Luahan peserta Maraton Boston yang terselamat - Isam Ismail

Friday, April 19, 2013

Luahan peserta Maraton Boston yang terselamat


Kuala Lumpur: “Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana terselamat dari insiden yang hampir meragut nyawa saya,” ujar Lim Kian Huat, 57, seorang daripada ribuan peserta Maraton Boston, Amerika Syarikat yang terselamat dalam kejadian letupan bom, Isnin lalu.


Menceritakan detik mencemaskan itu, Lim berkata beliau hanya berada kira-kira satu kilometer dari tempat insiden letupan yang mengorbankan tiga nyawa pada pertandingan larian Maraton Boston di Massachusetts.
“Ketika kejadian saya melihat suasana tiba-tiba menjadi kelam kabut, orang ramai berlari menyelamatkan diri masing-masing.


“Saya bernasib baik kerana berjaya menamatkan larian lebih awal sebelum kejadian berlaku dan ketika letupan saya berada di dalam tren untuk kembali ke hotel yang terletak lima kilometer dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui BH di Saujana Resort, Subang, semalam.

sumber BH


1 comment:

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012