Gadis dinoda rakan sekerja
GOMBAK: Seorang wanita membuat laporan polis selepas anak gadisnya mendakwa menjadi mangsa tindakan rakus rakan sekerja yang merogolnya di tempat kerja.Difahamkan, gadis yang berusia 19 tahun itu mendakwa diperkosa tiga lelaki dipercayai warga asing di tempat kerjanya di pasar raya di Selayang, bulan lalu.
Ibu mangsa yang terkejut mendengar pengakuan anak perempuannya itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.
Sumber berkata, mangsa mendakwa diperkosa tiga lelaki yang juga rakan sekerjanya itu secara bergilir-gilir ketika mereka bekerja di pasar raya berkenaan. “Mangsa mendakwa dibawa ketiga-tiga lelaki terbabit ke sebuah bilik sebelum diperkosa. Kejadian itu dipercayai berlaku dua kali pada bulan lalu.
“Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan trauma dan takut ke tempat kerjanya. Mangsa memberitahu ibunya dia mahu berhenti kerja,” katanya.
Menurut sumber, si ibu yang hairan dengan permintaan anaknya itu bertanyakan mengenai sebab mahu berhenti kerja sebelum anaknya menceritakan apa yang berlaku.
Difahamkan, seorang suspek ditahan reman dan dua lagi suspek dikatakan melarikan diri. Polis giat memburu mereka bagi membantu siasatan kes itu.
No comments:
Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012