Sehubungan itu, katanya, beliau menolak dakwaan pembabitannya untuk mencari publisiti sekali gus mempopularkan dirinya.
Farid Kamil berkata, pembabitannya dalam PVR akan menjadi contoh kepada golongan belia untuk bekerjasama dengan pihak keselamatan, tidak lagi meletakkan tanggungjawab mencegah jenayah di bahu polis semata-mata.
Adakah berdasarkan kepada jumlah polis seramai itu, keamanan negara dapat terjamin? Jadi, saya rasa dengan menyertai PVR ini, kita dapat bersama-sama membantu polis menangani masalah jenayah dan menjaga keamanan negara, " katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi temu duga di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini.
Farid Kamil berkata, beliau akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan.
Katanya, sebelum ini beliau mengetahui mengenai PVR ketika bekerjasama dengan polis bagi menjayakan filem terbaru arahannya, PER3. Dalam filem itu, watak Farid disebut sebagai Bapak Segala Gangster.
Sejak itu, saya mula mempunyai ramai kenalan dari kalangan anggota polis yang turut mencadangkan saya untuk menyertai PVR. Selepas itu, minat itu timbul sedikit demi sedikit.
Selain itu, kata-kata seorang anggota polis bahawa saya harus menjadi contoh kepada belia yang lain membuatkan saya lebih bersemangat.
Saya berharap tidak dikecualikan untuk menjalani sesi latihan selama seminggu kerana saya sendiri akan cuba menyusun jadual harian sebaik mungkin bagi memastikan saya dapat menghadiri sesi latihan, " katanya.
Sehubungan itu, katanya, belia tidak seharusnya menjadikan alasan bayaran elaun RM6 sejam untuk menjauhi pasukan sukarela itu.
No comments:
Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012