Friday, 30 November 2012

Aneh: Terowong 100km di Palekbang

Semenjak 28 nov dikhabarkan bahawa seorang kontraktor telah menjumpai satu lubang dipercayai terowong ketika memasang tiang di palekbang kelantan.
 

Pintu masuk terowong yang dijumpai oleh kontraktor tersebut.


Namun buat masa ini, pihak Bomba Malaysia menyedut keluar air didalam terowong tersebut kerana pihak arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian saja daripada laluan terowong ini ekoran ditenggelami air.

Terowong ini dikatakan bersambung sehingga ke Tak Bai, Thailand sehingga Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas. Jika dilihat, struktur konkrit yang digunakan di terowong in kemungkinan digunakan oleh tentera Jepun ketika menyerang Tanah Melayu suatu ketika dulu. Kemungkinan besar terowong ini adalah terowong purba, tentera Jepun hanya menggunakan terowong ini. Panjang terowong ini dikatakan hampir 100KM.
 
Sekiranya betul penemuan ini adalah terowong yang digunakan oleh tentera jepun, maka kelantan kini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname