Cuba Mengenali Kuala Lumpur - Isam Ismail

Friday, April 25, 2014

Cuba Mengenali Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt..

Dalam orang berkata, "cubalah kamu pergi KL(Kuala Lumpur) intai-intai peluang sekiranya ada,, banyak lubuk rezeki kalau kamu pandai disana".. antara percakapan yang sering kali aku dengar mengenai KL.

Haaahaa, untuk kali ini aku sendiri yang menyahut kata-kata mereka untuk mengenali KL, tapi bukan untuk mencari rezeki, hanya sekadar singgah dan memahami budaya orang KL yang sering dikatakan berjaya..

Dalam pengamatan diri aku, KL bukanlah satu tempat yang boleh menjamin untuk aku hidup bebas dari segalanya, kerana KL adalah satu cabaran.

Abaikan fakta dan auta itu,, sebenarnya aku menulis ini adalah untuk kisah aku semasa cuti semester yang lepas. Pelbagai tempat dan pengalaman yang baru aku perolehi untuk tatapan memori aku,, so dia bermula dengan??.

Sesat
Merasai pengalaman pahit apabila sesat mencari jalan pulang di CittaMall Ara Damansara.. Nak dijadikan cerita anak sedara aku ni teringin nak tengok wayang, katanya ada cerita baru, jadi dengan rasa tanggungjawab sengaja aku bawa anak sedara aku jejalan kawasan kota Damansara dan seterusnya menuju ke Citta Mall. Dengan pemikiran positif yang dimilikinya (gps ada, senang nak jari jalan), aku terikut untuk turut sama menonton wayang sehingga jam sepuluh malam.

Dalam minda yang separuh sedar dan bimbang dengan suasana malam, GPS bukan lagi satu alat yang sesuai kerana kami terlalu lewat untuk memahami laluan yang disediakan, Jadi tanpa perasaan segan silu bermulalah episod soal jawab dengan pengunjung CittaMall yang comel dan cute..

Dipermulaan kami melihat akan kecantikannya tetapi apabila dia mula menyusun kata dan membuka suara untuk berkata-kata aku terkejut dan seolah menyesal bertanyanya, tetapi  harapan untuk tiba ke rumah dengan cara yang pantas lebih mendesak kami dan terpaksa kami akur degan meneruskan soalan demi soalan sambil bertemankan perasaan geli hati dan menyesal..huarhahah.

Akibatnya aku telah diperdayakan oleh kecantikan yang palsu, kerana wanita yang aku tanya adalah seorang lelaki (pondan),, huarghaha. Dalam perjalanan kami gelak sakan sehinggakan  tidak sedarkan diri dan tidak mengetahui yang kami telah selamat tiba ke ke rumah pada jam sebelas malam (lebih kurang).

Ditahan Pegawai
Aku tidak tahu apa kesalahan yang aku lakukan. Adakah aku ini seorang mencurigakan dan memiliki personaliti penjenayah yang dikehendaki?.. One day, aku plan untuk ke Port Klang dengan menaiki KTM, tujuannya adalah untuk mengenali Port Klang dan mengetahui cara untuk kesana.

Dalam pejalanan aku merasakan seolah ada yang tidak kena, semua penumpang KTM memandang aku dengan tidak seberapa, setahu aku pemakaian on that day kemas je, rambut disikat rapi, diletak minyak, tapi misai tidak dipotong pada hari kejadian....haha

Tiba sahaja di Pelabuhan Klang, (stesen terakhir KTM) dari Batu Caves seorang pegawai memanggil aku memasuki bilik dan menyoal aku seolah aku membuat kesalahan. tetapi dengan penerangan yang jelas dan padat dari aku pegawai itu sendiri terpaksa menggaru kepalanya, tandanya bersalah dan blur. haha. Tetapi yang peliknya staff yang menyoal aku tidak mempunyai rambut, bagaimana rasa gatal boleh dirasainya.??

Peremba Square
Peremba square ni letakknya tidak jauh dari Citta Mall yang pernah aku sesat sebelum ini dan kedatangan aku ke Peremba Square adalah bertujuan untuk melakukan tugasan untuk projek tahun akhir aku bersama syarikat MMC dan meeting bersama pihak atasan dilakukan disini.

Susah betul nak cari destinasi untuk ditujui apabila berada di kawasan ini, mana tidaknya setiap pergerakan memerlukan GPS dan tersilap sikit habis duit bayar tol dan minyak,, huarghhaa,, Nasib baik aku tidak tersilap tempat.

Pada malam sebelum aku pergi Peremba Square, aku ada google satu tempat dan alamat yang aku taip hanyalah MMC dan direction daripada google jaraknya bukan main jauh, melencong ke Shah Alam berdekatan kawasan perindustrian Hicom. Kalau lah aku follow direction ini dan tak buat double chek sebelum aku bertolak, mampuis duit minyak dan masa nak patah balik.

Kesimpulan yang aku perolehi dari semua ini, adalah kita memerlukan persiapan yang rapi apabila berada di kawasan orang, mana mungkin kejadian yang tidak diingini akan berlaku, jadi perkataan berhati-hati adalah kaedah utama apabila kita memulakan perjalanan, mahupun seorang diri atau secara berkumpulan. Yang akan datang tidak kita ketahui.

Starting point to Port Klang

Sejenak Di KLCC selepas Peremba quare



2 comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012