Angan2 aku nak macam ni dapat tak?? - Isam Ismail

Saturday, November 03, 2012

Angan2 aku nak macam ni dapat tak??


Chong wei ditaja RM25ooo

Boleh dikatakan ketika ini, ada ahli sukan tempatan yang lebih popular daripada selebriti kita.Malah, mereka juga mendapat habuan, penajaan dan pengiktirafan yang bermacam-macam selepas berjaya bertungkus-lumus menaikkan nama negara.

Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei. Malah, perkahwinannya yang bakal dilangsungkan pada 9 dan 10 November ini juga turut menarik perhatian Lord Taylor's. Terkenal dengan kemahiran dan berkepakaran tinggi dalam penghasilan sut buat lelaki, Lord's Taylor telah mengambil peluang untuk menaja pemain nombor satu dunia dengan menghasilkan 5 persalinan sut yang bernilai RM 25,000 .

Sepertimana yang dilaporkan Harian Metro hari ini, jaguh badminton negara ini baru sahaja melalui proses fitting ke atas semua sut-sut tersebut. Proses fitting tersebut telah dilakukan di butik Lord's Tailor yang terletak di Kompleks Membeli Belah Bangsar semalam. Lord's Tailor menyuarakan hasrat untuk menaja persalinan hari bahagia Chong Wei selepas jaguh tersebut memuji dan selesa menyarungkan sut hasilan butik itu.

3 comments:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012