Monday, 22 April 2013

Nasi Bariani BP Patut Dimakan



Assalamualaikum wbt,,
Diantara waktu yang wajib kita menjamah makanan adalah ketika menjelang  tengahhari dan selepas zohor. Ketika ini perut memang akan berbunyi sekiranya waktu pagi tidak diisi dengan apa-apa makanan.Kalau bunyinya perut berbentuk nyanyian yang merdu bersiap sedialah  untuk makan dan pastikan makanan yang diambil tu diterima badan..

Panjang pulak aku intronya kali ini,, nak dipendekkan ceritanya kamiorang berlima plan busuk-busuk nak pergi makan nasi bariani paling sedap dekat Batu Pahat ini. Kebetulan waktu rancangnya hujan gerimis, Nampak sedih je langit, asyik menitiskan airnya yang mengandungi berbagai kandungan yg baik untuk bumi.. he

Tut,,tut,tut,, Restoran nasi beriani  aku jejaki untuk kali pertama,, dan woow,, reaksi yang positif bila aku melangkah masuk restorannya,, tak dijangka plak tempat makan semuanya dipenuhi, terpaksa aku menunggu dalam 5 mint gitu untuk mendapatkan satu meja yang selesa.. “naseb baik ada pelanggan yang da habis makan”. Kebetulan lagi masa aku sampai, keihatan ramai bikers yang singgah untuk merasai bariani BP ni,, walaupun kedudukan restoran yang agak terpencil disebabkan kawasan yang baru dibuka,, tidak ramailah yang memenuhi ruangan parking  sepanjang deretan kedai..

Bukan nak bercerita mengenai bikers tetapi bariani BP yg sedap ini,, Didalam restoran aku dapat merasai betapi menusuknya baru ayam bariani,, tak sabar da ketika ini nak marah,, tunggu  ada orang datang amik order je.........Seketika kemudian kamiorang dapat berita mngenai ayam bariani sudah habis dan yang available-nya  ayam merah dan kambing bariani. Disebabkan kedatangan nak merasai kami order-kan nasi bariani kambing untuk santapan tengah hari..






Nak simpulnya dan tak mahu bercerita panjang lebar,, Nasi bariani BP memang terbaik dan tak sia-sia dengan jumlah modal yang dikeluarkan.. yang diambil kira kepuasan..umphhhh,, sedap giler.. dan kos makan aku Nasi Bariani Kambing dan air limau suam berjumlah RM10++,, dan untuk satu meja seramai 5 orang berjumlah RM60++..

2 comments:

  1. nk p try la nnti... thank 4 da info =)

    ReplyDelete
  2. Nasi beriani muar memang best...rempah dia first class...and makan pun tak rasa muak...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname