Banjir - Isam Ismail

Friday, December 28, 2012

Banjir



Banjir (Part 1)

Suasana banjir adalah penantian bagi insan yang dipanggil dengan panggilan kanak-kanak. Saat yang dinantikan dengan penuh kegembiraan  apabila menantikan air melimpahi jalan raya dan menenggelamkan lutut mereka..Pastinya disaat ini kanak-kanaklah yang melompat dengan hilai tawanya dan ibu bapa jugalah yang senantiasa risau akan keselamatan. 

Risau didada tetapi tetap mengizinkan anaknya bermain air kerana mereka tahu anak-anak memerlukan pengalaman.

Ini adalah pengalaman aku melalui waktu banjir di kampung,, bagi aku banjir sudah menjadi lumrah dan acara tahunan untuk aku meraikannya dengan aktiviti rakit batang pisang, menjala ikan dan semestinya mandi banjir menjadi satu acara wajib katakan. He3,,  




Penantian akan bermula disaat hujan tidak berhenti selama dua hari dan hari seterusnya persiapan dengan rakit batang pisang dan jala akan disediakan dengan kadar segera bagi merasai sepenuhnya air banjir yang melimpahi halaman rumah,, seronok kot, tak tergambar dengan perasaan. Ada sesiapa pernah merasai tak dengan semua ini masa kecil-kecil dulu??..

Bila usia dan umur semakin meningkat, banjir yang melimpah hanya mampu dilihat dan ingatan akan kembali dengan telatah adik dan anak kecil yang riang gembira memecahkan ketengan air.Nak main sekali tak masuk akal plak sebabnya malu dengan sifat yang sudah remaja..

 

2 comments:

  1. La bia betul ni Belogisam..banjir dah jadi macam pesta ya..hmm best jugak tu..nway kalau arus deras , bahaya...kalau hujan biasa OK..teringat main air hujan masa kecil-kecil best sangat...

    ReplyDelete
  2. aa, setiap tahun masa kecik dulu, pesta dengan adik beradik je main3 air,tapi kamiorang x pergi jauh3

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012