Wednesday, 17 April 2013

Teman Pengganti - Bukan lagu

Assalamualaikum wbt,,

Seronok rasanya dapat mencari teman pengganti ni, dikala sunyi bolehla bergurau dengannya walaupun bukan selalu, tapi kehadirannya amat bermakna. Masuk je waktu makan tengahhari kira-kira jam 12 gitu adalah si dia bertenggek depan pintu bilik hostel ini menunggu aku bungkuskan makanan dan makan bersama, haha, sangat sweet kalau dapat diperhatikannya..

Dengan kandungan dia yang aku tidak dapat dipasttikan berapa bulan  tersentuh rasa kesian dihati untuk menjaga dengan kasih sayang,,tiap hari si dia akan datang bertenggek di kaki  meminta makanan paling kurang tawaf dulu 3 kali,, jadi dengan sebab kesian yang teramatlah aku amik dia sebagai teman pengganti dikala makanan yang aku makan tidak kehabisan, sekurangnnya adala yang akan menyambung aku makan dan tidak membazir mana sumber aku..

Dan sekarang, Dia makin montel dengan pemberian nafkah whiskas yang aku dapatnya dari pasaraya mega berdekatan dengan kediaman aku..Si dia yangg merujuk kepada kucing yang aku baru jumpai berdekatan kediaman ini amat sweet perwatakannya,, pandai amik hati katakan,, dan manja pun ada, tapi penakut.....

Takutnya si kucing ni pada manusia yang lalu lalang di sekitar kediaman,,dengar je tapak kaki manusia tak cukup tanah kucing ni melatah, terutama bila ternampak akak-akak cleaner yang selalu cuci toilet dekat dengan hostel aku.. Tergelak aku tengok gelagatnya..penakut dan manja..kui3..

Ni gambar terbaru yang aku baru  dapat ketika kucing comel sedang leka menjamah whiskas pada waktu petang.. 





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi menapak. Jangan lupa tinggalkan komen untuk jejak anda:) SINCE 2012

Comments System

Disqus Shortname