala sosial dijalan raya dan disamping itu kadar jenayah dapat diturunkan dari semasa ke semasa..

Buat duit mudah dengan kongsikan iklan _Says.com Kekurangan smart phone Play this game if you like karaoke Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Lawak sial yang jarang ditonton RM100k dengan cara yang mudah

Friday, December 21, 2012

Pantai Timur : Amaran Banjir
Mengikut keadaan hujan pada masa sekarang, penduduk diempat negeri (Terengganu, Kelantan, Pahang, dan sebahagian kawasan rendah negeri Sabah) diminta berwaspada dan bersedia mengahadapi sebarang kemungkinan banjir yang bermula pada dua bulan lepas sehinggalah bulan mac tahun hadapan.

Jabatan metereologi  Malaysia telah mengeluarkan kenyataan pada rabu lalu bahawa hujan lebat peringkat kuning akan berlaku dan  ini boleh membawa risiko banjir di negeri-negeri berkenaan.

Dikelantan, kawasan yang akan berlakunya banjir adalah daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Putih dan Machang manakala di Terengganu meliputi daerah Besut, Setiu (tempat asal aku), Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.  

Buat duit mudah dengan kongsikan iklan _Says.com Kekurangan smart phone Play this game if you like karaoke Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Lawak sial yang jarang ditonton RM100k dengan cara yang mudah

Manakala di kawasan sabah pula melibatkan  Kudat, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.


p/s belogisam : Pastikan keselamatan diutamakan semasa menghadapai banjir,, patuhi arahan jabatan yang berkenaan dan selamatkan segala dokumen penting yang ada...jangan biarkan anak anda bermain banjir tanpa pengawasan (bukan tak boleh main, belogisam pun selalu main banjir)

sungai kg buloh (Setiu)