Kesalahan masih boleh Dibaiki - Isam Ismail

Thursday, May 23, 2013

Kesalahan masih boleh Dibaiki

Assalamualaikum wbt..

Siapa kata kesalahan yang dilakukan tidak boleh dibaiki atau diperbetulkan kembali..Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.. Haa, apa maksudnya ini?? bila kita terlajak perahu boleh diundur balik dengan mendayungnya kearah bertentangan atau cara paling mudah berhenti je tepi sungai tu,, tetapi terlajak kata boleh diundurkan dengan kata maaf..Bermaaf maafanlah kita sesama manusia kerana itu cara yang terbaik untuk menenangkan fikiran.

Beberapa minggu yang lepas aku ada menulis entri yang berkaitan kesalahan mandatori:no turning back. Memang pemikiran aku ketika itu tidak berkaitan langsung dengan  jalan penyelesaina keatas apa yang aku lakukan, nak-nak bila berkaitan dengan isu kewangan plak.. mana boleh kita berpatah kebelakang apabila sesuatu yang kita buat itu telah mendapat tentangan dan betul-betul salah disisi undang-undang,, memang no turning back-lah kan??

Tapi ada caranya untuk kembali ke lumrah hidup yang asal,, iaitu ulang balik apa yang kita lakukan salah pada ketika itu dengan usaha dan harapan yang baru,, Disini mungkin anda adalah insan yang bertuah untuk membuka jalan pulang diatas kesalahan yang dilakukan itu..

Nak diceritakan isu pada kali ini adalah,, aku sudah mendapat dan mampu memegang lesen P kereta, bersyukur yang teramat pada rabu 22/5 aku telah lulus ujian jalan raya oleh encik jpj yang sporting katanya.. Walaupun sewaktu dulu aku membuat kesalahan mandatori terlupa nak bagi isyarat dengan betul,, tetapi dengan usaha dan harapan yang baru aku cuba yang sebaiknya untuk kali ini,, dan ternyata harapan itu adalah harapan yang aku iginkan selama ini..

Hahaha,, lepas ini yakin sikit aku nak meredah jalan raya,, takder rasa risau dengan encik yang berpakaian seragam..

btw,, belogisam is blogmimpisemalam. same admin different address..




No comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012