2014 JOHOR dan aku Bercuti di Hari Jumaat - Isam Ismail

Friday, January 03, 2014

2014 JOHOR dan aku Bercuti di Hari Jumaat

Assalamualaikum wbt...

Selamat tinggal 2013 yang memberikan 1001 kenangan terhadap perjalanan kehidupanku.. Kisah 2013 berakhir disini,  hari ini dan seterusnya aku akan bawa kehidupan dengan menggunakan angka 2014..

Pada tahun ini kita akan digemparkan dengan pelbagai perubahan dan kenaikan termasuklah perubahan yang dibuat sultan Johor mengenai cuti umum.

Pada tahun ini   (2014)  Johor telah mengikut jejak langkah  Terengganu, Kelantan dan Kedah bercuti pada hari jumaat dan sabtu.Maknanya cuti umum akan berlangsung pada jumaat dan sabtu tidak lagi seperti dulu pada hari sabtu dan ahad...

Dan hari ini merupakan hari pertama aku bertapak di bumi Johor yang memberikan jumaat dan sabtu sebagai cuti umum,, Terasa lagi kenangan 4 tahun dulu sewaktu masih bersekolah bagaimana perasaan cuti pada hari Jumaat dan sabtu.. "I feel it like im at home", haha

Kepada mereka yang kurang selesa dengan cuti umum Jumaat dan Sabtu ,, Nikmatilah hari yang penuh berkat dan rahmat ini dengan amalan yang baik..

Lebih kurang sama je cuti Jumaat mahupun Ahad,,mana-mana ada kelebihan dan kekurangan dan kelebihan cuti umum pada hari Jumaat adalah lebih kepada kaum lelaki supaya mereka senang untuk menunaikan  solat Jumaat, mendengar, menghayati kutbah yang disampaikan imam.

Takder la sampai kaum adam ni nak terkejar-kejar selepas solat dan sering menganguk semasa kutbah.

Sekian....




1 comment:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012