STPM sudah SPM bila lagi??? - Isam Ismail

Monday, March 18, 2013

STPM sudah SPM bila lagi???

Assalamualaikum wbt..

Tahniah diucapkan kepada calon stpm 2013 kerana telah berjaya mendapat keputusan pada hari ini tanggal 18 mar 2013.Calon spm bila pulak yer?? dengar kata hari rabu ini keluarnya. Apapun yang calon dapat untuk keputusan kali ini moga masa depan dapat dirancang dengan sebaiknya dan tiada sedikit pun lubang kekurangan yang dibuat..

Khabarnya ramai jugalah calon stpm kita yang lulus untuk tahun ini dan yang gagalnya tidak  tahu berapa jumlahnya.. Apapun yang calon dapat adalah hasil atau ganjaran dari usaha dan penat lelah yang calon korbankan selama ini, dan yang tidak mencapai target tu janganlah bersedih,, tak semua yang dirancang  itu sempurna semuanya..

Walaubagaimanapun, aku  mempunyai sorang adik yang sedang menunggu keputusan spm untuk hari rabu ini,, puas aku nasihat untuk masa depan dia tapi orangnya buat tak tahu jer ,aku dah suruh buat itu ini tapi nak buat macam mana kepala pun sudah pandai berfikir,, tak hairanlah kalau dia nak buat keputusan sendiri, janji tugas aku mensihati sudah aku lakukannya untuk kebaikan dia juga.

Untuk calon peneman hati ku dikala aku kerinduan, orangnya telah mengambil keputusan stpm pada sebelah pagi tadi dan keputusan yang diperolehinya amat membanggakan,,dan aku harap apa yang orangnya fikir akan dipenuhilah untuk satu masa nanti.. katanya nak jadi ustazah.hheee

Kejayaan tidak terletak pada sekeping kertas atau slip mahupun sijil,, tapi kejayaan sebenar bakal dinikmati bila kita memahami apa itu erti kehidupan.WASSALAM

2 comments:

  1. Salam,
    Semoga esok membawa berita gembira buat adik anda...dan tahniah buat sidia, jgn tunggu lama2 :)

    ReplyDelete
  2. Congrates to sdik-adik yang dah berjaya..yang tak berjaya jgn sedih k..mesti ada rezeki lain menanti..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012