Banjir (Part 1)
Suasana banjir adalah penantian bagi insan yang dipanggil
dengan panggilan kanak-kanak. Saat yang dinantikan dengan penuh
kegembiraan apabila menantikan air
melimpahi jalan raya dan menenggelamkan lutut mereka..Pastinya disaat ini kanak-kanaklah
yang melompat dengan hilai tawanya dan ibu bapa jugalah yang senantiasa risau
akan keselamatan.
Risau didada tetapi tetap mengizinkan anaknya bermain air
kerana mereka tahu anak-anak memerlukan pengalaman.
Ini adalah pengalaman aku melalui waktu banjir di kampung,,
bagi aku banjir sudah menjadi lumrah dan acara tahunan untuk aku meraikannya
dengan aktiviti rakit batang pisang, menjala ikan dan semestinya mandi banjir
menjadi satu acara wajib katakan. He3,,
Penantian akan bermula disaat hujan tidak berhenti selama
dua hari dan hari seterusnya persiapan dengan rakit batang pisang dan jala akan
disediakan dengan kadar segera bagi merasai sepenuhnya air banjir yang
melimpahi halaman rumah,, seronok kot, tak tergambar dengan perasaan. Ada
sesiapa pernah merasai tak dengan semua ini masa kecil-kecil dulu??..
Bila usia dan umur semakin meningkat, banjir yang melimpah
hanya mampu dilihat dan ingatan akan kembali dengan telatah adik dan anak kecil
yang riang gembira memecahkan ketengan air.Nak main sekali tak masuk akal plak
sebabnya malu dengan sifat yang sudah remaja..
La bia betul ni Belogisam..banjir dah jadi macam pesta ya..hmm best jugak tu..nway kalau arus deras , bahaya...kalau hujan biasa OK..teringat main air hujan masa kecil-kecil best sangat...
ReplyDeleteaa, setiap tahun masa kecik dulu, pesta dengan adik beradik je main3 air,tapi kamiorang x pergi jauh3
ReplyDelete