Istiqarah dan berserah ,Mungkin ada yang Lebih Berhak - Isam Ismail

Friday, April 04, 2014

Istiqarah dan berserah ,Mungkin ada yang Lebih Berhak

Assalamualaikum wbt....

Rasulullah SAW bersabda: "Di antara kebahagian anak Adam ialah solat istikarah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan diantaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat istikarah daripada Allah pada segala urusannya."

Sebelum terpancarnya sinar kegembiraan dan cahaya dalam senyuman aku pada ketika ini, ada satu perkara yang telah aku laksanakan iaitu istiqarah untuk membuat pilihan yang terbaik.Diceritakan sebelum ini aku hanyalah insan yang dilukai dan melukai serta berusaha untuk memilih apakah yang terbaik untuk dua persimpangan yang aku sedang alami.

Syukur dan aku yakin dengan pilihan yang aku lakukan pada ketika ini setelah hampir enam bulan bergelut dengan perasaan sendiri untuk memilih si dia sebagai teman hidup ataupun mencari pengganti. Dan ku akui setelah berhari melaksanakan istiqarah untuk mencari jalan yang betul, aku telah didatangi dengan berbagai halangan.

Halangan itulah yang menjadi pemangkin dalam jiwa aku bahawa mungkin ada yang lebih berhak untuk si dia dan mungkin itu petunjuk kepada diriku. Pada saat itu aku sudah berhenti berlari untuk mendapatkan hatinya lagi. Tiada harapan dan tiada kerinduan, semua aku buang untuk kepentingan bersama dan kebahagiannya.

Tinggi walau macam mana pown harapan dan keinginan, seandainya takdir sudah ditentukan, tiada apa yang mampu merubahnya kecuali doa. Jadi sekarang aku melalui kehidupan dengan perasaan bebas cinta kepada manusia dan sesungguhnya buat masa ini aku mencari cinta yang hakiki kerana ku akui cinta ini hanyalah perosak hati dan semakin lama ianya akan merebak seandainya ia tidak dijaga dengan batas agama.

Lega hati mencari yang hakiki walaupun ku akui aku bukannya memiliki banyak pengetahuan tetapi aku mencuba apa yang aku mampu..

Wassalam..Dengarlah istiqarah ciinta




4 comments:

  1. Hmm..ada hikmah tu Belogisam.In Shaa Allah ada yang lebih baik menanti. Chill k!!!

    ReplyDelete
  2. Ada hikmah di sebalik perkara itu semua Isam. Hikmah bukan sekarang tapi di akan datang dan rahsianya milik Allah. Tabahkan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,, sentiasa menunggu masanya utk tiba...:).. tq

      Delete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012