Assalamualaikum warga blogger dan semua kenkawan yang disayang...Petang yang indah dengan sisa baki hujan yang masih menitis di muka bumi ini. Segarnya udara tak dapat nak gambarkan bila hujan menitis dicelahan pohon-pohon kayu..
Pernah merasa betapa pentingnya angka satu dalam kehidupan ini??. Walaupun ianya kecil tapi amat berharga untuk dinilai. Tak semua perkara yang kita lakukan akan mendapat kesempurnaan sekiranya angka seperti ini tidak dinilai dengan betul..
Wah.. Nak melencong jauh sudah ni. Dipendekkan cerita hari ini masanya untuk aku buat test komputer untuk teruskan sisa baki aku untuk mendapatkan lesen B2 dan D. gitu ceritanya..
Sebelum aku pergi test kekalutan melanda diri aku, maklumla bangun lewat terkejar-kejar pula nak menyiapkan diri dengan sempurna.. Baca buku peraturan pun tidak lagi.. Dengan tergesa sampaila aku di komuniti test, namanya : KOMMS PARIT RAJA, gitu namanya..
dipendekkan..
Selesai je aku klik butang check soalan aku yang jawab sebentar takdi................... "fuh lega tamat suda ujian komputer" mak ai," anda GAGAL" jumlah markah yang betul 41/50 , jumlah markah LULUS 42/50.. oh no SATU!!!!! satu je lagi tu kan.. besar telinga rasanya besar biji mata bila tengok satu saja lagi..
Dengan pasrah pergila cetak keputasan, siap gelak lagi akak yang jaga,, sebabnya sebelum masuk test ada buat lawak bodoh dengannya.. satu je lagi tu,,s atu je..akak pun tak boleh tolong..
Untuk menjimatkan masa aku, terus aku booking masa untuk retest, dan petang itu juga retest dibuat, hasilnya jumlah markah yang diperolehi 47/50. ni hasil study sikit. ALhamdulillah tak kena retest kali ketiga.
Jadi,, sekarang baru aku tahu betapa besarnya nilai angka satu ni,, besarnya kuasa selepas angka kosong dan sebelum dua.. untuk semua jangan pandang remeh dengan perkara yang kecil seperti ini..
Wassalam..
Belanjawan 2024: Apa Yang Orang Muda Dapat?
1 year ago
No comments:
Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012